10 July 2017

Tahun ke 18 di SMK Cheras



Hari ini genap tahun ke 18 saya selaku pendidik di SMK Cheras. Pelik sikit date posting saya 10 Julai berbanding batch coursemate saya krn salah sendiri yg menolak untuk posting kali pertama maka posting kedua saya agak lewat berbanding coursemate batch saya. Tahun ke 18 menunjukkan kematangan kerjaya saya yg menjadi rujukan kpd guru guru kaunseling junior.
Perubahan ketara tahun ini ialah geng guru kaunseling kini bertiga selepas Padali bertukar ke KPM. Selepas 18 tahun di sini, sudah enam guru kaunseling yg bertukar dan saya sudah berpengalaman dgn 8 org guru kaunseling selaku rakan sekerja dan Rozinani yg paling lama bersama saya dari tahun 2005 iaitu hampir 12 tahun dan byk kenangan manis suka duka bersama. Yg penting kami faham body language masing masing dan mood masing masing thru chemistry hihi..
Selepas ini kuota guru kaunseling untuk SMK Cheras masih tiga orang kerana bil murid menurun kpd 1021 org shj pada tahun ini. Kak Raudzah yg sudah bersama kami hampir 3 tahun dan  dalam proses mengenali potensi kekuatannya untuk digemblengkan. Berada 18 tahun di sesuatu tempat dan berada bersama rakan sekerja yg sama lebih 10 tahun menyebabkan ikatan persahabatan rakan sekerja umpama ikatan persaudaraan. Umpama adik beradik sendiri.
Yg menariknya hubungan rakan sekerja ini kita perlu tahu apakah kekuatannya untuk digunakan dalam team kita. Kak Raudzah pandai dalam ICT, slaid presentation dan data. Teliti orangnya. Dialah pengganti Padali untuk data dan sesuatu yg memerlukan perincian dari ICT.
Rozinani bagus dalam kerja kerja rencam dan belakang tabir seperti kebersihan, berkomunikasi dgn org lain, boleh bekerja dlm aktiviti ad hoc dan runner kerja kerja lain. Sangat energetic dan dia mmg selalu jadi runner.
Mempunyai rakan sekerja yg tak byk songeh dan anak buah yg menerima teguran dan redha dgn tugasan dan menerima perubahan demi perubahan adalah sesuatu bonus. Di tambah dgn pentadbir yg supportive idea idea kami maka..jangankan 18 tahun,  berpencen di sini pun boleh! Syukur alhamdulillah di atas nikmatNya.
Hujan dan awan yg mendung hari ini bagai meraikan ulangtahun saya hari ini )

18 years and still counting
As alumni and KSIB


 

Telegram Channel