KERTAS KERJA
MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH
“LONJAKAN ZOOM IN
KEHADIRAN”
1.0 PENGENALAN
Projek Zoom In merupakan program bagi
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2017. Menggunakan pendekatan
psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir
ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat
jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka
aktiviti Zoom In yang dijalankan. Zoom
In yang dijalankan ialah Zoom In Kelas, Zoom In Guru Tingkatan, Zoom
In Ibu Bapa dan Zoom In Murid.
Melalui projek Zoom In Kelas dan Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa
sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala
melalui Zoom In Murid, murid rasa
dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati
manakala bagi Zoom In Ibu Bapa,
konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan
komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Melalui perlaksanaan program Zoom In, ia berjaya meningkatkan kehadiran
murid ke sekolah sebanyak 1 peratus iaitu 86 peratus berbanding 85 peratus pada
tahun 2016. Ini kerana setiap bulan melalui program yang dijalankan ia berjaya
mencapai 89 hingga 92 peratus kehadiran murid ke sekolah terutama pada waktu
bulan pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Namun demikian pada bulan
November, kehadiran merundum dengan teruk kerana murid tidak bermotivasi untuk
ke sekolah selepas tamat peperiksaan. Oleh kerana itu pada tahun ini dengan
tema lonjakan Zoom In kami mengharapkan aktiviti yang dijalankan dan ganjaran yang
akan diterima, akan dipanjangkan sehingga bulan November untuk mengekalkan
peratus kehadiran yang tinggi dalam kalangan murid sepanjang tahun.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar
dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran murid yang
rendah untuk diambil tindakan segera.
2) Agar
dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang mempunyai
peratus kehadiran murid yang tidak mencapai KPI kategori kelas tersebut dalam
bulan tertentu untuk hadir ke sekolah
3)Agar
dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran
yang mencapai KPI masing – masing
4) Agar
dapat menyampaikan hadiah galakan kepada murid yang mempunyai kehadiran 95% ke
sekolah
5) Agar
dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru
kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.
3.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan
Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che
Mat
Naib
Setiausaha : Puan Raudzah
Bt Ab Rahman
AJK : Puan
Rozinani Awang
Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
Encik Mohd Noor Bin Mat Deris
Puan Noraida Bt Mohammad
4.0 PROSES ALIRAN KERJA
1)
Menyediakan kertas kerja
2)
Melantik Ahli Jawatankuasa
3)
Memaklumkan kepada guru
4)
Memaklumkan kepada murid
5)
Memaklumkan kepada ibu bapa
6)
Promosi
7)
Melaksanakan program
8)
Memantau, menilai dan menambahbaik
9)
Mendokumentasikan
1)
ZOOM IN KELAS
Bil
|
Proses kerja
|
Tanggungjawab
|
Sasaran
|
Catatan
|
1
|
Memaklumkan kepada semua guru di mesyuarat
guru yang 1
|
Puan Nurhaiza
|
Semua guru
|
27/12/2016
|
2
2.1
|
Kategori Pencapaian KPI
Kehadiran 95% ke atas
|
Guru Tingkatan
Guru Mentor
|
4 dan 5 Alpha
1, 2 dan 3 Imtiyaz
1,2 dan 3 Sapelele
Peralihan 1 dan 2
1, 2 dan 3 Amanah
|
Sijil penghargaan
|
2.2
|
Kehadiran 90% ke atas
|
Guru Tingkatan
Guru Mentor
|
4 dan 5 Beta
4 dan 5 Gamma
4 dan 5 Al Farabi
5 Khawarizmi
1, 2 dan 3 Bestari
1, 2 dan 3 gamelan
1,2 dan 3 Gigih
4 dan 5 Ibnu Sina
|
sijil penghargaan
|
2.3
|
Kehadiran 87% ke atas
|
Guru Tingkatan
Guru Mentor
|
4 dan 5 Ibnu Rusyd
4 dan 5 Ar Razi
4 dan 5 Al Khindi
4 dan 5 Al Biruni
1,2 dan 3 Jujur
1,2 dan 3 Luhur
1,2 dan 3 Makmur
1,2 dan 3 Setia
|
sijil penghargaan
|
3.0
3.1
3.2
3.3
|
Pengekalan KPI melalui semakan Buku Jadual
Kedatangan Murid
3
kali dalam setahun
Mencapai
purata KPI Jan – September 2016
.
