11 April 2019

Minggu Kerjaya : Bengkel Jejak Juara Kerjaya Oleh Coach Zahidah Sharif





Sempena  minggu kerjaya dan sasaran saya ialah murid - murid Juara Permata. Murid -murid cemerlang ting 1 , 2 , 3 , 4 dan 5 menghadiri program ini bersama beberapa murid yang terpilih. Menggunakan bekas murid Cherasian juga agar input yang diberi signifikan dengan murid sekolah dan budaya belajar di SMK Cheras.
Saya perkenalkan Zahidah Bt Mohd Shariff yang sangat signifikan dengan saya kerana ahli PRS saya yang sangat aktif. Bertugas dengan PLF International dan boleh dihubungi di talian 013-2039513

Biodatanya yang cemerlang inspirasi untuk murid saya:

Zahidah is a person who has passion to become successful person in her professional life as Industry Expert and at the same time love to share her experience, knowledge and expertise with her nation to help them become a successful person. 
A positive and high determination person which lead her life from a normal student to become an outstanding student in both academic and extra-curriculum activities. She has been awarded Chancellor’s Award and President’s Award by University Kuala Lumper as top student.  Her journey to become an expert in industry drove her to France to further her studies in Master Science of Sustainable Food Technology and Management. She continue her passion working in an international company in Belgium for several years. Currently, she is working as a Coach and Consultant for industries in Malaysia. She is capable to speak English, Malay, French and Indonesian language. 



Saya kongsikan sinopsis kertas kerjanya kepada saya:

JEJAK JUARA KERJAYA 
A program that design to guide student in identify, strategize and action towards their dream career.
 


Pendahuluan
 Juara pelajar dalam HIDUP SAYA ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan kehidupannya. Kecemerlangan bukan diukur dengan berapa banyak A yang mereka miliki, kecemerlangan ini diukur dengan berapa banyak mereka mencapai matlamat kejayaan dalam pembelajaran yang mereka inginkan dan bagaimana kejayaan itu membantu kehidupan mereka untuk mereka berjaya. 

Cara terbaik untuk memahami bagaimana untuk menjadi juara pelajar dalam HIDUP SAYA adalah dari seorang juara itu sendiri. iPLF menghasilkan program JEJAK JUARA MINDA untuk membantu pelajar menjadi seorang juara dengan tunjuk ajar dari seorang juara pelajar dalam HIDUP SAYA yang merupakan penerima Anugerah Canselor di salah sebuah Universiti tempatan. Beliau juga merupakan Graduan Sarjana dari Perancis dan mempunyai pengalaman bekerja di Eropah. Menerusi program ini, beliau akan kongsikan bagaimana mengoptimumkan teknik belajar yang sedia ada dan teknik untuk membentuk suasana persekitaran juara pelajar dalam HIDUP SAYA.

Program ini terbahagi kepada tiga modul:

Jejak Minda Juara 
“Juara pelajar dalam HIDUP SAYA” 
 Pelajar akan memahami perbezaan seorang juara pelajar dan seorang juara pelajar dalam HIDUP SAYA.  Mereka dibimbing untuk memahami konsep matlamat dalam hidup mereka dan mula mewujudkan matlamat yang jelas sebagai seorang juara pelajar dalam HIDUP SAYA.  Selain itu, pelajar akan dibimbing cara mengoptimumkan teknik pembelajaran yang mereka ada untuk membantu mereka mencapai matlamat sebagai seorang juara pelajar dalam HIDUP SAYA. 

 Juara Pelajar vs. Juara Pelajar dalam HIDUP SAYA  
     Matlamat vs. Impian   Optimumkan ‘MY Study Tools!’   Brain Tree





Jejak Minda Juara ‘SARE Control’  

Pelajar akan memahami pentingnya memahami diri sendiri untuk me mencapai matlamat mereka.
 Memastikan aktiviti, hubungan sesama manusia dan alam sekitar berada kearah matlamat yang ingin dicapai penting untuk kejayaan diri. Pelajar akan mempelajari teknik mengawal  kesemua faktor ini untuk membawa mereka kea rah matlamat yang ingin mereka capai.


 ‘Self Control’  ‘Activity Control’  ‘Relationship Control’  ‘Environment Control’

Jejak Minda Juara SMEB
Setelah mengenali keupayaan diri. Seorang juara pelajar dalam HIDUP SAYA perlu mengetahui bagaimana menghubungkan empat perkara utama dalam diri iaitu rohani (spiritual), minda (mind), emosi (emotion) dan fizikal (body). Menghubungkait keempat element ini dapat mengoptimumkan tenaga positif dalam diri. Hal ini penting untuk menarik lebih banyak kejayaan dalam hidup mereka sewaktu pelajar dan masa depan.

Pemahamam konsep yakin dan percaya. Membentuk pelan jejak JUARA SAYA untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

 SMEB   Yakin vs. Percaya 




 Objektif Program

Pada penghujung program ini, pelajar akan dapat:

 1) Menetapkan matlamat yang mereka inginkan sebagai seorang juara pelajar dalam HIDUP SAYA. 
2) Mengoptimumkan teknik pembelajaran dengan menggunakan ‘MY Study Tools’  
3) Membantu diri pelajar membina persekitaran juara pelajar dalam HIDUP SAYA dengan menggunakan ‘SARE control’  
4)  Membentuk sifat juara pelajar dalam HIDUP SAYA dengan mengaplikasikan teknik SMEB. 
 5) Memulakan langkah mencapai matlamat sebagai juara pelajar dalam HIDUP SAYA menggunakan pelan Jejak JUARA SAYA.

Penilaian ..oh penilaian






















































 

Telegram Channel