KERTAS KERJA 
PROGRAM JUARA PERMATA 
SMK CHERAS 2016
1.0     PENGENALAN
                    Program
Juara merupakan program wajib yang dilaksanakan atas inisiatif dari Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri untuk semua sekolah di Kuala
Lumpur dengan sasaran murid tingkatan lima bagi SPM. Objektif yang jelas di
mana dengan adanya program ini maka setiap sekolah dapat melonjakkan kecemerlangan
akademik dalam SPM dengan berfokuskan kepada murid yang berpotensi cemerlang
dalam SPM yang akan digilap oleh pihak sekolah dengan strategi tertentu agar
meningkatkan bilangan murid mendapat semua A dalam keputusan SPM. Program ini
diilhamkan pada tahun 2015 dengan modus operasi dengan kerjasama murid Juara
Permata sendiri dengan menjalankan kumpulan belajar terancang dalam kalangan
mereka dengan pemantauan dari guru. Program Juara Permata telah berjalan di
sekolah hampir 8 tahun dengan modus operasi yang berbeza. Kumpulan murid
cemerlang ini dikenali sebagai murid Permata. Pada tahun ini, 40 orang murid
yang terpilih melalui peperiksaan akhir tahun tingkatan empat 2015 membentuk
kumpulan Juara Permata. Diharapkan kumpulan ini dapat dibimbing oleh mentor dan
AJK yang terlibat dalam program peningkatan akademik sekolah selaku ikon kepada
murid lain dan guru muda dalam kalangan rakan sebaya mereka.
2.0     OBJEKTIF 
1)   
Agar murid berusaha meningkatkan
kecemerlangan akademik masing – masing dengan teknik belajar yang betul.
2)   
Agar murid bekerjasama dalam
satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sekolah.
3)   
Agar murid  dapat membantu rakan sebaya dalam masalah
pembelajaran.
3.0     SASARAN
          40 orang murid
Tingkatan 5
4.0     TARIKH
          Januari – November 2016
5.0     MATLAMAT
          Bagi keputusan SPM sebenar:
Pelajar
memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A  bagi mata pelajaran peperiksaan SPM
6.0     AHLI JAWATANKUASA
          AJK Induk
          Pengerusi             : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
          Naib
Pengerusi   : Encik Mohamed Jamil
Bin Abdul Samad
          Setiausaha           :
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK                        
: Puan Che Ma Rabitah Bt Hj Kamaruddin
                                         : Puan Sharin Hanum Bt Abdul Rahman
                                         : Puan Tan Nyok Moi
                                         : Puan Noor Aini Bt Ibrahim
                                         : Puan Nor Ashikin Ho Bt Abdullah
                                         : Puan Looi Lin Eng
7.0     PELAN TINDAKAN PROGRAM UNTUK 2016
| 
TARIKH | 
AKTIVITI | 
TINDAKAN | 
| 
Januari | 
Pemilihan
  ahli Juara Permata | 
Puan
  Tan Nyok Moi | 
| 
6  Januari 2016 | 
Taklimat
  kepada ahli  terpilih 
-       
  Agihan mentor 
-       
  Pembentukan kumpulan belajar | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
20 Januari 
2016 | 
Perjumpaan
  dengan ahli Permata 
-       
  Mengedarkan surat perjumpaan ibu bapa 
-       
  Mengedarkan manual buku log Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
29
  Januari 
2016 | 
Penetapan
  Matlamat ahli Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
5 Februari
  2016 | 
Perjumpaan
  ibu bapa Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
Feb -
  Okt | 
-Program
  Mentor Mantee Permata bermula 
-Program
  kumpulan belajar berkumpulan mengikut jadual  
-
  Projek Guru Muda | 
Puan
  Sharin Hanum Bt Abdul Rahman | 
| 
1-11
  Mac 2016 | 
Ujian
