27 January 2018

Science Quest di Kolej INTI Subang








Program Science Quest diadakan  di Kolej INTI Subang dan saya membawa 38 murid saya ke sini pada hari ini. Bertolak seawal pkl 7.40 pagi dari sekolah dan tiba di Inti College pukul 8.10 pagi. Wow oleh kerana semua murid memakai baju T Shirt bewarna hitam tajaan Kolej INTI maka apabila 900 murid berkumpul kelihatan seperti semut semut hitam hihi.  Aktiviti berbentuk campus tour dengan permainan seperti






Game : parachuting the president
Suratkhabar 5 helai
Batang ais krim 10
Straw 6
Rubber band 2
Plastik
Telur
Salotape
Bahan bahan ini digunakan untuk melindungi telur daripada pecah . Untuk membina suatu struktur untuk melindungi telur daripada pecah . Sesudah menggunakan bahan itu untuk melindungi telur , telur dibaling secara tegak dari tingkat atas.




Game : toxic river
Ada 10 Kerusi untuk 10 ahli. Setiap org mesti berada di atas kerusi. Dari garisan mula hingga akhir tidak boleh memijak lantai atau jatuh, perlu menggunakan kerusi sahaja untuk ke garisan akhir



Game : burger race
Belon yang telah ditiup diberikan kepada  semua ahli kumpulan. Ahli kumpulan beratur secara memanjang kebelakang. Belon diletakkan di antara perut orang hadapan dan belakang badan. Semua ahli kumpulan berjalan hingga ke garisan akhir dan pusing kembali ke tempat permulaan.
Belon yang jatuh atau pecah dibiarkan.








Game: Leg NBA
Satu belon ditiup dan diletakkan di kaki. Ahli kumpulan beratur secara memanjang dan belon dihantar ke orang belakang dengan menggunakan kaki. Bagi kumpulan yang menjatuhkan belon atau pecah, kumpulan tersebut perlu mengulangi semula dari awal. Belon perlu dihantar semula ke hadapan dengan menggunakan cara yang sama.


Game: the mind game
9 buah kerusi disusun. Setiap ahli kumpulan diberikan nombor. Dua buah kumpulan tersebut perlu merebut kerusi apabila menjawab soalan yang diberikan mengikut nombor yang telah diberikan. Cthnya setiap kumpulan ahli ada no 2. Bila soalan diberi 1 campur 1 maka ahli yg no 2 dari kedua dua kump akan duduk. Siapa dapat duduk dia dapat mata group.

Kemudian team kami dibahagikan kpd 4 kumpulan utk menyertai bengkel robotik, detektif conan, dan dua lagi ygsaya terlupa.
Murid saya tidak memenangi pertandingan ini tetapi mereka sangat seronok. Menimba pengalaman baru dan memberi idea baru kpd team PRS saya untuk aktiviti team building. 
Bertolak dari Subang pukul 3.45 petang dan tiba di sekolah pukul 4.30 petang umpama working hour saya pada waktu bekerja pada hari weekday. :) 

Thanks Har 
Always make me feel good
About myself :)









 

Telegram Channel