1 July 2017

Kertas Kerja Sambutan Hari Raya di Sekolah 2017

KERTAS KERJA
 RIMUP SAMBUTAN 
 HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH


1.0     PENGENALAN
          Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMK Cheras yang mempunyai peratus kaum Cina lebih kurang 48% , Melayu 50% dan pelajar India 2% program RIMUP amat penting untuk dilaksanakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah , mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah, dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat staf sekolah, murid sekolah,  menjemput ibu bapa untuk projek kerjasama ibu bapa (KSIB) dan warga emas. Sambutan Hari Raya dan program Guru Penyayang yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil badan beruniform sebagai persembahan selingan untuk pertandingan persembahan yang diadakan. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Pelbagai hadiah juga akan disampaikan seperti pertandingan stesen paling ceria, individu dengan pakaian tradisional terbaik dan kehadiran unit beruniform yang paling ramai bagi memeriahkan majlis Hari Raya.

2.0     Objektif
            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

3.0     TARIKH  : 22 Julai 2017
4.0     TEMPAT :  Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/ Astaka Sekolah
5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               :         Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi:        Puan Maznah Bt Musa
          Naib Pengerusi      :         Cik Lee Swee Ching
                                                   Puan Chong Moi Lan
                                                  Encik Raheman Ahmad                                  
          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          Naib Setiausaha     :         Cik Hufaidah Bt Zakaria


1
AJK JEMPUTAN
Puan Rozinani Awang (K)
Puan Raudzah Bt Ab Rahman




·        1. Menyediakan dan mengedarkan surat    
          jemputan kepada VIP
·     2. Mengedar surat jemputan kepada ibu
          bapa/murid dan tetamu yang terlibat
·     3  Memaklumkan kepada AJK Jamuan
      4. Mengesahkan kehadiran tetamu dan ibu
          bapa

2
AJK PENDAFTARAN
Pn Ang Choon Ai (K)
Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek
Puan Jasbir Kaur a/p Karnail Singh




·       1. Memastikan semua ibu bapa dan tetamu   
          menandatangani di ruangan yang telah    
          disediakan untuk program

3
SAMBUTAN/PROTOKOL
Puan Norliza Borhan (K)
Puan Zalilah Bt Abdul Jalil
Puan Narinder Kaur 

Puan Murni Mat Jali


AJK PIBG
En Romzee
Puan Juwairiyah



·     1. Menyediakan upacara sambutan ketibaan    
           tetamu
·     2. Memastikan kedudukan tempat duduk
           VIP, Pengetua, YDP PIBG dan PK   
           mengikut protokol
·     3. Mengedar buku aturcara kepada VIP,
          guru dan tetamu
·     4. Menyediakan buku pelawat dan    
           tandatangan VIP
4
AJK Pengacara Majlis
Puan Atirah Mohd Riduan (K)
En Muhammad Fadzil


·     1. Bertindak selaku pengacara majlis
           sepanjang program diadakan

5
AJK Back Drop
Backdrop:
En Abdull Azis Bin Arbi (K)
Pelajar Seni Reka Tanda



1.      Menyedia, memasang dan menurunkan backdrop



· 
  6
AJK Keceriaan Dan Hiasan Pentas
Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah (K)
Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Murid MPV RJP


1.   Menceriakan kawasan pentas dan dalam dewan dengan suasana sambutan Hari Raya

7
AJK Majlis Perasmian Program
Puan Farah Hanum Bt Ramly (K)
Puan Roszita Bt Md Toff @ Zulkefli
En Rahimi Bin Abd Karim


·       1.  Merancang gimik pelancaran program dan draf aturcara pentadbiran perasmian dari ucapan hinggalah ke gimik perasmian program
2
 
