21 April 2017

Lawatan PRS dari SMA Maarif, Terengganu



Semalam hari sy rushing sana sini. Seawal pagi menyambut ketibaan rombongan SMA Maarif Terengganu dan sewaktu sesi ucapan rushing ke Institut DBKL untuk program yg lain. Tgh hari rushing ke sekolah semula untuk majlis penutup dan berbual dgn rombongan yg hadir dan ptg ke SM Sains Selangor untuk menjemput murid Juara. 

Setiap tetamu yg hadir ke UBK SMK Cheras adalah pembawa rahmat kepada kami walau jauh atau dekat. Seboleh bolehnya kami akan cuba block date kami dari apa sahaja event untuk membolehkan semua kaunselor berada bersama sama untuk meraikan tetamu yg ada. Semoga lawatan akan membawa win win kpd kedua dua pihak. Saling mempelajari ilmu dan pengalaman dari orang lain. Yang menariknya lawatan kali ini ialah rombongan ini membawa bersama pasukan PRS mereka. Terujanya murid PRS saya apabila kali ini ada pasukan PRS yg boleh mereka menjalankan aktiviti. Biasanya mereka membantu UBK melayan guru guru kaunseling shj dari merata negeri yg berkunjung ke sini. 


Program bermula dgn ucapan pembukaan dari pentadbir SMK Cheras, ucapan balas dari guru kaunseling SMA Maarif, ucapan dan pembentangan dari Naib Pengerusi PRS SMK Cheras dari Unit Kerjaya mengenai program PRS menggunakan slaid pembentangan yg digunakan Pengerusi PRS SMK Cheras sewaktu pembentangan Amalan PRS Terbaik di Simposium PRS Kebangsaan. Ini kerana ketika ini juga 9 ahli PRS ting 5 yg merupakan AJK Tertinggi PRS sedang berada di SM Sains Selangor untuk program kolaborasi kecemerlangan akademik dengan murid di sana. Slaid telah saya kongsikan dlm entri terdahulu. 

Antara aktiviti mereka di sini ialah lawatan kerja mengenai sistem pengurusan UBK menggunakan sistem perkhidmatan kaunseling abad ke 21 yg telah kami menangi pada Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan selaku johan dan pengurusan kaunseling kami di bilik kaunseling. Guru guru kaunseling kami memberikan penerangan kpd team kaunselor sana. Manakala team PRS membawa pasukan PRS pelawat meronda kawasan sekolah melihat kebitaraan kami dalam muzik sapelele yg terkenal di peringkat kebangsaan. Selain itu aktiviti yg menarik juga diadakan iaitu ice breaking dan game kepada PRS pelawat dan PRS ting 2 yg menjalankan aktiviti bersama. Terima kasih kpd team PRS Ting 5 yg mengendalikan program dgn berjalan lancar dari mula hingga akhir. 

Semoga ukhwah akan berpanjangan dan melebarkan silaturahim antara UBK dan PRS antara negeri pula. 


Agrotech Resort
A joyful break for my hectic day
A greeny view..to slow down
My heartbeat. 











































 

Telegram Channel