  Intervensi | 
Pn
  Tan Nyok Moi | 
| 
28
  Mac 2016 | 
Anugerah
  Akademik Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
29 –
  30 Mac 2016 | 
Penerokaan
  Kerjaya | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
19
  April 2016 | 
Perjumpaan
  Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
3-6
  Mei 2016 | 
Speed
  Up | 
Puan
  Che Ma Rabitah Haji Kamarudin | 
| 
9-24 Mei
  2016 | 
Bulan
  peperiksaan Intensif | 
Puan
  Tan Nyok Moi | 
| 
24 Jun
  2016 | 
Perjumpaan Ibu Bapa Juara Permata Post Mortem Kemajuan Murid | 
Pengetua Pn Sharin Hanum Pn Nurhaiza | 
| 
27 Jun
  2016 | 
Anugerah
  Hadiah Galakan  | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
12 Julai
  2016 | 
Perjumpaan
  Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
8
  Ogos 2016 | 
Hala
  Tuju Murid Juara Permata | 
En
  Che Mohamad Padali Bin Che Mat | 
| 
15 –
  19 Ogos 2016 | 
Ujian
  Percubaan SPM | 
Pn
  Tan Nyok Moi | 
| 
6 –
  30 Sept 2016 | 
Speed Up | 
Puan
  Che Ma Rabitah Hj Kamarudin | 
| 
9
  Sept 2016 | 
Analisa Penetapan Matlamat bersama 
pentadbir | 
Pengetua 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
20
  Sept 2016 | 
Anugerah
  Intensif Juara Permata | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
| 
22 Sept
  2016 | 
Post
  Mortem Peperiksaan Percubaan Juara Permata Bersama Guru Mata Pelajaran | 
Puan
  Che Ma Rabitah Haji Kamarudin 
-Guru
  Mata Pelajaran | 
| 
4-27
  Oktober 2016 | 
Speed
  Up | 
Puan
  Che Ma Rabitah Haji Kamarudin | 
| 
4 Oktober
  2016 | 
Motivasi
  Pecutan Akhir SPM  | 
En
  Che Mohamad Padali B Che Mat | 
| 
24
  Oktober 2016 | 
Perjumpaan
  Juara Permata 
-       
  Persiapan Psikologi dan Fizikal Menghadapi
  Peperiksaan | 
Puan
  Nurhaiza Bt Che Mat | 
8.0     ANGGARAN  KEWANGAN
Pendapatan
| 
Bil | 
Sumber Kewangan | 
Kos | 
Jumlah | 
| 
1 | 
PCG
  Kaunseling | 
Buku
  log | 
RM 2.00  x 40 orang= RM 80.00 | 
| 
2 | 
PIBG | 
Jamuan
  makan | 
RM
  3.50  x 40 orang= RM140.00 | 
| 
3 | 
Koperasi | 
Anugerah
  Insentif | 
RM
  200   x 3 kali      = RM 600.00 | 
| 
4 | 
PCG
  Kaunseling | 
Penerokaan
  Kerjaya | 
                                    RM 300.00 | 
| 
5 | 
PCG
  Kaunseling | 
Hala
  Tuju Murid Selepas SPM | 
RM
  120   x 1 kali      = RM 120.00 | 
| 
6 | 
PCG
  Kaunseling | 
Motivasi | 
RM
  120 x 1 kali       = RM  120.00 | 
| 
Jumlah | 
                                   RM1,340.00 | 
Perbelanjaan:
| 
Bil | 
Butiran | 
Kos | 
Jumlah | 
| 
1 | 
Manual
  buku log | 
RM 2.00  x 40 orang | 
RM      80.00 | 
| 
2 | 
Perjumpaan
  Ibu Bapa | 
RM
  3.00  x 40 orang | 
RM    120.00 | 
| 
3 | 
Anugerah
  Hadiah Galakan | 
RM
  200   x 3 kali | 
RM    600.00 | 
| 
4 | 
Penerokaan
  Kerjaya | 
RM    300.00 | |
| 
5 | 
Hala
  Tuju Murid Selepas SPM | 
RM
  120   x 1 kali | 
RM    120.00 | 
| 
6 | 
Motivasi | 
RM
  120   x 1 kali | 
RM    120.00 | 
| 
Jumlah | 
RM
  1,340.00 | 
9.0     PENUTUP
          Diharapkan
agar program Juara Permata ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari
mentor, ibu bapa dan mantee itu sendiri bagi mencapai kecemerlangan akademik
murid.
Disediakan
oleh,                                                        Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza
Bt Che Mat)                                               (Kamariah
Bt Abu)
 Hospital Kajang
 Wad Pediatrik
 Semoga cepat sembuh Shamina.
 
  
 
13 comments
Assalamualaikum cikgu haiza...tk sebab sudi share kk juara...mohon izin untuk guna...tapi boleh sy tahu speed up tu apa yer?