·      
3

8
AJK Guru Penasihat Badan Beruniform

PBSM :
 Pn Tipah Bt Ngah/ Pn Usha Kumari a/p Ramoo/ Pn Haliza Halid

Pandu Puteri:
Pn Umizam Zaharah/ Pn Maizatul Akma/Pn  Nafsah Bt Mohd Shah/Puan Faiza Mamat

 Kadet Bomba:
Pn Normilah Bt Mohd/ En Mohd Nasrun / Pn Soraya Abdul Rafar/ Pn Sharihan / Pn Zahirah/ Pn Norazah Bt Aris

PKBM:
 Ahmad Firdaus / En Ahmad Azran/ Pn Nor Haiza Jaine/ Cik Aida Azlina / Pn Nor Zalifah Bt Hanafi/ En Mazlie

KRS:
Cik Hamizah/ En Nik Rahmat/ Pn Amirah/ Pn Aisyatul / Puan Suhaily

Kadet Polis:
Pn Zizawani/ Pn Khamziyah/   En Yahya / En Mohd Ikhwan

Puteri Islam:
Pn Nor Haizad/ Pn Tengku Laila/ Pn Hasma Zati/ Pn Haslina Hashim/ Pn Rita Indraina

Seni Silat:
En Hazmeer/ Pn Thahabian/ Cik Nor Afzani

Pengakap: Pn Zuhaida/Pn Kavitha/ Pn Laili Azuwa/Puan Suhaibah/En Ganesan/ Nurul Shafini


1.  Mengambil bancian kehadiran murid ke
      sekolah pada hari tersebut
2.      Berbincang dengan murid tema, hiasan stesen masing-masing dan pertandingan yang dijalankan
3.      Menyampaikan maklumat mengenai aturcara program, menu dan sebagainya
4.      Memastikan AJK Badan Beruniform dapat menjalankan tugas
5.      Memastikan pasukan masing-masing dapat mengemas semula stesen masing-masing

 9

Urusetia Pertandingan Dan Hadiah

Cik Noraini Bt Jamaludin (K)
Cik Wong Mun Yee
Cik Nurul Arina Bt Asha’ari
Cik Amirah Bt Mamat





1.      Menyediakan borang penghakiman dan mengenal pasti hakim pertandingan
2.      Menempah dan menyediakan hadiah untuk semua penerima
3.      Menyediakan cenderamata untuk VIP
4.      Menyediakan dulang dan menyimpan di pejabat setelah selesai majlis
5.      Menyusun dan mengendalikan penyerahan hadiah/cenderamata di pada hari tersebut



10
Persembahan
Puan Azimah Ibrahim (K)
Puan Norlaili Ani
En Azrin B U Mat
Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman


1.      Mengadakan pertandingan persembahan antara badan beruniform
2.      Mengadakan selingan persembahan selama dua jam secara terbuka kepada hadirin atau dari murid sendiri
11
Buku Atur Cara
 Puan Nurul Hamiza Bt Nodzari (K)
 Puan Haslina Abd Rahim



1.      Menyediakan buku aturcara program
2.      Mengedarkan buku aturcara kepada peserta ibu bapa guru
12
Siaraya

En. Balasegar a/l Muniandy(K)
Pengawas PA Sistem





1.      Menyediakan alat siaraya yang mencukupi (menyewa peralatan siaraya jika perlu)
2.      Menguji peralatan yang akan digunakan sebelum majlis
3.      Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
4.      Lain-lain yang difikirkan perlu
13
Disiplin Dan Lalu Lintas

En. Mohd Noor b Mat Deris (K)
En Chan Yoong Keong
Puan Noraida Mohamad
Pengawas Sekolah



1.      Memastikan tempat meletakkan kereta untuk tetamu, VIP dan guru-guru
2.      Menyediakan murid untuk mengawal trafik dan mengawal tempat letak kereta
3.      Memastikan disiplin terkawal supaya majlis dapat berjalan dengan lancar
4.      Lain-lain yang difikirkan perlu
14
Peralatan

