16 April 2018

Program Transformasi Sahsiah Murid SMK Cheras 2018




PELAN TINDAKAN TRANSFORMASI SAHSIAH MURID 2018
Berdasarkan kepada 5 aspek penting yang menjadi keutamaan sekolah

BIL
RUKUN
Transformasi

1
Peraturan kami patuh
1) Penurunan kes masalah disiplin di sekolah
2)Penurunan kes buang sekolah
3) Penurunan bilangan surat amaran ponteng sekolah
2
Belajar kami fokus
1) Penurunan band sekolah atau GP
2) Peningkatan peratus lulus
3
Masa kami tepati
1) Penurunan peratus kes lewat ke sekolah

4
Sekolah kami sayang
1) Peningkatan kualiti markah kebersihan dan keceriaan kelas setiap bulan walaupun tidak memenangi kelas terbaik
2) Tiada kes vandalism dalam kawasan sekolah
5
Salam kami mulai
1) Murid masuk sahaja dalam kawasan sekolah bersalaman dengan guru yang bertugas
2) Murid bersalaman dengan rakan –rakan di pintu pagar
3) Murid bersalaman dengan guru selepas pulang dari sekolah

Pelan transformasi di atas saya ambil idea dari SM Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sewaktu perhimpunan sekolah tersebut memperkenalkan murid Juara saya di perhimpunan sekolah mereka. Cuma bezanya mereka ada 13 rukun SMAWPKL yang tidak begitu praktikal untuk murid sekolah saya. Maka saya cuba mengadaptasikan perkataan rukun itu dengan kesesuaian sekolah saya menjadi 5 rukun iaitu 5 perkara yang merupakan masalah utama di sekolah saya untuk dipraktikkan, diambil berat oleh warga sekolah dan menjadi keutamaan untuk ditambah baik.

Maka tajuk kajian tindakan saya pada tahun ini ialah Keberkesanan  5 Rukun Cherasian Terhadap Transformasi Sahsiah Murid SMK Cheras 2018. Saya meletakkan petunjuk prestasi transformasi untuk memudahkan saya mengukur impak program yang dijalankan.

Aturcara pelancaran program ini ialah
  • Ucapan Perasmian Puan Pengetua
  • Penyampaian Hadiah:

Anugerah Ultimate : Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Sahsiah Terpuji
Anugerah Ant : Anugerah Kecemerlangan Sahsiah Terpuji
Anugerah Butterfly : Anugerah Peningkatan Sahsiah Terpuji

  • Ikrar Transformasi Sahsiah Oleh Pengerusi PRS, Ketua Pengawas Sekolah dan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.





Happy birthday to my best friend 
Harizawati..



































 

Telegram Channel