16 July 2016

Gotong Royong Perdana


Minggu yang penat...terus terang..balik dari cuti seminggu beraya utara selatan..tup tup bermula Isnin dengan pembentangan di JPWPKL , then meeting zon, pembentangan dan pemantauan minggu ini. Yang terkini kami semua minggu ini cuba mengemaskini dokumen dan bergotong royong satu sekolah bagi menyambut kedatangan nazir bila bila masa minggu hadapan. Ini kerana pengetua mendapat tawaran baharu dan ia merupakan satu anugerah jika berjaya untuk mengangkat mertabat sekolah ke tahap yang lebih baik. Walaupun agak penat minggu ini melayan selsema dan batuk juga, kami cuba memastikan point point penting yang diinginkan dalam pemantauan nazir dapat dipenuhi. 

Aktiviti gotong -royong walaupun UBK mempunyai 4 guru kaunseling, kami diberikan tugasan yang berbeza oleh pihak sekolah. Saya di bilik kaunseling menjaga bilik khas, Rozinani di laluan PPDa, Raudzah di bilik mesyuarat dan Padali memastikan aspek keselamatan sekolah di tahap terbaik. Masih dalam mood beraya, tidak ramai murid yang hadir jika dibandingkan dengan bilangan murid hampir 1200 orang. Namun oleh kerana setiap guru diminta mencari 6 orang murid untuk membantu tugas gotong royong masing - masing maka sasaran kami hampir 500 murid sepatutnya hadir. pun tidak sampai. Tetapi Nasi lemak tajaan PIBG laris juga hahaha dan terima kasih kepada ibu bapa atas inisiatif KSIB untuk membantu.

What yo do today
Can improve 
All your tomorrows
#brainyquote


















 

Telegram Channel