30 June 2016

Ishikawa Kumpulan Inovatif Kreatif





                              
Perjumpaan mingguan kali ini membuat semakan persembahan power point untuk prapembentangan KIK di JPWPKL pada 11 Julai 2016 nanti. Rajah Pareto dan Ishikawa antara elemen penting dalam persembahan power point KIK. Berbeza pertandingan inovasi dengan KIK ialah KIK tidak memerlukan dokumentasi, segalanya ditayang dalam bentuk power point bagaimana proses 1 hingga perlaksanaan projek direalisasikan. Da setiap langkah kerjasama kumpulan yang dijalankan perlu diceritakan melalui jalan cerita yang berformat. Berbanding dengan inovasi atau amalan terbaik yang pernah disertai saya sebelum ini, hanya fokus kepada inovasi sahaja dan perlaksanaannya.

Orait terima kasih Kak Sharin yang menyiapkan maklumat slaid. Tinggal part saya sahaja lagi untuk present bahagian e-klien. Sempat lagi kami bergambar bersama untuk diletakkan pada slaid multimedia KIK tanpa Padali hihi.










Selamat tinggal Jun 
Semoga dipermudahkan urusan penggal kedua
Pertandingan amalan dan pengurusan UBK menyusul pula

 

Telegram Channel