Total Pageviews

11 September 2018

Selamat Hari Lahir Raudzah




Selamat Hari Lahir Kak Raudzah. 
Salam Maal Hijrah
We have joy
We have fun
We have seasons in the sun

Cuti sekolah yang memenatkan kerana bilik kaunseling kami terlibat dengan renovation besar-besaran hampir 80% dan banyak juga barang yang dibuang hampir penuh satu lori kecil. Jadi saban hari saya dan partner -partner saya ke sekolah bermula dari hari Sabtu, Ahad dan Selasa untuk proses sisih, membuang buang dan menyusun. 

Hari Isnin berehat sekejap bagi peluang Kak Raudzah sambut hari jadi di rumah dan tidak datang ke bilik kaunseling hahahaha. Jadi hari ini kami sambung semula mengemas bilik kaunseling dan sewaktu membeli makanan tengah hari untuk geng PRS yang membantu, sempat saya membelok ke kedai kek membeli kek coklat moist yang lazat untuk Kak Raudzah. Pakatan dengan Rozi ahak..

Memandangkan bilik kaunseling berdebu kerana kontraktor asyik tebuk sana sini, maka kami berpicnic di Medan Minda Sihat wakaf hadapan bilik kaunseling sahaja. Kami susun makanan cantik -cantik dan siap sahaja PRS menyediakan kek tersebut, kami memanggil  Kak Raudzah turun untuk menikmati makan tengah hari sambil menyanyikan lagu hari jadi. 


Selamat Hari Lahir Kak Raudzah. Semoga murah rezeki yang berpanjangan dan diberkati.


Hectic week
Plan to do
Ending with to plan again..
Nazir oh nazir







No comments: