Hari ini pemantauan penarafan pengurusan kaunseling cemerlang oleh Pn Hanita selaku penyelia kaunseling JPWPKL. Antara kerja kerja terakhirnya sebelum bergerak ke SK Convent ialah memberikan penilaian markah untuk penarafan perkhidmatan kaunseling.
Sejak adanya penstrukturan baru ini, boss boss pegawai kaunseling di PPD masing masing bergerak ke post baru. Penolong pengarah kaunseling di JPN yg sepatutnya menggantikan En Rofii juga belum ada pengganti sedangkan sudah berbulan bulan En Rofii digerakkan ke Unit Peperiksaan.
Terkini Pn Hanita pula yg bertindak selaku penyelia kaunseling akan berundur.
Terima kasih ye puan. Semoga dimurahkan rezeki.
Hari ini pemantauan perkhidmatan kaunseling cemerlang . Saya tidak sediakan slaid pun dan tidak diarahkan untuk berbuat demikisn. Pn Hanita menyebut apa yg diinginkannya dan saya tunjukkan terus evuden satu persatu. Setiap kali tunjuk eviden kami akan betbicara mengenai eviden tersebut hingga tidak sedar dah nak dekat 3 jam. Ini kerana Pn Hanita perlu juga memantau penilaian Minda Sihat proaktif memandangkan sebuah sekolah telah menarik diri dan sebuah sekolah lagi terkejut kerana hanya tahu dicalonkan di saat akhir walaupun surat sudah dimasukkan dalam group GBK. So apalagi mungkin rezeki tercalonlah untuk dua kategori.
Good luck untuk kami ye 😊
Happy Birthday Uda
Semoga persahabatan terjalin erat dan berkekalan