Hari ini pengetua, penolong kanan tadbir dan kurikulum, penolong kanan HEM dan guru kaunseling iaitu saya mengadakan perjumpaan dengan murid tingkatan 5 yang gagal percubaan SPM yang lalu dalam mata pelajaran BM atau Sejarah atau gagal kedua-duanya. Seramai hampir 85 orang yang gagal menunjukkan murid ini akan gagal dalam SPM kerana subjek tersebut adalah subjek wajib lulus SPM. Maka satu strategi bagi membantu murid-murid ini diperlukan bagi mereka masih lagi tertarik untuk ke sekolah dan dalam masa yang sama mengikuti bengkel lulus subjek BM dan Sejarah dengan lebih intensif.
bengkel akan dikendalikan oleh seorang guru iaitu penolong kanan tadbir dan kurikulum saya yang juga seorang guru Sejarah dan dibantu oleh pengetua dan penolong kanan yang berkelapangan untuk membantu murid ini dalam bengkel yang mempunyai jadual khas setiap hari. Sebagai guru kaunseling saya ditugaskan dalam menjaga kebajikan makan minum murid ini, maklumlah murid - murid sasaran ini memang majoriti murid yang tak boleh lama duduk diam dan memang suka jalan. Jadi bengkel yang dijalankan mempunyai sela masa untuk murid ini rehat dan berjalan ke belakang dewan untuk minum air teh yang dibancuh sendiri oleh guru kaunseling sama ada oleh saya atau Rozinani dan biskut. Jika kami tiada di sekolah, kena fikirkan alternatif lain siapa yang boleh tolong.
KERTAS
KERJA
BENGKEL
INTENSIF BAHASA MALAYSIA DAN SEJARAH
MURID
TINGKATAN 5
1.0 PENGENALAN
Program Klinik Bahasa Malaysia dan Sejarah untuk murid
tingkatan lima akan
dijalankan secara intensif bermula pada bulan Oktober
hingga peperiksaan SPM
bermula pada bulan November 2016. Program ini akan
dijalankan khusus untuk
murid yang memperolehi Sejarah dan Bahasa Malaysia yang
gagal dalam
percubaan peperiksaan SPM yang lepas. Seperti yang umum
ketahui, gagal bagi
mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Sejarah bermakna gagal
dalam SPM dan
tidak layak mendapat sijil SPM. Oleh itu bengkel intensif
mata pelajaran Bahasa
Malaysia dan Sejarah adalah penting untuk murid tingkatan
lima dari semua
kelas mengenal pasti kelemahan masing- masing oleh guru
mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menjalankan latih tubi mata
pelajaran
berkenaan.
2.0 Objektif
1) Agar dapat
meningkatkan peratus kelulusan murid dalam subjek Bahasa
Malaysia dan Sejarah
3.0 Tarikh
4 Oktober 2016 - 4 November 2016
4.0 Tempat
Dewan Sekolah
5.0 Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Puan
Kamariah Bt Abu
Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum : Cik Lee Swee Ching
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Chong Moi Lian
Setiausaha :
AJK Modul : Cik Lee
Swee Ching (Sejarah)
: Encik Mohd Noor Bin Mat Deris (
Bahasa Malaysia)
AJK Makanan: : Puan Nurhaiza Bt
Che Mat
:
Puan Rozinani Bt Awang
Puan
Aziyanti Abu Khanipah
6.0 Pengisian:
10.30 pagi - 12.00 tengah hari
: Bengkel Bahasa Malaysia atau Bengkel Sejarah
7.0 Anggaran Kewangan
Sumber Kewangan
Program Kecemerlangan =
RM 500
Perbelanjaan:
Biskut =
RM 350
Teh dan gula = RM
150
8.0 Penutup
Diharapkan agar bengkel Bahasa Malaysia dan Sejarah
berjalan lancar dan
dapat menarik minat murid ke sekolah dan mengikuti program
ini untuk
meningkatkan kelulusan akademik murid dalam subjek wajib
lulus SPM 2016.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Thank you September
For develop my confidence