9 August 2018

Fasilitator Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin SMAWPKL

Bagus semangat kumpulan.dari SM Agama WPKL ini. Mendapat mesej dari Azni, guru kaunseling SM Agama WPKL untuk datang ke sekolah pada hari Selasa lepas di sebelah petang memandangkan di sebelah pagi guru kaunseling dari SMK Seri Bintang Utara hadir untuk bimbingan amalan terbaik kaunseling.


Namun demikian di sebelah petang, Azni menunda temujanji keesokan harinya dan akan datang bersama kumpulan guru disiplinnya pula. Wah! Memang terbaik sekolah ini. Hasrat pengetua untuk menyertai pertandingan amalan terbaik kaunseling dan disiplin disambut sebagai satu cabaran untuk menyertai pertandingan pada tahun ini.


Saya pula tidak kisah jika guru kaunseling dan disiplin yang hadir kerana saya sudah biasa umpama jurulatih melatih sekolah sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan melalui lawatan penanda aras atau melayan pertanyaan melalui blog saya. Namun yang buat saya tersipu -sipu apabila Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya juga yang turut hadir pada sesi bimbingan ini. 
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang saya kenali sejak tahun 2015 apabila menjalankan program kolaborasi program Juara SMK Cheras dengan sekolah SMAWPKL ini.



Apabila pentadbir sendiri yang turun padang bersama -sama mendengar bimbingan projek untuk anak -anak buahnya dengan tekun setiap bait patah perkataan yang saya keluarkan, saya dapat merasakan projek ini bukan bebanan tetapi menjadi tanggungjawab untuk mereka lunaskan. Senda gurau dan perbincangan berjalan dengan harmoni dan positif sekali, satu tanda kerjasama pasukan dalam merealisasikan projek yang akan dijalankan. 

Perlahan-lahan dari segan kerana kehadiran Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya terus menjadi perbincangan santai dan tidak formal. Semoga mereka memperolehi kejayaan!









Happy birthday and good luck trial PT3
Delicious cake from SukaSucre







 

Telegram Channel