MINIT MESYUARAT
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI
PERTAMA 2017
SMK
CHERAS
Tarikh :
23 Januari 2017
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu :Pengetua SMK
Cheras
Kehadiran :
1)
Cik
Lee Swee Ching Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum
2)
Pn
Chong Moi Lian Pen.
Kanan Hal Ehwal Murid
3)
En.
Raheman Bin Ahmad Penolong
Kanan Petang
4)
Pn
Nur Asyikin Ho Bt Abdullah Guru Kanan Teknik &
Vokasional
5)
Pn
Jasmail a/p Mewa Singh Guru
Kanan Sains & Matematik
6)
Pn
Noor Alamiyah Bt Zakaria Guru
Kanan Bahasa
7)
En
Mohd Hasni Bin Ramli Guru
Kanan Kemanusiaan
8)
Pn
Nurhaiza Bt Che Mat Guru
Kaunseling
9)
Pn
Rozinani Awang Guru
Kaunseling
10) En Che Mohamad Padali B Che Mat Guru Kaunseling
11) Pn Raudzah Bt A. Rahman Guru Kaunseling
12) Pn Salina Bt Mohd Isa Penyelaras
Tingkatan 3
13) Pn Farah Hanum Bt Ramly Penyelaras
Tingkatan 5
14) En Mohd Noor B Mat Deris Ketua Guru
Disiplin Pagi
Guru Tidak
Hadir:
1)
Puan
Maznah Musa Pen.
Kanan Kokurikulum
2)
Cik
Tuong Loy Mui Penyelaras
Peralihan
3)
Pn
Faiza Mamat Penyelaras
Tingkatan 1
4)
Pn
Murniyati Bt Masari Penyelaras
Tingkatan 2
5)
Pn
Roszita Bt Md Toff@ Zulkefli Penyelaras
Tingkatan 4
6)
Pn
Nafsah Bt Mohd Shah Setiausaha
HEM
7)
Pn
Ratna Dewi a/p Gopalakrishna Setiausaha
Lembaga Pengawas
Urus Setia : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Puan
pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengalu-alukan
kehadiran semua AJK
Tindakan
: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit
mesyuarat diterima dan disokong oleh
Pn Rozinani Bt Awang tanpa pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara (3.0 pada minit 3.3) pada muka surat 2. Operasi lewat ini
disarankan kepada unit disiplin untuk menyediakan data dan dokumentasi yang
lengkap untuk bertanding dalam Amalan Terbaik Disiplin memandangkan ia memberi
impak yang tinggi: Encik Mohd Noor memaklumkan tidak bersedia untuk menyertai
pertandingan Amalan Terbaik Disiplin pada tahun 2016
Tindakan:
Makluman
3.2
Perkara (3.0 pada minit 3.7) pada muka surat 2. Pengetua mencadangkan agar rumah orang
–orang tua tersebut dijadikan rumah angkat pihak sekolah supaya bantuan
sepanjang tahun dalam bentuk khidmat masyarakat boleh dilakukan melibatkan
lebih ramai murid: Pengetua mencadangkan agar rumah orang –orang tua tersebut
dijadikan rumah angkat pihak sekolah supaya bantuan sepanjang tahun dalam
bentuk khidmat masyarakat boleh dilakukan melibatkan lebih ramai murid: Puan
Rozinani memaklumkan bahawa lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheras.
Tindakan:
Makluman
3.3 Perkara ( 4.1 pada minit
4.1.3) pada muka surat 5 : Mesyuarat bersetuju
mengadakan anugerah murid kehadiran penuh sebanyak dua kali setahun iaitu penggal
pertama dan penggal kedua. Sijil kehadiran
penuh penggal pertama akan
diserahkan pada bulan Jun 2016.
Pn Nurhaiza memaklumkan bahawa 120 murid layak menerima
sijil kehadiran penuh pada pertengahan tahun 2016.
Tindakan:
Makluman
3.4 Perkara
( 4.2 pada minit 4.2.2 ) pada muka surat 5. Menyambut kedatangan murid di pintu pagar
sekolah. Buku log guru bertugas di pintu pagar mesti
ditandatangani oleh semua guru bertugas untuk memantau perlaksanaan. Pn
Rozinani memaklumkan mengalukan kehadiran murid di pintu
pagar tidak mendapat kerjasama dari guru sesi petang
Tindakan
: Makluman
3.5 Perkara
(4.3 pada minit 4.3.2) pada muka surat 6. Penambahbaikan akan
dijalankan pada kad SPOT dengan menambah ruang untuk setiap masa
pembelajaran agar dapat mengesan masa pengajaran yang manakah murid ponteng kelas. Puan Nurhaiza memaklumkan
bahawa penambahbaikan
telah dibuat pada kad SPOT
Tindakan:
Makluman
3,6 Perkara (5.0 pada
minit 5.1) pada muka surat 7. Pemantauan Program
Minda Sihat telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat respon yang positif . Mereka berpuas hati dengan perlaksanaan program Minda Sihat di
SMK Cheras. Antara aktiviti tambahan UBK
ialah menjalankan saringan ketiga kepada murid yang
mendapat skor teruk dan sangat teruk untuk DASS dan menjalankan Gaya Daya Tindak kepada semua murid tingkatan
4 sekali lagi pada penggal kedua. Puan
Nurhaiza memaklumkan yang saringan ketiga
telah dijalankan
Tindakan:
Makluman
3.7 Perkara (5,0 pada minit 5.3) pada muka
surat 7. Pengetua meminta agar buku pelawat diperbanyakkan dan diletakkan di
kawasan di kaunter pejabat, di pondok pengawal, di kantin untuk mencatatkan
nama ibu bapa yang hadir sebagai salah satu dari aktiviti kesukarelawan. Pn
Rozinani Awang telah memaklumkan bahawa buku tersebut telah diperbanyakkan
Tindakan:
Makuman
4. PELAPORAN
4.1 Projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid
4.1.1 Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa program Zoom In diubah format pada tahun ini iaitu dengan 3 kategori bagi Zoom
Kelas iaitu kategori kelas 95% secara bulanan iaitu kelas Alpha,
Imtiyaz, Amanah, sapelele dan Peralihan, Manakala bagi kategori 90% secara
bulanan pada kelas Bestari, Gamelan, Gigih, Jujur, Beta, Gamma, Al Farabi, Al
Khawarizmi, Ibnu Sina. Bagi kategori 87% secara bulanan kepada kelas
Al Biruni, Al Khindi, Ar Razi, Ibnu Rusyd, Luhur dan
Makmur. Kelas ini akan bersaing secara dalam kategori masing
–masing untuk mendapatkan ganjaran menarik dalam bentuk
lawatan dan jamuan makan.
