Total Pageviews

26 February 2019

Simulasi Demo Pengajaran Dalam Temuduga Calon Guru PISMP


                           

Hari ini saya dijemput membawa 5 murid untuk khidmat bakti menggunakan 5 murid ini untuk tujuan simulasi pengajaran dalam temuduga guru bagi PISM. Nampaknya rezeki murid ini secara live dapat merasai temuduga dari penemuduga sebenar dan bukannya dgn cikgu atau kawan kawan seperti slot mock interview.
Untuk menjadi guru terbahagi kepada beberapa kriteria penting. Selain dari psikometrik yg perlu diduduki oleh calon, calon perlu melalui temuduga. IPGM memohon murid-murid saya untuk menjalankan simulasi demo bagi temuduga calon guru. Begitu teruja murid saya mendapat pengalaman sebenar ditemuduga. Memandangkan calon guru berusia antara 18 tahun maka murid tingkatan 5 adalah yang paling ideal untuk menjadi calon simulasi kerana mereka tidak pernah terlibat dengan sesi temuduga guru.

Nampaknya murid perlu mendapat pendedahan menghadiri temuduga memandangkan sewaktu sesi simulasi saya dapat melihat bagaimana murid saya menjawab soalan penemuduga. Dan sesi simulasi demo mengajar yang paling saya ingin saksikan. Macam macam gaya dan dapat tengok siapa yang sesuai dan yang tidak sesuai.

Pengajaran selama 5minit dengan topik yang dipilih sendiri oleh murid sebagai guru yang sedang mengajar  kawan-kawan lain yang berlakon sebagai murid. Yang jadi guru BI asyik tersasul BM, yang berlakon jadi cikgu Matematik pula sangat laju bercakap dan interaksi dengan papan putih je , sekali sekala pandang muka murid. Yang jadi cikgu BM pula, bila murid-murid tanya dan dia tidak dapat jawab dia jeling haahahaha. Yang jadi cikgu Grafik cool je, saya pun terus faham topik yang diajar.
Walaupun lakonan, mendapat pujian dan ucapan terima kasih kerana membantu melancarkan simulasi untuk pensyarah menilai kesesuaian instrumen yang akan digunakan.
Pelbagai ilmu  yang diperolehi oleh murid-murid saya hari ini. Terima kasih IPG Ilmu Khas :)

Note to my self
ADAB mesyuarat
#donemeetingUBK


Simulasi temuduga tanya tentang biodata dan latar belakang diri calon

Seorang demi seorang diminta mengajar topik dalam masa 5 minit



Diperhatikan oleh sekumpulan pensyarah IPG mujur murid tak gugup sangat











No comments: