Total Pageviews

21 December 2018

Slaid Kriteria Permohonan Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling





Sila klik untuk download Slaid Kriteria Permohonan Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling untuk yg berminat memohon guru cemerlang.


Semoga berjaya dalam permohonan anda.






Keberkatan Jumaat yang terakhir untuk tahun 2018, saya berniat kongsikan contoh slaid saya untuk memenuhi kriteria guru cemerlang bimbingan dan kaunseling untuk dimanfaatkan oleh calon-calon guru bimbingan dan kaunseling yang memohon guru cemerlang bahawa kriteria tersebut diperlukan sama ada anda pemohon gred GC DG44 , DG48, DG 52 dan naik gred lagi . Ini kerana kriteria ini akan dipertimbangkan selama 3 tahun dari tarikh memohon. Oleh itu jangan buang dokumen anda sewenang-wenangnya untuk tiga tahun kebelakang. Semakin tinggi gred yang dimohon maka semakin tinggi sumbangan anda terhadap kebangsaan dan antarabangsa. yang memberikan erti yang signifikan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.

Saya pernah share esei yang wajib ditulis bertajuk sumbangan dan usaha meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling sewaktu DG 44 naik ke GC DG48. Jika rezeki anda tajuk esei masih sama maka anda sudah dapat bayangan. Namun masa berubah dan jika ada perubahan pula yang tidak memerlukan esei tetapi pembentangan maka contoh slaid  juga saya paparkan terutama untuk membentangkan kepada nazir bagi calon GC52 ke atas. Tidak tahu pula jika tahun hadapan pemohon yang memohon GCDG44 juga perlu membuat slaid? Tengok sahaja tahun hadapan semoga kita sama -sama cemerlang dalam profesion bimbingan dan kaunseling.



Redha dengan rezeki dariNya
Terbaik untukmu Farzana

Pasar pagi
Kluang Johor

No comments: