9 May 2019

Program Sifar Murid Cicir (PSMC) KPM


Hari ketiga di IAB Bandar Einsteik, kami dapat menyiapkan pembinaan manual intervensi murid cicir setelah diberikan kefahaman mengenai Prigram Intervensi Murid Berisiko Cicir Dan Murid Cicir. Namun esok barulah pemurniaan apabila setiap helaian diteliti.

Pada tahun lepas perlaksanaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah dengan surat pekeliling mengenainya dikeluarkan pada 1 Jun 2018 dan perlaksanaan intervensi dijalankan di semua sekolah pada tahun 2018.

Perlaksanaan rintis Program Sifar Murid Cicir (JPEM) mula dilaksanakan pada tahun 2018.

Berbeza dengan intervensi murid berisiko keciciran sekolah, program sifar murid cicir mengenalpasti murid yang telah keluar dari sistem persekolahan dan yang tidak pernah bersekolah dengan intervensi berfokus dan permuafakatan dengan pelbagai agensi, organisasi dan individu setempat. Ini kerana murid cicir ini tidak dapat memohon 86.8% pekerjaan di Malaysia dan boleh meningkatkan kadar jenayah, kemiskinan, penyakit kronik, kehamilan remaja dan kematian.













Contoh bagaimana intervensi berfokus dengan agensi lain dapat dijalankan dan pemantauan kehadiran murid setelah masuk ke sekolah.





Perbincangan membina manual untuk pengurusan intervensi murid cicir


Thank you Cu Katy
Kids dan ibu pakej bersahur 😎
Semoga murah rezekimu







 

Telegram Channel