28 March 2017

Mesyuarat Majlis Guru Kaunseling WPKL dan KLCA


Mesyuarat Guru Kaunseling untuk AJK dan mesyuarat AJK Kuala Lumpur Counselling Association ( KLCA) diadakan hari ini dgn kehadiran saya di atas tiket Naib Pengerusi 2 KLCA. Kami bermesyuarat mengenai Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL anjuran MGKKL dan KLCA dan taklimat ringkas dari En Rofii pegawai kaunseling JPN yg mengingatkan 
1)mengenai program Guru Penyayang yg perlu diamalkan. Sekolah yg mempunyai indeks persepsi murid yg rendah akan dibimbing. 
2) program minda sihat diperluaskan bukan sahaja untuk murid ting 4 tetapi juga untuk semua murid di sekolah
3) program kpd murid sesi petang juga perlu diperluaskan dan diberi kepentingan seperti murid sesi pagi
4) Amalan Terbaik Kaunseling akan dijalankan sekali lagi di peringkat negeri dan kebangsaan. Pengurusan kaunseling tidak dipertandingkan. 
5) Data Minda Sihat 2 kali setahun dan bilangan murid antara 30 hingga 50 responden
6) Data Jejak SPM perlu dikemaskini untuk mengetahui halatuju murid.
7) Buku Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin telah diedarkan ke seluruh negeri untuk panduan guru kaunseling

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai persiapan Seminar. Oleh krn seminar ini akan dijalankan di Bukit Kiara BTPN maka kami mengadakan mesyuarat di sini. Tugasan saya menyediakan teks ucapan perasmi selaku AJK Sambutan, Perasmian dan Protokol. Semoga dipermudahkan urusan kami. 

Setelah mesyuarat, kami survey parking di Pusat Sains..ahaks jauh gak nak parking. 

GWS Kak Raudzah



 

Telegram Channel