28 January 2019

Selamat Pagi Malaysia: Tetamu Jemputan






Sila klik link biru ini untuk tontonan video live 


Nampaknya hari ini dalam sejarah. Dijemput oleh KPM bagi mewakili pandangan dari guru bimbingan kaunseling mengenai psikologi guru menangani masalah murid. Waze tengah malam jarak Kajang ke Angkasapuri cuma  30 minit tetapi pagi hari ini jarak waze menjadi sejam 20 minit. Memang cuak dan mempunyai adik yang kaya dengan sifat sedia membantu, adik sudi menemani saya ke Angkasapuri selaku supir dan PA. 

The best part, bila dibenarkan adik saya juga masuk ke dalam bilik studio makanya sempatlah dia snap sana sini apa yg patut. Jalan ke Angkasapuri memang sangat sesak..mujur bukan saya yang drive sambil melihat waze. Hampir sejam 30 minit memandu, baru tiba di Wisma TV pada pukul 8.00 pagi. 

Alhamdulillah terpancar di muka bila diberikan parking VIP. Tidak perlu mencari-cari tempat letak kereta.  Kami disambut oleh krew dan tiba di bilik VIP, kami diberikan sarapan nasi lemak. 

Part yang paling saya risaukan tentulah part mekap mekap ni.  Saya disolekkan dengan mekap tebal oleh jurusolek. Huhuhu saya katakan tebal sbb saya ke sekolah hanya memakai lipstik sahaja dan calit calit blusher sahaja,   tetapi diwarna warnikan muka saya dari kening dan mataku dan semua mukaku hari ini. Redha jela muka main solek solek ni.. 

 Saya hanya diberikan tajuk dan tiada perbincangan mengenai soalan soalan yg bakal ditanyakan. Saya mati matian ingatkan saya akan berpasangan dengan personalia lain, rupanya 20 minit secara live tetamu solo dengan Tasneem dan Ridzwin.  Saya kemudiannya dipersilakan masuk ke studio 2 dan sempat melihat live tetamu sebelum slot saya yang begitu yakin membicarakan topik mereka. Orait..giliran saya dan rakaman diteruskan...dan begitulah aksi saya..hihi. Habis je rakaman tgk phone dah viral imej saya di group whatsapp oleh rakan rakan saya yg sempat menonton atau yg dirakam oleh ahli keluarga mereka untuk dikongsikan di group whatsapp. Mencurah curah tahniah..ikhlasnya mereka  sudi menaip tahniah untuk saya di mesej dan di fb yg dimulakan oleh posting Afiqah. 
Terima kasih Afiqah selaku perunding imej saya huhu. Tajuk psikologi guru menangani murid bermasalah dan saya memberikan tips agar guru dapat mengawal emosi dgn baik. Jika sudah tidak berjaya menahan emosi di dalam kelas, minta murid sasaran yg bermasalah menaikkan agresif guru untuk beredar sebentar ke bilik kaunseling, dan guru pula  bertenang sebentar. Semoga perkongsian hari ini memberikan input yg bermakna.  


Morning Malaysia !




















 

Telegram Channel