26 January 2018

Motivasi Mencapai Sasaran Oleh Cikgu Jinggo

Salam Jumaat yg berkat dgn dimulai bacaan Yaasin.






Program motivasi mencapai target anda yg anda sasarkan dalam bimbingan ETR minggu ini bersama guru kaunseling disusuli dgn ceramah motivasi mencapai sasaran anda.  Bersama ibu bapa yg dijemput hadir untuk menandatangani target anak di kertas borang penetapan target dan bersama sama mendengar sesi motivasi dari Cikgu Jinggo.
Slot mengenai strategi penetetapan matlamat. Bagaimana membina dreamboard anda.

BAGUS : B for brave, A attitude, G goal U understand your ability, S system.
Perlu ada 7S iaitu scores, skill, strategy, spirit, space, speed dan spiritual.


Bagaimana kerjasama akan membuahkan hasil yg lebih cepat? Bagaimana menaikkan motivasi murid? Penceramah yg dikenali sbg Cikgu Jinggo ini menggunakan analogi analogi tertentu. Penceramah ni tidak mempunyai slaid seperti penceramah penceramah yg pernah saya jemput tetapi kekuatannya adalah jalan cerita terhadap pengisian slot ini. Kekuatannya adalah suaranya sendiri dgn PA Sistemnya yg tersendiri melalui muzik latar, kepelbagaian bahan bahan dan tools yg digunakan sbg analogi dalam ceramahnya. Diselitkan juga dengan permainan dan aktiviti yg diselangseli dgn ceramahnya. Ini menyebabkan murid fokus TERMASUKLAH murid saya yg berbilang bangsa. Sebenarnya agak sukar untuk mengawal 220 org murid ting 3 dan 210 org murid ting 5 saya yg berbilang bangsa ini.


Slot dijalankan sejam setengah untuk murid ting 3 dan sejam setengah lagi untuk murid ting 5. Bagi murid Cina dan India yg tidak menguasai Bahasa Malaysia dgn baik,  mereka cepat menunjukkan bosan kpd penceramah dan tidak involve dgn aktiviti yg diarahkan. Namun dari pemerhatian rakan setugas, ceramah Cikgu Jinggo ini dapat menarik murid murid berbilang bangsa ini  involve dgn aktiviti yg diarahkan dan fokus memandang penceramah dan tidak membuat bising walaupun murid ting 5. Apatah lagi untuk  murid murid bangsa Melayu yg seronok mengikuti dari mula hingga akhir sejam setengah ceramah yg disampaikan. Malahan ibu bapa yg hadir juga mendapat info yg boleh memberikan panduan dalam bimbingan terhadap anak - anak. Yg penting YDP PIBG yg turut serta, merasa puas hati perjalanan program dan pengisian slot yg berimpak maklumlah PIBG selaku penaja program hari ini. Bayaran konsultan ini agak berbaloi dgn input program ini walau masa agak mencemburui dgn sejam setengah sahaja.
Akhir sekali ikrar dari wakil murid untuk belajar bersungguh sungguh mencapai sasaran seperti di dalam borang penetapan target mereka.


Alhamdulillah
My dream come true
Article publish in jurnal BPSK :)
































 

Telegram Channel