14 November 2018

Lawatan Penandaaras Unit Kaunseling Dari SMK Convent Jln Peel






Permohonan lawatan penandaaras yang ke 11 dan terakhir untuk sesi persekolahan 2018. Dengan purata setiap bulan menerima tetamu penandaaras dari sekolah - sekolah yang lain.
Kali.ini rombongan SMK Convent Jalan Peel KL bersama seorang pengetua, seorang penolong kanan HEM, seorang setiausaha HEM , dua orang guru kaunseling dan empat orang guru disiplin hadir bersama.
Saya membentangkan mengenai pelan strategik 2019 hingga 2021 dan program yg akan dijalankan untuk isu strategik kami iaitu kehadiran murid ke sekolah dan lewat ke sekolah.
Kehadiran murid ke sekolah melalui projek Zoom In yang dimenangi pada tahun 2015 untuk Amalan Terbaik Kaunseling WPKL dan kelima Simposium Amalan Terbaik.Kaunseling peringkat kebangsaan.
Menangani murid berisiko keciciran sekolah melalui projek SPOT yang dimenangi Anugerah Perak Modul Kaunseling tahun 2017 dan Johan Amalan Terbaik Disiplin tahun 2017 dan tempat ke6 Amalan Terbaik Disiplin Kebangsaan 2017.
Pembentangan dua hala mengenai program yang dilaksanakan dan seterusnya lawatan ke bilik kaunseling dan disiplin sekolah.


Tahniah Hasmazati
My eg tukar..



Terima kasih pengetua

Terima kasih PK HEM

Trip dari SMK Convent Jln Peel
















 

Telegram Channel