En Masrizal Bin Abu Bakar (K)
En Amiruddin Bin Mohd Yusoff
En Mohd Rizal Bin Mat Salim
En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff


1.         Menyediakan peralatan khemah yang diperlukan untuk program
2.         Memohon pinjaman peralatan untuk kelicinan program
3.         Menyediakan kerusi meja VIP
4.         Menyediakan kerusi meja jamuan



15
AJK Stesen Makanan Guru/PIBG

Puan Khairul Akhmar Bt Omar (K)
Puan Salina Mohd Isa
Puan Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
Cik Tuong Loy Mui
Puan Amila Bt Abdullah
Murid MPV Katering







1.      Membuat tempahan makanan berdasarkan bajet
2.      Menyediakan menu dan stesen makanan untuk guru / PIBG/ ibu bapa


17

JURUFOTO
         
                       Puan Norliza Rafie
AJK Majalah Sekolah 
        

1.      Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

18
Dokumentasi

Puan Rodiyah Mohamad (K)
Puan Hashida Bt Md Isa
Puan Mahnun Ibrahim




1.      Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan
2.      Membukukan maklumat dan gambar yang terpilih
3.      Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan
4.      Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

19
Kebersihan/Keceriaan

Puan Faiza Rahim (K)
Puan Cik Lie Kiet Wei
En Khairul Azizi B Zainuddin




1.      Memantau kebersihan kawasan sekolah
2.      Menghubungi pekerja pembersihan bagi memastikan tempat pembuangan sampah bersih dan tidak berbau pada hari program
3.      Meminta agar gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sekolah pada hari Jumaat sebelum majlis tersebut
4.      Lain-lain yang difikirkan perlu

         
6.0     TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi                     : Pendaftaran
                                    : Berkumpul di kawasan Astaka untuk pendaftaran
7.40 pagi                     : Ketibaan ibu bapa/PIBG
8.00 pagi                     : Ketibaan perasmi majlis
                                    : Ucapan perasmian
                                      Pelancaran gimik program RIMUP RAYA             
9.00 pagi                     :  Jamuan makan
                                    :  Pertandingan persembahan antara badan beruniform
                                       Pertandingan  kreativiti booth Hari Raya
                                    : Pertandingan Seni Kerabu dan pertandingan kolaj
10.30 pagi                   :  Majlis Penutup
                                       Upacara penyampaian hadiah                                 
11. 00 pagi                  :  Gotong royong mengemas kawasan
12.30 tengah hari        :  Bersurai






7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
          Sumber Pendapatan :
          PIBG                                                              =        RM 3,000
          Yayasan Pendidikan Cheras                           =        RM 1,000
          Suwa     RM 2 X 1264                                    =        RM 2,528
          Sivik      RM 1 X 1264                                    =        RM 1,264
          Kokurikulum                                                   =        RM    580
                                                                                            RM 8,372

          Perbelanjaan:
Kos makan ibu bapa dan guru                         =        RM 3,000
          Kos makanan murid   : RM 3  x  1264           =        RM 3,792
          Banner                                                            =        RM    100
          Gimik pelancaran                                           =        RM    100
          Khemah                                                          =        RM    800

          Hadiah                                                           =        RM    580
          Pertandingan kehadiran terbaik    RM 100
          Pertandingan rumah terbuka  terbaik        
           Johan            RM 80
          Naib Johan   RM 60
          Ketiga           RM 40                              RM 180
          Pertandingan persembahan terbaik
          Johan           RM 80
          Naib Johan   RM 60
          Ketiga           RM 40                              RM 180
          Pertandingan pakaian bertema terbaik
          (Lelaki)        
          Johan           RM 30
          Naib Johan   RM 20
          Ketiga           RM 10                              RM  60
          (perempuan)
          Johan           RM 30
          Naib Johan   RM 20
          Ketiga           RM 10                              RM  60        
         

8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)


Bagan Serai - Kajang
Take care my dear mak abah

 

Telegram Channel