31 October 2017

Pertandingan Amalan Disiplin Terbaik Kebangsaan 2017: SMK Cheras




Hari ini memandangkan kami mendapat undian no 1 untuk pertandingan Amalan Disiplin Peringkat Kebangsaan 2017 maka kami terus ke bilik pertandingan untuk berlatih. Pertandingan berjalan lancar dan hanya satu soalan juri sahaja. Habis presentation saya ke booth sendiri.  Mataku macam mata panda dah.. huhuhu sebab tidur tak menentu minggu ini.
Tahun ini saya tak dapat untuk melihat pembentangan dari negeri lain kerana menjaga booth pameran sendiri dan dalam masa yg sama melihat pameran org lain krn pada pukul 12 tgh hari sahaja semua booth perlu berkemas. 

Buat yg singgah di booth kami, terima kasih banyak banyak ye. Saya ingatkan apabila saya menyertai pertandingan amalan disiplin tak adalah yg menyedari kewujudan saya tetapi ada sahaja yg datang dan telah menegur saya huhu penangan blog saya yg menyebabkan follower blog saya menegur saya. Alhamdulillah sekiranya blog saya memberikan input kepada pembaca. 

Berita baik di penutup hari ini, booth kami terpilih antara 6 booth terbaik sekolah menengah dan perlu setting pameran semula di JPN Johor kerana majlis penutup akan diadakan esok di JPN Johor 

Pukul 5.00 petang kami ke JPN Johor pula bersama sama 24 peserta pameran iaitu 6 booth terbaik bagi setiap kategori..dan tiba di sana 5.30 petang. Setting dah habis hampir pukul 7 malam dan bergerak semula ke hotel dah pukul 7.40 mlm hingga kepala saya dah pening dan berangin. Air halio O is the best menu untuk saya. 
Semoga ada berita baik untuk saya esok.
Selamat malam ..

Hi..Legoland :)































 

Telegram Channel