Hari ini saya dilantik selaku fasilitator bagi membantu sekolah sekolah yang berminat dalam pertandingan amalan terbaik kaunseling dan disiplin peringkat WPKL . Bengkel diadakan di SMK Cochrane mendapat tajaan dari Erican College hasil inisiatif Puan Kang selaku tuan rumah yang mencari dana untuk membantu pihak JPN merealisasikan program ini. Memandangkan pertandingan ini telah masuk ke tahun ketiga, tetapi sambutan dari pihak sekolah masih dingin, maka JPN mencari alternatif untuk menganjurkan bengkel terlebih dahulu bagaimana mempersembahkan amalan terbaik kaunseling atau disiplin sekolah masing - masing untuk dihantar sebagai penyertaan. Fasilitator yang terdiri dari guru kaunseling dan disiplin yang pernah menyertai pertandingan ini hingga sampai ke saringan akhir peringkat kebangsaan telah membantu sekolah untuk melihat skop yang lebih luas bagaimana amalan kaunseling yang dijalankan boleh diangkat sebagai amalan terbaik dan dipersembahkan dalam bentuk power point dan buku dokumentasi.
Fasilitator membimbing point point penting dan data yang kuat untuk mengangkat amalan terbaik tersebut sebagai wakil JPN. Akhir slot, setiap sekolah perlu membentangkan amalan terbaik sekolah masing -masing setelah mendapat gambaran awal melalui video video pembentangan peserta kebangsaan tahun lepas yang boleh di ikuti dari link blog saya dan membantu sekolah mengenal pasti kekuatan amalan terbaik untuk ditonjolkan. Pelbagai amalan terbaik telah dipersembahkan .
Antaranya
SMAWPKL : Program Guru Penyayang
SMK Cochrane : Laluan Kerjaya
SMK Cheras : Euphoria Kaunselor
SMK Taman Yarl : Program DWEN
SMK Puteri Titiwangsa: Menangani Masalah Disiplin Melalui Pendekatan Seni
SK Jln Fletcher : My Good School
SK : Pengurusan Kaunseling Sekolah Rendah
Berjumpa lagi untuk pertandingan amalan terbaik kaunseling dan disiplin pada hujung Ogos 2016 nanti:)
![]() |
Fasilitator memberikan panduan |
![]() |
Pegawai dari Erican College memberikan penerangan |
![]() |
Memberikan tunjuk ajar kepada sekolah yang terlibat |
![]() |
Kumpulan -kumpulan bengkel |
![]() |
Prapembentangan dari SMK Cheras |
![]() |
Prapembentangan dari SMK Taman Yarl |
![]() |
Prapembentangan dari SMAWPKL |
![]() |
Rumusan dari Pegawai HEM JPWP : En Rofii |
![]() |
Rumusan dari peserta program |
![]() |
Add caption |
![]() |
Barisan pegawai JPN/ PPW dan fasilitator bersama penaja |
![]() |
Terima kasih Erican College |
![]() |
Kata-kata aluan penyelia kaunseling PPW yang baru |
Akhirnya..thanks Nabira
Blazer bertuah for a year :)