10 June 2016

Sistem e-DIARI Kaunselor Organisasi Daerah Dan Negeri, Bahagian Psikologi Kaunseling KPM


Bertitik tolak dari kejayaan pasukan UBK SMK Cheras dalam mewujudkan inovasi dashboard e-kaunselor sekolah yang menjadi johan dalam pertadingan Inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling pada tahun lepas, maka perintis yang mengilhamkan sistem ini iaitu Cikgu Padali dijemput oleh Bhagian Psikologi Kaunseling KPM untuk bekerjasama dan menggunakan kepakaran Padali dalam membangunkan sistem melalui google docs. Hari ini merupakan perjumpaan ketiga antara Cikgu Padali selepas perbincangan peringkat awal bersama Hj. Hasnan KPSU BPsK KPM tentang membangunkan sistem e-Diari BPsK yang mana akan digunakan oleh semua kaunselor organisasi seluruh negara.  Seminggu selepas tarikh perbincangan, alhamdulillah Cikgu Padali dapat membangunkan inovasi tersebut yang lengkap untuk satu negeri of course untuk WPKL dahulu. Hari ini Cikgu Padali dipanggil untuk memberikan taklimat pengoperasian sistem kepada KPSU2 KPM untuk dibawa dalam mesyuarat tertinggi peringkat BPsK KPM.

Respon sangat positif dan mereka sangat teruja untuk menggunakan sistem ini.
Antara respon diterima;
- Memudahkan kerja
- Maklumat berpusat
- Jimat masa kutipan data dari pihak Kaunselor Organisasi Daerah  dan Kaunselor Organisasi Negeri
- Interaktif
- Selamat dan privasi

Kepada semua kaunselor organisasi daerah dan negeri...tunggu ye sistem ini akan ditaklimatkan kepada anda pula.

Anugerah Inovasi Negara 2016
Sistem e-dashboard
Kategori perkhidmatan



 

Telegram Channel