22 September 2017

Sarana: AlQuran Hour anjuran Alumni





Hari ini cuti umum Maulidur Rasul. 3 hari berderet cuti Jumaat hingga Ahad. Menerima jemputan dari alumni sekolah batch SPM 1998 yg menganjurkan Al Quran hour iaitu sejam sahaja bacaan di surau sekolah. Batch ini memang aktif menganjurkan program di sekolah dan sebagai salah satu dari sarana sekolah ialah aktiviti penglibatan alumni.
Walaupun hanya 12 org yg hadir tetapi usaha murni mereka harus dipuji. Semoga selepas ini aktiviti yg mereka usahakan akan dapat menarik lebih ramai alumni yg lain dan ada lagi batch alumni yg sudi menjalankan aktiviti.
Sebagai guru kaunseling yg terlibat dgn urusan sarana sekolah, sama ada KSIB kumpulan sokongan ibu bapa atau alumni sekolah, Rozinani dan saya hadir sebagai tanda sokongan kepada program alumni di sekolah di samping menglibatkan diri dalam aktiviti yg baik ini.

Tazkirah yg menyentuh hati dari imam..walau sesibuk mana carilah masa untuk satu muka surat sahaja Al Quran setiap hari.
#hijrah.
Yang mudah, buat dosa
Yang susah, nak tambah pahala!


Happy birthday Jawahir
yeah..i still remember your birthday















 

Telegram Channel