8 March 2019

Ziarah Cakna 3/2019: Menjejak Calon SPM Keciciran Sekolah

Kami meneruskan aktiviti ziarah cakna pada hari ini dengan misi menjejak murid calon SPM yang telah mendaftar SPM dan suam suam kuku kehilangannya tiba tiba. Mungkin ada ramai yang tidak tahu sama ada ibu bapa, murid bahkan orang awam yang lain bahawa lisan BM SPM dijalankan sebelum menduduki SPM dan lisan BM adalah wajib untuk kelulusan subjek BM SPM.
Kami bergerak ke rumah pertama di kawasan flat yang tinggi tapi mujurlah rumahnya tingkat rendah. Call tak berangkat terpaksa juga menjejak rumahnya. Lagi beberapa hari surat buang akan dikeluarkan dan saya dan Rozi cuba berusaha agar murid ini boleh ke sekolah semula. Sampai di rumah, pintu rumah terkunci dan jiran memaklumkan yang murid ini telah keluar. Apabila kami tanya macam macam, jiran mengatakan yg keluarga murid ini tidak bergaul dengan jiran dan sering bersendiri jadi sukar bagi jiran menjawab soalan kami.
Saya difahamkan murid ini bekerja tetapi saya difahamkan ada shift malam dan memang keluarganya agak susah kerana mengharapkan ibunya sahaja yg berniaga. Tetapi di sekolah bantuan makanan harian untuk belajar,  beras pun ada dan peralatan sekolah juga disediakan oleh Unit Kebajikan sekolah untuk murid sasaran yang layak. Kemiskinan bukan punca murid ini menyerah kalah kepada nasibnya di tingkatan 5. Ada punca lain yang menyebabkannya berhenti.
Ikhtiar terakhir memasukkan surat amaran di bawah pintu rumahnya dengan harapan agar segera ke sekolah. Ini kerana dia telah mendaftar sebagai calon SPM tetapi oral BI dan lisan BM SPM belum dijalankan. Bimbang menghilang terus hingga menyebabkan oral dan lisan tidak dapat dijalankan dan menjejaskan result SPM jika murid ini hadir menduduki SPM nanti. 



Rumah kedua adalah murid yang berpindah ke sekolah saya kerana masalah disiplin ponteng sekolah di sekolah lama. Saya pernah sekali sahaja berjumpa dengannya. Kehadirannya berkala dan terus tidak hadir selepas Tahun Baru Cina. Setiausaha peperiksaan tidak mendaftarkannya sebagai calon SPM sekolah memandangkan murid ini tidak memberikan kerjasama.
Saya menghubungi ibunya tetapi tidak diangkat..sedangkan pada minggu pertama hingga minggu ketiga persekolahan jika murid ini tidak hadir, kakaknya akan menghubungi saya. Sejak murid ini menghilangkan diri dari sekolah, keluarganya juga sudah tidak memberikan alasan lagi..hairan bukan?
Kami terpaksa turun naik beberapa rumah pangsa untuk menjejaknya dan apabila bateri phone saya pun dah habis, hilanglah punca waze saya untuk tunjuk arah jalan yang betul..adoila. Tergelak mengah saya naik turun flat sbb tersilap. Maklumlah saya dan Rozi tidak familiar dengan kawasan perumahan flat flat Cheras di sini.
Hinggalah akhirnya kami berjaya juga mengesannya.. ketukan kami tidak dijawab selama 5 minit dan akhirnya dibuka juga oleh seorang nenek. Saya memperkenalkan diri dan nenek agak terkejut apabila dikhabarkan cucunya sudah lama tidak ke sekolah. Nenek bertanya lagi...dah lama ke tak ke sekolah dan saya menjawab ya sebab minggu depan akan dibuang sekolah. Saya menerangkan kpd nenek ttg prosedur calon SPM yang mendaftar persendirian..tetiba je nenek itu kata..kejap cikgu. Si A tu ada je tidur kat dalam bilik ini.
Adoi sabar jelah saya mendengarnya dengan Rozi. Mula mula buat tak tau apa apa  pasal cucu , tetiba ada rupanya dlm rumah tu. Nenek tu kerap bertanya di mana kami mendapat alamat rumahnya dan seakan tidak berpuas hati kami tau alamat rumahnya. Memandangkan murid ini dikhabarkan tiada di rumah ibu bapanya sendiri maka sudah tentu kami mencari di alamat satu lagi. 
Nampaknya cucu ini berpatah arang untuk ke sekolah saya semula. Hatinya masih di sekolah lama tetapi pengetua di sekolah lamanya enggan menerima murid ini memandangkan kes disiplin yang telah dilakukannya. Memandangkan cucunya masih berkeras segan berjumpa kami, manakala neneknya pun tidak mempelawa kami untuk masuk ke dalam rumah mereka,  maka neneknya mengatakan yang cucunya ingin berhenti sekolah sahaja.
Orait..kes tutup berhenti sekolah dan daftar SPM persendirian sahajalah ye.

#Farewell party for Pn Khamziyah
Terima kasih kak .....jasa untuk Cherasian



 

Telegram Channel