28 May 2019

Kertas Kerja Lawatan Penandaaras PRS SMK Cheras Ke SMK di Daerah Kluang, Johor


Ahli PRS saya selalu mengatakan jom cikgu kita pergi sekolah lain pula. Asyik sekolah lain sahaja yang datang sekolah kita. Nak juga merasa disambut dan di lambai pulang hhuhuhuhu...ayat murid-murid sekarang :}

Jenuh juga cikgu nak teropong sekolah mana yang sesuai untuk kita lawati ….jauh pulak tu nun di Johor. Takpe cikgu usahakan SMK Simpang Renggam iaitu amalan terbaik PRS yang mengendalikan radio sewaktu rehat untuk program Buddy FM  johan kategori sekolah menengah amalan terbaik Johor 2017 dan naib johan kategori sekolah menengah amalan terbaik kaunseling 2017 peringkat kebangsaan.

Juga ke SMK Sri Intan, Kluang Johor iaitu sekolah menengah terbaik amalan kaunseling 2018 di Johor dan Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2018 dengan projek Soul Remedy Garden yang melibatkan usaha Student Leaders Board dan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam membantu dan membentuk sahsiah pelajar dan akademik secara tidak langsung.


Orait pengetua pun sudah luluskan ...jom pergi dan semoga apabila selesai lawatan ini, amalan yang baik ini boleh dipraktikkan.


KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDAARAS

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

SMK CHERAS






1.0             PENGENALAN



SMK Cheras merupakan sekolah penandaaras Pembimbing Rakan Sebaya untuk peringkat pejabat pelajaran wilayah Pudu dan Jabatan Pendidikan WPKL. Pihak sekolah sering menerima lawatan penandaaras dari warga sekolah lain untuk melihat aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Kaunseling menggerakkan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). PRS merupakan agen Unit Bimbingan Dan Kaunseling dalam membantu menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras.

Dalam usaha untuk memberikan idea kepada ahli Pembimbing Rakan Sebaya meningkatkan lagi usaha membantu pihak sekolah dalam meningkatkan sahsiah dan disiplin murid, maka aktiviti lawatan penandaaras perlu dijalankan untuk mendedahkan PRS dengan aktiviti PRS dari sekolah lain. Selain itu,



2.0     MATLAMAT

           

Melahirkan PRS yang berketrampilan, aktif dan berani memimpin untuk menjalankan program



3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT  : 13 - 14 Julai  2019 di Kluang, Johor

                                                                                                                    

                                            

4.0       SASARAN



            Semua PRS Tingkatan 5 dan Tingkatan 4





5.0       Objektif



1)             Perbezaan pemimpin murid dengan murid biasa dapat dikenalpasti.

2)             Murid dilihat lebih  berketrampilan sebagai pemimpin.











6.0       KPI



Output
Bertukar idea dan maklumat mengenai aktiviti PRS yang berimpak tinggi yang boleh dijalankan.

Outcome
PRS yang terlatih dan berpengalaman bersedia menjalankan program untuk diaplikasikan di sekolah






7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN



Sumber Kewangan




Bil

Perkara

Sumber

Kos

Jumlah

1.

Pengangkutan

PCG Kaunseling

RM 800

SUWA
RM 800
PIBG
RM 800
RM 2,400
2.
Makanan
RM 40 x 40 orang

RM 1,600
RM 1,600
3
Penginapan
RM 40 x 40 orang

RM 1,600
RM 1,600

Jumlah



RM 5.600





Perbelanjaan




Bil

Perkara

Kos

Jumlah Kos

Sumber

1.

Pengangkutan

RM 2,400


RM 2,400

PCG Kaunseling
Suwa
PIBG
2.
Makanan
RM 40 x 40 orang

RM 1,600
Yuran murid
3
Penginapan
RM 40 x 40 orang

RM 1,600
Yuran murid

Jumlah


RM 5,600




8.0     AHLI JAWATANKUASA


                      Pengerusi                 :         Encik Jamil Bin Jamaludin

         

 Timbalan Pengerusi          :         Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih

                                                                                               

          Setiausaha                         :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat



          Naib   Setiausaha              :         Puan Rozinani Bt Awang

           





9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling







9.2     TENTATIF

           

            13 Julai 2019



            7.30 pagi         : Pendaftaran

8.00 pagi         : Bertolak ke Johor dari SMK Cheras

12.00 tgh hari  : Tiba di Tanjung Emas, Muar Johor

                        : Makan tengah hari

1.30 tgh hari    : Melawat sekitar Muar seperti Balai Polis Bukit Kepong

                        : Masjid Jamek Sultan Ibrahim

                        : Kolam Air Panas Sungai Gersik

5.00 petang     : Bertolak ke Simpang Renggam Johor

6.00 petang     : Tiba di Simpang Renggam, Johor

7.30 malam     : Bertolak dari Hotel Simpang Renggam ke Kompleks Air Hitam

            10.00 malam   : Bertolak dari Kompleks Air Hitam ke Hotel Simpang Renggam

            10.30 malam   : Tiba di Hotel Simpang Renggam



           

14 Julai 2019

           

            7.00 pagi         : Sarapan pagi

            7.30 pagi         : Bertolak ke SMK Simpang Renggam, Johor

8.00 pagi         : Tiba di SMK Simpang Renggam, Johor

            10.30 pagi       : Bertolak ke SMK Seri Intan, Kluang, Johor

            11.00 pagi       : Tiba di SMK Seri Intan, Kluang, Johor

            1.30 tgh hari    : Makan tengah hari

            2.00 petang     : Bertolak ke Kuala Lumpur

            6.00 petang     : Tiba di Kuala Lumpur













10.0     PENGURUSAN RISIKO



           

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan

Kecuaian
Bawa ke hospital
Guru pengiring





11.0     PENUTUP



Diharapkan agar program penandaaras PRS ini berjalan dengan lancer

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,





(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)

Hug for Kak Raudzah..
Farewell tears....
Until we meet again




          






 

Telegram Channel