Ya anda boleh copy paste. Speed up adalah strategi panitia dibwh tanggungjawab setiausaha kurikulum untuk menyediakan modul. Utk murid juara permata ini modul pembelajaran ialah modul cemerlang mengikut mata pelajaran. Murid akan belajar mengikut modul ini untuk melonjak markah yg telah dikenalpasti oleh panitia mata pelajaran kelemahan murid tersebut dlm bab dan bentuk soalan
Cikgu rakan sya ingin memasuki kelas akaun tetapi dalam keputusan PT3 math dapat F.Cikgu rasa adakh dia dpt memasuki kelas akaun
Agak sukar laluan ke kelas akaun jika gagal Math
Salam sejahtera cikgu..Baru² ni saya telah mendapat resukt pt3.saya memperoleh 2A3C1D1E2F..2F ialah Sains & Math.Manakala utk kod holland pula saya memperoleh S:22 K:18 I:15.Saya tdk pasti berapa aliran yg sekolah saya menawarkan utk saya.Mohon penjelasan Cikgu..TQ Cikgu☺
Terima kasih cikgu kerana telah memberi penjelasan yng jelas dan sya memohon maaf kerana telah menanyakan soalan dalam 2 kali😅😃
cikgu i gt 4AS In PT3 ITS ACTUALLY IN BM LISAN ENGLISH LISAN GEO N TAMIL AND MOREOVER I M FAIL IN MATHS N I GT E IN SCIENCE I KNOW THAT IM NT QUALIFIED TO SCIENCE CLASS N I M NT SO INTEREST IN MATHS... ACCOUNTS ALSO I REALLY CANT TAKE ...AFTER MY SPM I WANTED TO STUDY EITHER PHOTOGRAPHY OR MUSIC...SO I HVE TO TAKE PERDAGANGAN RITE AFTER I TAKE PERDAGANGAN IF I WANNA GO TO UNIVERSITY IS IT POSSILE???THIS IS MY QUESTION I HOPE ULL ANSWER ME AS SOON AS POSSIBLE COZ I M SO CONFUSED
Of course you can proceed to the university with perdagangan for your package SPM. After SPM if you pass SPM with minimum 3 credit and hopefully pass your Math you can further your study in photography or music. For music, if you already have a basic and any kind of music it will give you merit to further your study in music in college and even at university
Assalam cikgu.
Sekadar bertanya kalau2 program seperti ini ada disediakan untuk calon2 upsr? Kalau ada, adakah semua sekolah akan terlibat? Mcmn saya boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan program seumpama ini yg dianjurkan oleh pihak KPM atau agensi2 yg diluluskan KPM?
Terima kasih.
Salam.program juara diilhamkan oleh pengarah pendidikan wpkl. Kalau di selangor dinamakan champion iaitu program untuk murid yg disasarkan cemerlang. Ya..jika di sekolah rendah juga ada program ini. Walaubagaimanapun pengisian program juara berbeza antara sekolah bergantung kpd pelan tindakan yg dirangka oleh setiausaha program dan pentadbir sekolah.
Assalammualaikum cikgu.Saya Ros.Saya telah mendapat 6A1B2C1E pada baru-baru ini di result pt3.Kod mata Holland saya pula menunjukkan ISA. Saya telah mendapat A untuk Sains dan E untuk subjek Maths. Dari segi minat tersendiri, saya amat meminati kedua-dua subjek(MT&SN) sejak dahulu lagi dan memang berniat untuk memasuki kelas aliran Sains tahun hadapan kerana ingin menjadi seorang juruterbang/jurutera/doktor. Ketiga-tiga cita-cita itu berkaitan dengan Sains dan Maths. Pada pendapat cikgu,adakah saya layak memasuki kelas itu? Kalau saya betul-betul ingin belajar dan minat.
Assalamualaikum Cg. Saya mengambil jurusan perakaunan semasa tingkatan 5.bagaimana saya ingin mengambil jurusan muamalat di universiti?
Atau bolehkah saya menukar bidang utk mEngambil jurusan
perubatan Menjadi seorang doktor pakar sakit puan.
Mohon pencerahan cg. Saya pelajar lepasan spm
Assalamualaikum Cg. Saya mengambil jurusan perakaunan semasa tingkatan 5.bagaimana saya ingin mengambil jurusan muamalat di universiti?
Atau bolehkah saya menukar bidang utk mEngambil jurusan
perubatan Menjadi seorang doktor pakar sakit puan.
Mohon pencerahan cg. Saya pelajar lepasan spm