17 October 2019

Kempen Let's TALK Minda Sihat Peringkat Kebangsaan




Hari Kesihatan Mental Sedunia  peringkat Kebangsaan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan hari ini bertempat di IDB Cheras, WPKL. Bertuah peserta yg dapat hadir sama ada guru pengiringnya mahu pun peserta yg datang ke sini. 

Dengan kehadiran 
Puteri Pahang anakanda Agong kita, Tengku Puteri Iman Afzan pula, selaku penaung Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) makin seronok peserta melihat dari dekat. 

Sekolah kami menghantar guru pengiring guru kaunseling iaitu Pn Rozinani Awang dan guru kesihatan sekolah iaitu Cik Afiqah Bt Sidek. Gambar gambar ini ihsan dari Cik Afiqah dan PRS ..terima kasih. Saya tidak dapat bersama kerana pemantauan pegawai JPWP ke sekolah pada tengah hari. 

Antara aktiviti menarik 


Program di awal awal lagi menyeronokkan kerana peserta belajar muzik utk relaksasi dari Persatuan Muzik Untuk Relaksasi. Wow tak tau pun ada persatuan macam ni. 

Kemudian di susuli 
Forum Berkongsi Itu Indah Dan Memendam Itu Parah

Sesi rehat yg panjang membolehkan peserta melawat tapak tapak pameran yg terdapat di sini dan mendapat lebih banyak info. 

Kempen Let's Talk Minda Sihat adalah satu kempen kesedaran kpd masyarakat mengenai Minda Sihat. 

Let's TALK  bermaksud
T - Tell someone you trust about your problem
A- ask for help
L -learn without judgement
K -know where to help seek

Dalam otak, ada bahan kimia yang stabil. Bila berlaku tekanan yang sangat kuat dalam hidup, akan berlaku gangguan.
Hasil kajian- 1/5 remaja ada kemurungan, 2/5 ada kerisauan (panik, berdebar), 

Prinsip TALK diatas boleh dipraktikan tanpa malu dilabel atau dipandang negatif krn yg penting anda perlu sedar jika sesuatu tidak kena dgn emosi dan fisiologi diri anda. 

Kemurungan yg berterusan akan menyebabkan kes bunuh diri. Perkara ini jika kita melihat simptom pd org terdekat kita atau org lain..Amalkan 3Boleh ini
Boleh Dihindari
Boleh Bertanya
Boleh Berbincang

Tragedy October







.

















































 

Telegram Channel