4 May 2018

Bengkel Pra Makmal Inisiatif PPPM # 110 Pembangunan Nilai Dan Sahsiah



Sebenarnya surat untuk bengkel ini saya terima dari Jumaat lepas cuma bertindan tindan dgn program lain dan akhirnya selepas Bengkel Pemurnian Modul PINTAR -UTAR  Mental Health di BPSH yg tamat lebih awal pada pkl 1.00 tengah hari, maka saya terus ke blok sebelah di PADU untuk mengikuti pula program ini.
Menyemak senarai peserta makmal ini hanya saya seorang guru kaunseling, dan yg lain saya tak kenal . Banyak background dari pensyarah universiti dan hanya Dr Salleh Amat yg saya kenal , pegawai KPM pula hanya dari BPSH dan BPSK yg sy kenal. Maknanya saya akan mendapat kenalan kenalan baru dari pelbagai latar belakang pula. Dan pada hari bengkel ini dijalankan hanya 16 org yg ada dan nampaknya hanya saya seorang sahaja wakil guru dari 3 org guru yg dipanggil dan saya mewakili atas tiket guru kauseling. 

Tajuk diberikan adalah untuk mencari 4 nilai  yg ingin anda lihat ada pada generasi akan datang? Di mana nilai tersebut akan dijadikan kerangka dalam profil murid dari tadika hinggalah ke peringkat sekolah menengah yg akan dinilai oleh guru di sekolah. Cuma kaedah nilai itu diukur akan mengikut tahap umur pula dan rubrik mengenai setiap nilai yg ingin dilukur.
Berada dalam kumpulan yg pakar dalam bidang masing masing menyaksikan setiap nilai memerlukan hujah yg kuat dari setiap peserta berdasarkan eviden dan berdasarkan kpd pengetahuan masing masing dalam mentafsir nilai yg ingin diukur.

Salam Jumaat yg berkat
Mood menulis diteruskan..















 

Telegram Channel