Total Pageviews

7 September 2018

Kajian Tindakan Kaunseling : Kesilapan Dalam Penulisan Pelaporan






Slot saya biasanya diatur pada hari terakhir. Oleh kerana slot disebelah malam dibatalkan memberi peluang kepada peserta untuk berehat di rumah dan dipack di sebelah pagi hingga petang sahaja. 
Tetapi oleh kerana jadual flight Kelantan - KL yg full terpaksa jadual saya dipercepatkan dan pack pada pukul 5.45 petang hingga 7.30 malam. 

Saya menjangkakan minda peserta dan tenaga yg pasif kerana saya faham kelihatan fizikal dan mental di hujung rancangan. Tetapi setelah bermula slot, peserta teruja mendengar taklimat dan dapat menyatakan refleksi yg lalu, tindakan dan refleksi akhir yang betul untuk projek berkumpulan. 

Hari ini saya berkongsi kesilapan penulisan kajian tindakan yg biasa dilakukan peserta sepanjang penandaan kertas cadangan individu peserta bengkel yang telah dihantar kpd saya dan hasil pembentangan kumpulan yg telah memasuki bengkel ke 4 selepas Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. 

Ralat Kajian Tindakan:
1) Tidak menyatakan refleksi yg lalu dengan sokongan data. Peserta sudah terbiasa menulis seperti pengenalan biasa kertas kerja program. Tiada sokongan data seperti pada tahun lalu sebanyak 90% kehadiran murid kesekolah tetapi tahun ini dari Jan hingga Mac hanya 87% sahaja. 
2) Fokus kajian tidak jelas sasaran murid yg bagaimana untuk diambil jika sampel kajian tindakan hanya 10 orang sahaja atau bukan melibatkan populasi murid yg bermasalah.
Cth: Seramai 52 murid ponteng sekolah pada bulan Jan hingga Mei, saya mengambil 10 murid yg telah menerima surat amaran 3 untuk fokus kajian. Jika anda menyatakan anda mengambil 10 murid sahaja dari 52 murid ponteng, bagaimana 10 murid itu dipilih? 
3) Tindakan Yang Dijalankan
Jika anda meletakkan soal selidik, contoh soal selidik mesti disertakan dan hasil soal selidik akan keluar pada penulisan hasil kajian tindakan anda. 
4) Jika anda meletakkan penilaian pra dan post, jangan sewenang wenangnya meletakkan penilaian tersebut jika tingkah laku yg ingin diukur hanya ingin melihat 1 aspek sahaja dan ingin melaporkan dari satu aspek juga. Dan anda sendiri tidak pasti apakah kriteria yg ingin diukur dalam penilaian pra post anda. Kajian tindakan berbentuk deskriptif pelaporan data. 
5) Memilih sampel kajian tindakan dalam kawalan anda. Ingat anda sendiri terlibat sebagai penyelidik. 
6) Kertas cadangan memerlukan jadual perlaksanaan. Menulis rangka projek dengan jadual perancangan projek yg sesuai dari menulis kajian tindakan hingga terbit satu penulisan kajian tindakan. Menulis kertas cadangan tidak memerlukan masa sehingga berbulan. Perlaksanaan kajian tindakan sebaiknya dalam jangka masa tiga bulan agar dapat mengukur sebelum, semasa dan selepas tindakan dijalankan agar dapat melihat konsistensi impak tindakan. Bukan dalam masa sebulan sahaja kerana alasan tidak cukup masa. 
7) Anggaran kewangan tidak dinyatakan dengan rasional dalam kertas cadangan. Jika dalam tindakan terdapat ganjaran atau aktiviti sudah pasti ada perbelanjaan dan bukannya 0 kerana menganggap mencari tajaan. 
8) Dalam penulisan kajian tindakan kaunseling, tindakan yg dijalankan mestilah bersesuaian dgm bidang tugas dan etika kaunselor sendiri, lebih baik tidak meletakkan tindakan untuk mendenda seperti kelas tahanan atau dengan terang terangan menulis dirotan, didenda dan sebagainya. Terapkan tindakan yg lebih kepada unsur guru penyayang .

9) Teori perlu menunjukkan anda seorang yg profesional dan menaikkan kertas kerja anda berbentuk ilmiah. Jika anda terlupa melaporkan penggunaan teori, kajian tindakan anda masih diterima untuk pelaporan tetapi ia adalah kajian tindakan aras sederhana berbanding kertas kajian tindakan yg menyatakan teori yg digunakan dan menujukkan ia ilmiah dan profesional.
10) Jika anda memasukkan kajian literature review, pilih yg terkini dan releven. Menceritakan tindakan yg ingin dijalankan dgn rujukan literature review yg hampir 10 tahun lebih adalah kurang sesuai dan kes ponteng biarlah rujukannya juga menyentuh mengenai ponteng.

Selamat menulis kajian tindakan.

SAMC for second time
Ikhlas vs Redha


























No comments: