23 October 2019

Sistem Fail UBK: Guru Kaunseling Lantikan Dalaman






Hari kedua saya bersama dengan guru kaunseling lantikan dalaman di Pulau Pinang. Slot kajian tindakan saya semalam saya kongsikan di sini penulisan dari group group geng guru kaunseling ini. Memang tanggungjawab yang berat jika diberi tugas guru kaunseling lantikan dalaman, Ini kerana waktu mengajar sama seperti guru akademik biasa, dan ada yang memegang jawatan ketua panitia juga. aktiviti kokurikulum badan uniform juga dipegang dan jawatan guru kaunseling lantikan dalaman juga dipegang. 

Mereka ini biasanya tiada basic dalam kursus kaunseling dan dilantik atas KEPERCAYAAN dapat membantu murid di sekolah. Tahniah saya ucapkan. Soalan yang saya sering perolehi jika menjalankan kursus untuk guru kaunseling lantikan dalaman ialah bagaimana sistem fail yang sepatutnya mereka wujudkan. Maka post saya kali ini berkaitan dengan sistem fail yang GURU KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN wajib sediakan. 

Jangan risau jika anda lihat nombor rujukan anda tidak sama dengan saya, ini kerana dalam skpmg2 ada menyatakan mengikut keperluan sekolah anda. Yang penting nombor rujukan fail anda di peringkat sekolah ada. Atau jika JPN anda inginkan nombor rujukan GBK sama di peringkat JPN, pun boleh. Jangan risau ye jika tengok nombor rujukan saya tidak sama. Kami di PPW Bangsar Pudu KL menggunakan nombor SPSK maka sebab itu ada perkataan SPSK. Yang penting folder dan isi folder anda diwujudkan dan item sama ada ketika penilaian atau pemantauan


Bagi guru kaunseling yang SEPENUH MASA dan bukan lantikan dalaman , entri  tahun 2020 terkini untuk nombor fail kaunseling jika tidak menggnakan nombor SPSK. 
https://www.nurhaizachemat.com/2020/08/sistem-fail-unit-bimbingan-dan.html




Bonding time with family
Caleb belated birthday
With my mak and abah
Cheras, KL



 Sistem Fail Kaunseling 
 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
GURU KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN

Fail Induk Dan Dinyatakan Item Yang Perlu Ada Dalam Fail Itu
________________________________________________________________________

Fail  Bidang

  • Menggunakan fail kulit keras dan digunakan untuk menyimpan dokumen/ maklumat yang berkaitan dengan bidang bimbingan dan kaunseling
  • Fail bidang yang berkaitan dengan Dasar KPM di bawah tanggungjawab guru kaunseling

Fail yang disarankan mengikut buku panduan pengurusan bimbingan dan kaunseling 2015

 A

1











2









3








4





5
Folder pengurusan

Pengurusan Am











Surat Pekeliling Ikhtisas









Pendidikan, Kerjaya Dan Latihan







Program Pembangunan Murid





Program Pembangunan Staf Dan Mesyuarat

      Biodata GBK
·        Rancangan Tahunan
·        Senarai Tugas Lantikan GBK
·        Perancangan Strategik
·        Jadual Waktu GB
·        Jadual Waktu GBK
·        Penyata Kewangan
·        Penyata Laporan Kewangan Setiap Program
·        Minit Mesyuarat/Surat Panggilan Mesyuarat/Maklumbalas Mesyuarat
     Data perkhidmatan BnK



·        Surat Pekeliling Ikhtisas 
Salinan surat rasmi kepada UBK yang bukan berkenaan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Surat Pekeliling Ikhtisas
Salinan surat Berkaitan BnK

Pendidikan Kerjaya  Dan Latihan
Salinan surat berkaitan pendidikan lanjutan, permohonan borang, peluang latihan dan kerjaya, tawaran biasiswa

Program Pembangunan Murid
Salinan surat rasmi mengenai program tersebut termasuklah surat rasmi panggilan mesyuarat


Surat menyurat berkaitan latihan dan mesyuarat
 B

1
Folder Bidang

Pembangunan & Perkembangan Sahsiah Diri Murid


Menyimpan maklumat mengenai
-        Kertas kerja program
-        Modul / laporan
-        Penilaian program
-        Penyelidikan
-        Minit mesyuarat
-        Senarai ahli
-        Senarai AJK
-        Data
-        Pakej pembelajaran
-        Bahan berkaitan
 2
Peningkatan Disiplin Diri Murid

 3
Pendidikan Kerjaya Diri Murid

 4
Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

 5
Kajian Tindakan

 6
Program Khas



C

FOLDER PSIKOMETRIK

D
FOLDER REKOD SESI/BIMBINGAN


B) Folder Pengurusan Program banyak mengikut bidang TETAPI GBK Lantikan Dalaman ANDA boleh sediakan SATU folder sahaja dan buat pembahagian di dalam folder tersebut untuk 4 bidang iaitu 
a) pemantapan sahsiah
b) peningkatan disiplin
c) perkembangan kerjaya
d) psikososial dan kesejahteraan mental






C: Folder Psikometrik dan item item yang perlu ada dalam fail ini

Folder D : Rekod sesi kaunseling saya buat ikut abjad namun GBK lantikan dalaman anda boleh sediakan satu fail sahaja, dan laporan sesi dalam satu fail sahaja mengikut abjad, atau mengikut tingkatan.























 

Telegram Channel