Kategorti
kelas terbaik setiap kategori pada akhir November
|
Puan
Raudzah
Puan
Nurhaiza
|
Semua kelas
Guru tingkatan
Mentor
Semua kelas
Satu kelas bagi setiap kategori
|
Sijil penghargaan
Anugerah HEM: Sijil Penghargaan
Lawatan
Jamuan makan
|
4
|
Kelas yang tidak mencapai kadar KPI
|
Guru kaunseling
|
Guru kelas, guru mentor dan murid
|
Motivasi
|
2) NAMA PROGRAM : ZOOM IN MURID : HATI KE HATI
BIL
|
PROSES KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
SASARAN
|
CATATAN
|
1
|
Makluman kepada semua murid di tapak
perhimpunan
|
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling
|
|
4/1/2017
|
2a
|
Mengenalpasti murid yang tidak mencapai KPI
melalui buku jadual kedatangan murid
|
Sesi
petang: Pn Raudah
Tingkatan
1 & 2 sesi pagi dan ting 3: Pn Rozinani
Ting
4 dan 5 : Puan Nurhaiza dan En Che Mohamad Padali
|
Murid yang menerima surat amaran
|
|
2b
|
Menjalankan sesi kaunseling kelompok dan
Ujian DASS
|
Guru kaunseling
|
Murid menerima surat amaran
|
|
2c
|
Menjalankan sesi kaunseling individu
|
Guru kaunseling
|
Murid menerima surat amaran
|
|
2d
|
Merekodkan status DASS dan sebab tidak
hadir untuk diambil tindakan intervensi yang bersesuaian
|
Guru Kaunseling
|
Murid yang menerima intervensi “Hati Ke
Hati”
|
|
3
|
Mengenal pasti murid yang mencapai
kehadiran penuh dan mencapai 95% kehadiran bagi murid tingkatan 5
Untuk menerima ganjaran
|
Guru Tingkatan
Guru Mentor
|
Murid kehadiran penuh dan murid 95%
kehadiran ke sekolah bagi murid ting 5
|
Majlis Graduasi Ting 5
Januari 2018 bagi murid peralihan hingga
ting 4
|
3) NAMA PROGRAM:
ZOOM IN IBU BAPA : TALIAN
KASIH
BIL
|
PROSES KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
SASARAN
|
CATATAN
|
1
|
Mesyuarat Guru dibentangkan program ini dan
sewaktu program orientasi ting 1 kepada ibu bapa
|
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling
|
Ibu Bapa
|
|
2
|
Mengenalpasti ibu bapa murid yang terlibat melalui
buku pendaftaran kehadiran murid atau data
|
Sesi
petang : Pn Raudah
Sesi
pagi ting 1, 2 dan 3 : Pn Rozinani
Tingkatan
4 dan 5 : Pn Nurhaiza Che Mat & Encik Che Mohamad Padali
|
Guru Kelas
Guru Mentor
|
|
3
|
Konsultasi ibu bapa
|
Guru Kaunseling
|
Ibu bapa yang tidak dihubungi secara lisan
oleh guru kelas
|
Surat
Telefon
Lawatan
|
5.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Bil
|
BUTIRAN
|
BUTIRAN
|
KOS
|
SUMBER
|
1
|
Kelas mencapai
KPI setiap bulan
|
Sijil
penghargaan 40 x RM 2.00 x 11 bulan
|
RM 880
|
|
|
Jumlah
|
|
RM 880
|
Alatan Sekolah
|
2
|
Kelas terbaik
kategori 95%
(lawatan)
|
Pengangkutan
|
RM 350
|
|
|
|
Makanan RM 10 x 40
|
RM 400
|
|
3
|
Kelas terbaik
kategori 90%
(lawatan)
|
Pengangkutan
|
RM 350
|
|
4
|
Kelas terbaik
kategori 87%
( jamuan
makan)
|
Makanan
|
RM 200
|
|
|
Jumlah
|
|
RM 1,300
|
PIBG
|
|
Hadiah iringan
Anugerah HEM
|
|
|
|
5
|
Kelas terbaik
kategori 95%
|
Alatulis RM 2 x 40 orang x 2 kelas
|
RM 160
|
|
6
|
Kelas terbaik
kategori 90%
|
Alatulis RM 1.50 x 40 orang x 2 kelas
