9 September 2019

Trip to Kampung Ayer, Brunei



Di KL, hari ini merupakan hari cuti umum Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Manakala hari ini 9.9.2019 kami di Brunei dibawa oleh pihak urusetia PEKA Brunei ke satu trip di Kampung Air, Brunei. 

Pemandangan yang cantik. Kami menaiki bot untuk melihat pemandangan di darat juga di air

Kami ke Kampong Ayer Cultural Tourism untuk mendapatkan lebih banyak cerita mengenai Kampung ini. 
Sejarah Kampung ini seperti berikut 

Kampong Ayer adalah sebuah perkampungan air yang didiami penduduk. Ia merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara. 

Kampung air sebenarnya terdiri daripada perkampungan kecil yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital. Laluan pejalan kaki 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. 

Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan seperti kampung setinggan yg biasa saya tgk di KL, tetapi di sini kemudahan moden seperti penyaman udara, televisyen satelit, Internet, dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan saya sempat melambai lambai penduduk yg sibuk membasuh pinggan dan disebelahnya ada. reban ayam. Ada juga rumah yg mcm terletaj di darat kerana banyak tanaman  dalam pasu. 

Kami mengambil trip bot mengelilingi kawasan Kampung Ayer dan muat pula satu bot itu untuk hampir 25 orang ahli rombongan kami. 


Kami di bawa berjalan-jalan Kampung Ayer dan jugak tengok hutan bakau untuk cari proboscis monkey. Mula mula hairan juga kenapa dibawa tengok monyet sedangkan byk je monyet kat Malaysia..setelah digoogle rupanya species monyet ini merupakan keunikan dan signifikan untuk Brunei. 


Kampong Ayer di Brunei ada kemudahan sekolah rendah dan sekolah menengah . Ada juga balai polis, balai bomba, semua pun atas air. Seronok tengok balai bomba dia atau masjid, ada 2 in 1, boleh terus turun air dan boleh keluar ikut darat juga.


Makan kat Kampung Ayer lebih murah, tapi sedap. Gerai biasa ja berpapan sahaja. Tapi betul2 atas air, pemandangan cantik. Makanan di sini walaupun dollar Brunei tapi jika diconvert masih berbaloi sepadan dgn harga makanan. Cthnya mkn nasi berlauk 3 dollar Brunei lebih kurang sama sgn RM 9 yg mempunyai menu mkn mcm RM9 di KL. ABC 1 dollar Brunei je tp besar dan byk mcm harga RM 3 ABC di KL mangkuk kecil to sini bekas mkn besar. 

Pemandu bot bercerita sepanjang jalan mengenai sejarah Brunei. Istana pertama Brunei umpama rumah kampung seperti Malaysia, istana kedua dan istana kini dgn rekabentuk kemasan emas. 

Daulat Tuanku!!



























































 

Telegram Channel