Saya share kertas kerja untuk aktiviti kokurikulum dalam program selepas PT3
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM
PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN PT3 2016
1.0 Pengenalan:
Program
Selepas Peperiksaan merupakan aktiviti yang dirangka khusus untuk para pelajar
PT3 yang telah tamat peperiksaan PT3 dan peperiksaan akhir tahun
Tingkatan 3. Aktiviti yang dirancang dengan baik agar pelajar dapat
mengisi masa di sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mengekalkan
momentum pembelajaran murid dengan baik. Selain itu, panitia juga
dapat merancang aktiviti dengan lebih sistematik untuk menjalankan aktiviti
bersama pelajar. Selain itu penghayatan sahsiah dan nilai murni serta aktiviti
kurikulum seperti penggunaan VLE Frog dan I Think digunakan bagi meningkatkan
penggunan VLE Frog dalam kalangan murid. Diharapkan melalui aktiviti teras ini,
panitia dapat memenuhi program selepas peperiksaan PT3 dengan menggunakan
pelbagai inovasi dan idea untuk merealisasikan aktiviti di atas bagi
mengekalkan momentum pembelajaran pelajar. Unit Kokurikulum juga berperanan
menjalankan pelbagai program menarik untuk menarik minat murid ke sekolah
2.0 Objektif
1) Agar
dapat merangka aktiviti menarik sepanjang tempoh berakhir
peperiksaan.
2) Agar
dapat mengekalkan kehadiran pelajar ke sekolah dengan baik selepas berakhir
peperiksaan
3) Agar murid dapat merasai pengalaman
berkhemah dan menjalankan aktiviti sepanjang perkhemahan separuh hari di
sekolah.
3.0 Tarikh
9/11/2016
4.0 Ahli
Jawatankuasa
Pengerusi : Puan
Kamariah Bt Abu
Naib
Pengerusi : Pn Maznah Bt Musa
Setiausaha :
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Penyelaras : Pn Zizawani Bt Fauzi
AJK :
Puan Rozinani Bt Awang
Cik Hufaidah Bt Zakaria
Cik Aida Azlina Bt Ramli
5.0 Pengisian
7.30 pagi : Senaman pagi
8.00 pagi : Aktiviti memasang khemah
9.00 pagi : Aktiviti belajar mencipta gajet
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Aktiviti pertolongan kecemasan
11.30 pagi : Aktiviti treasure hunt
12.20 tgh hari: Mengemas khemah
1.10 tgh hari : Bersurai
6.0 Anggaran Perbelanjaan
Sumber Kewangan
Kokurikulum : RM
1,000
Perbelanjaan
Khemah RM 500
Makanan RM 5 x 100 orang RM 500
Jumlah RM 1,000
7.0 Penutup
Diharapkan agar program
perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat) (
Maznah Bt Musa)
Ketupat rendang from Johor