22 September 2018

Majlis Penghargaan Murid Ting 5





Majlis Penghargaan Murid Ting 5 diadakan di dewan sekolah dengan murid merasai jubah umpama graduasi di universiti.
Program tahunan yang diraikan untuk semua murid ting 5 yang layak menghadiri program ini. Penganugerahan sijil dan plaque untuk murid.
Penyampaian sijil disampaikan oleh
diselang dengan persembahan mantap kumpulan muzik sekolah.
Wajah wajah keriangan yang segak dan cantik mencuri pandangan. Sekejap sahaja masa berlalu sudah 5 tahun dan terasa masih lagi menyampaikan taklimat orientasi pada batch 2014 /2018 ini. Semoga semuanya cemerlang dalam meniti kehidupan yang akan datang.

Saya tidak melepaskan peluang sementara menunggu ketibaan VIP, untuk bergambar bersama sama ahli PRS Ting 5 dari meja ke meja. Terima kasih atas sumbangan dan bakti anda sepanjang bergelar PRS di SMK Cheras. 

Terima kasih Aisyah
Last day studygroupNana
SaujanaPalma













































































 

Telegram Channel