4 December 2016

Trip to Safari, Hurghada, Mesir


Hari keempat pukul 2.00 pagi waktu tempatan kami bersiap untuk menuju ke Hurghada. Sempat lagi makan mkn roti kebab Arab dan nasi Arab yg penuh ricikan ayam tanpa kuah hihi. Perjalanan yg dijangka 8 jam selepas ni  adeh..bab duduk lama lama dlm transport yg biasanya tension nak redah. 



Destinasi perhentian pertama RnR yg sgt bersih ialah di Zafarana House yg sgt bersih. Tandas 5 bintang yg selesa cuma suraunya kecil shj terletak di pinggir Laut Merah. Kami berhenti hampir sejam untuk solat Subuh pada pukul 5.00 pagi waktu tempatan dan menikmati minuman pagi di kedai kopi. Of couse saya tidak membeli kopi tetapi hot choc sbg pemanas badan. Yg paling menarik mata saya dan Ida ialah restoran segera White Castle kerana restoren ini pernah wujud di hadapan sekolah kami sewaktu kami di bangku sekolah dan kami kerap menjadi pengunjung restoren itu sewaktu balik dari.sekolah. Tamat je zaman sekolah tidak pasti apa yg berlaku dgn restoren tersebut krn tidak wujud lagi di sini bahkan rasanya tidak ada lagi di Malaysia. 






Kami meneruskan perjalanan dengan suasana padang pasir dan Laut Merah yg cantik dgn panorama matahari terbit. Tetapi malangnya tiba di kawasan Ras Shukier, Laut Merah van mengalami masalah dan perlu berhenti. Kami berhenti di kawasan kincir angin di padang pasir. 

Kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke Hotel Sandbeach di Hurghada sejam tiga puluh minit kemudian. Hotel yg mempunyai pantai yg tersendiri tetapi kami tidak sempat pun menjenguk. Check in sahaja terus keluar semula ke Safari. 



Tarikan utama di Safari sini ialah kawasan padang pasir yg sangat luas..dan tarikan pelancong ialah aktiviti safari di padang pasir dgn pakej harga 230 LE. Setiap pengunjung yg mempunyai kain akan dipasangkan di kepala seperti org Arab tempatan dan diberikan taklimat. Antara aktiviti utama ialah kami dapat menikmati aktiviti ATV meredah padang pasir yg sangat berdebu secara berkonvoi. Sama ada anda ingin membawa secara solo atau berdua. Tiba di tengah padang pasir anda dibenarkan untuk berposing berlatar belakangkan padang pasir. 







Seterusnya ialah aktiviti menaiki kereta spider secara.berdua. Anda perlu berkonvoi diketuai oleh penjaga di situ untuk bermain meredah padang pasir. Yg penting main ni kena pandai bawa kereta auto....huhu tak susah pun tekan minyak dan brek je kalo anda usik apa apa nanti kena sound dgn org Arab tu





Seterusnya, dah seronok main mari kita menikmati makan malam di khemah stail Badwi dgn menu Arab yg wajib ada roti Aisy



Dah kenyang jom kita menaiki 4 wheel drive selama 10 minit juga ke arah perkampungan Badawi. Nama je perkampungan tetapi setting rumah  Badawi yg disiapkan dgn beberapa org Arab Badawi bekerja di situ untuk hidangan teh, menjaga unta, kuda dan baghal. Khemah dgn setting khemah Badawi dan hidangan tea disediakan untuk pelawat. So sini je area rumah Badawi yg kami dapat explore tanpa perlu pergi nun di perkampungan Badawi sebenar di sebalik bukit.  Kami mendapat welcome drink iaitu Tea tanpa gula ye huhuhu. Mari berposing.




Yes...again naik  unta dan kuda untuk bersiar siar. Keldai pun kami naik juga huhuhuhu ceria di hari minggu. 

Stesen seterusnya membuat roti Aish secara live dgn gaya tradisional dan kemudian memanjat bukit untuk melihat panorama indah. Kami difahamkan masih ada lagi perkampungan Badawi di sini nun di celah celah bukit tetapi kami tidak dibenarkan ke sana. 

Pukul 5.30 waktu tempatan kami menaiki 4 wheel drive semula untuk balik ke pusat Safari dan driver kali ini memandu sgt laju di padang pasir hingga saya terpaksa memegang dgn kuat pada kerusi krn seperti menaiki roller coster terutama apabila melalui bukit pun didaki dan dituruni dgn laju..










Pada pukul 6.30 petang diadakan persembahan dgn tarian. Kami melayan persembahan yg dijalankan hampir sejam dan bertolak balik ke hotel dalam cuaca yg dingin mencengkam dan gelap seumpama pkl 11 malam. 

# gegarvaganza final. Wahh salute Azharina
















 

Telegram Channel