|
RM 120
|
|
7
|
Kelas terbaik
kategori 87%
|
Alatulis RM 1.50 x 40 orang x 2 kelas
|
RM 120
|
|
|
Jumlah
|
|
RM 400
|
PCG UBK
|
8
|
Ganjaran murid
kehadiran penuh
|
Pengangkutan
RM 350 x 2
|
RM 700
|
PCG UBK
|
|
|
Makanan RM 10
x 80 orang
|
RM 800
|
SIVIK
|
|
Jumlah
|
|
RM 1,500
|
|
|
Jumlah keseluruhan
|
|
RM 4,080
|
|
6.0 PENUTUP
Diharapkan agar lonjakan Zoom IN pada tahun 2017 akan
mencapai KPI sekolah untuk meningkatkan kehadiran murid kepada 90 peratus
purata kehadiran bagi tahun 2017.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza
Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua
1)
ZOOM IN KELAS
Jet lag...jet lag
21 comments
assalamualaikum.. sy mohon share program peningkatan kehadiran sekolah puan ini untuk di aplikasikan di sekolah saya. mohon halalkan perkongsian ini. terima kasih kerana ia sangat2 membantu.. semoga Alah merahmati dan memudahkan urusan puan dan terus cemerlang dalam perkhidmatan. TQ dan Salam hormat.
~Cikgu Yana~
Waalaikumussalam
Halalkan perkongsian anda. Terima kasih atas doa anda. Semoga kita sama sama cemerlang dlm memartabatkan profesion membantu ini.
Salam Puan, mohon kongsi ilmu ini. Sedang tercari2 program yang sesuai untuk anak2 di sekolah. Semoga Allah merahmati Puan.
Saya izinkan dgn niat membantu anak anak yg lain pula. Semoga usaha kita dirahmatiNya.
Assalaamualaikum wbt
Puan, saya mohon kongsi kertas kerja ini yea. Terima kasih atas perkongsian idea yang baik ini. Semoga puan dan kita semua dapat sempurnakan lagi kerja buat kita dan dikira sebagai amal jariah disisi Allah SWT
Asslamulaikum puan haiza...sy pun mohon share kertas kerja ini...semoga puan bertambah ilmu dan diberkati
....
Asslamulaikum puan haiza...sy pun mohon share kertas kerja ini...semoga puan bertambah ilmu dan diberkati
....
Salam akalbudi dan umi kalsom
Sila manfaatkan ye. Terima kasih semoga kita semua dirahmatiNya
Asslamulaikum puan haiza...sy pun mohon share kertas kerja ini...semoga puan bertambah ilmu dan diberkati
Waalaikummussalam
Sila manfaatkan. Terima kasih atas doa yg baik
Asssalammuakaikum puan haiza, sy mohon share pkongsian ini..semoga ilmunya semakin d berkati dan mampu membantu anak bangsa kita...
Saya izinkan. Semoga kita sama sama dapat membimbing murid ke arah cara hidup yg lebih bermakna
Assalamualaikum. Saya mohon share perkongsian ini. terima kasih puan.
Sama -sama puan. Semoga bermanfaat
Assalamualaikum puan.. Sy mohon share juga program ini ye untuk anak-anak di sekolah sy. Terima kasih
Waalaikummusssalam
Ya silakan guna. Saya halalakan
salam Pn.Haiza..
Saya mohon keizinan untuk menggunapakai idea puan dalam mengatasi masalah ponteng di sekolah saya yek..
Terima kasih.
Waalaikummussalam
Semoga bermanfaat. Saya izinkan
Terima kasih Cikgu atas perkongsian ini. Mohon dihalalkan perkongsian ilmu ini
Mohon share ye Puan terima kasih atas ilmu yg dikongsi
Assalamualaikum Puan.Saya mohon share ya puan..mohon halalkan perkongsian ini.Terima kasih..