Kelas tersebut juga akan menerima ganjaran sijil
penghargaan secara bulanan.
Tindakan:
Makluman
4.1.2 Bagi
ganjaran mentor dan guru tingkatan yang berjaya mencapai
KPI, tiga kali mencapai KPI akan dianugerahkan sijil
penghargaan. Bagi ganjaran murid pula, yang mendapat kehadiran penuh hingga berakhir sesi
persekolahan 2017 akan menerima
sijil penghargaan pada tahun 2018. Manakala Manakala
murid tingkatan 5 yang mencapai KPI 95 % kehadiran sehingga bulan Oktober akan menerima sijil sahsiah
terpuji pada Majlis
Graduasi.
Tindakan: Makluman
4.2 Program Guru Penyayang
4.2.1 Program mengalukan kehadiran murid di pintu
pagar pada tahun ini melibatkan ahli
Pembimbing Rakan Sebaya. Kehadiran guru rumah Sukan pada dua minggu pertama
tidak memuaskan manakala
guru bertugas mingguan tidak bertugas. Selepas teguran
pengetua, barulah menunjukkan perubahan positif.
Tindakan:
Makluman
4.2.2 Program RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina
diadakan di dewan selama sejam. Makanan
ditaja oleh koperasi dan diagihkan pada setengah jam yang pertama.
Tindakan:
Makluman
4.3 Program SPOT – Sistem Pemantauan Orang
Terpilih
4.3.1 Kurang berkesan untuk murid
yang tegar. Pada tahun ini hanya guru kaunseling
sahaja yang mengawalnya dan mengetahui kedudukan terkini murid.
Tahun ini seramai 6 orang murid kes rayuan bersekolah
semula
Tindakan:
Makluman
4.4 Program Sarana dan KSIB
4.4.1 Pengetua meminta agar semua usul dikumpulkan
untuk Mesyuarat Agong PIBG.
Tindakan
: Pn Rozinani Awang
4.4.2 Puan Rozinani memaklumkan ada peningkatan keterlibatan
dari ibu
bapa untuk program sekolah
Tindakan:
Makluman
4.4.3 Aktiviti murid tingkatan 1 bersama PIBG
iaitu kemahiran belajar akan dijalankan pada
bulan Februari nanti.
Tindakan:
Pn Raudzah Bt Ab Rahman
4.5 Program Minda Sihat
4.5.1 Program yang akan digunakan untuk Amalan
Terbaik Kaunseling dengan
diimplemenkan untuk murid Butterfly SPOT dan murid Juara.
Tindakan:
Puan Nurhaiza Che Mat
4.6
Projek Inovasi
4.6.1 Pada tahun lepas, UBK menerima Anugerah
Emas Inovasi Sistem Maklumat Bahagian Psikologi Kaunseling Kebangsaan dan Johan
Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan 2016
Tindakan:
Makluman
4.6.2 Tahun ini akan bertanding untuk e-psikometrik
pula bagi Pertandingan Inovasi.
Tindakan: En Che Mohamad Padali
4.6.3 Pengetua meminta salinan jejak SPM disimpan
untuk mengkategorikan murid berjaya yang boleh memohon untuk sumbangan kepada
sekolah dan juga mengenalpasti ikon sekolah. Pengetua meminta mengenal pasti
alumni berjaya untuk di tampal di papan kenyataan bagi meningkatkan aura
positif sekolah
Tindakan:
Puan Rozinani Awang
4.7 Bimbingan
Kerjaya
4.7.1 Pengetua mencadangkan aktiviti untuk
ceramah kerjaya diadakan pada waktu kokurikulum dan tidak dibuat berdekatan
dengan bulan peperiksaan.
Tindakan:
En Che Mohamad Padali
4.7.2 Encik Che Mohamad Padali memaklumkan bahawa
intervesi pendidikan kerjaya mengikut kelas.
Tindakan:
Makluman
4.7.3 Psikometrik murid melibatkan semua
tingkatan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima menggunakan e-psikometrik.
Tindakan:
Makluman
4.8 Operasi
Lewat
4.8.1 Pengetua meminta
pemantauan berterusan untuk kes murid lewat.
Tindakan:
Makluman
4.8.2 Kes bagi murid lewat kerana dihantar oleh ibu bapa akan diberikan
surat makluman kepada ibu bapa manakala murid lewat kerana sikap sendiri akan dipantau
untuk kes disiplin.
Tindakan:
En Mohd Noor Bin Mat Deris
4.9 Hal
– Hal Lain
4.9.1 Program vandalism
terdapat di kelas 3M
5.
Penutup
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.45 petang
Disediakan
oleh,
(Puan
Nurhaiza Bt Che Mat)
Setiausaha