11 November 2019

Lawatan PRS Ke LPPKN : Kesihatan Reproduktif Dan Remaja




Program .lawatan pelajar SMK Cheras yang terdiri dari 40 orang PRS dan  murid 4 Alpha ke LPPKN anjuran PIBG dan UBK SMK Cheras. Aktiviti yang dijalankan ialah

8.00 pendaftaran / taklimat kafeteen 
9.00pg taklimat teen apps 
9.30 terapi pergerakan
10.00 Jantina dan Gender
Murid diminta melukis dan menyatakan perbezaan fizikal antara jantina, perbezaan dari psikologi 
Menyatakan perbezaan antara jantina dan gender
Perbincangan kumpulan dan pembentangan kumpulan

11.00 Remaja Masa Kini Apa Cabarannya??

12.00 kemahiran Teknik Penolakan
Video yang menarik mengenai bagaimana menolak ajakan yang menuju ke arah hubungan yang terlarang

1.00 Majlis penutup
- Penyampaian Sijil Penyertaan untuk setiap peserta yang hadir
- Mkn tgh Hari

- Lawatan Ke kafeteen 

Kafe yang berinfomatif walaupun kecil. Teen Educator yang bertugas di kafe@TEEN adalah dipilih dari golongan remaja dan mereka berperanan menjalankan aktiviti sosial, rekreasi, pendidikan dan pembangunan kemahiran kepada remaja di sekolah, kolej, IPT dan sebagainya. Remaja bebas untuk bertanya segala persoalan berkenaan kesihatan reproduktif dan sosial kepada Teen Educator.

Setiap remaja yang ingin menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ hendaklah mendaftar sebagai ahli Sahabat ‘kafe@TEEN’. 
Waktu operasi Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ di premis LPPKN ialah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Fungsi-fungsi komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Kesihatan Remaja
1.Perkhidmatan ini disediakan untuk memberi khidmat nasihat bagi masalah yang merangkumi aspek kesihatan reproduktif, pengurusan berat badan, masalah mental, dermatologi dan berhenti merokok.
2.Sesi klinikal bersama doktor dijalankan dua kali setiap minggu dan dibantu oleh jururawat LPPKN.
3.Borang Saringan Kesihatan Remaja digunakan sebagai instrumen untuk mengenal pasti remaja yang mempunyai masalah kesihatan.
Khidmat Kaunselor
1.Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu remaja dalam mengenali potensi diri, personaliti, kemahiran, keupayaan dan potensi diri dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku.
2.Memberi khidmat nasihat berkenaan masalah peribadi, konflik dalam diri, konflik rakan sebaya dan masalah pelajaran. Ia dijalankan secara individu atau kelompok. Sesi kaunseling dijalankan dua kali setiap minggu oleh kaunselor LPPKN.
Aktiviti Pendidikan dan Skill Building
1.Aktiviti dijalankan dalam bentuk Teen Talk, Teen Chat, ceramah dan bengkel yang merangkumi aspek kemahiran remaja dan kesihatan reproduktif.
2.Aktiviti pendidikan ini dijalankan oleh pakar-pakar dan Teen Educator yang membincangkan mengenai seksualiti remaja, pemakanan sihat remaja, pembangunan jati diri remaja dan isu-isu sosial remaja.
3.Selain itu, Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ juga mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan seperti aktiviti rekreasi, senamrobik, sukan dan lain-lain bagi mengisi masa lapang remaja.
4.Pasukan atau kakitangan menjalankan Pusat Remaja kafe@TEEN terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Perunding Pemakanan, Pegawai Penerangan, Jururawat, Kaunselor, dan Teen Educator. Teen Educator yang bertugas di kafe@TEEN adalah dipilih dari golongan remaja dan mereka berperanan menjalankan aktiviti sosial, rekreasi, pendidikan dan pembangunan kemahiran kepada remaja di sekolah, kolej, IPT dan sebagainya. Remaja bebas untuk bertanya segala persoalan berkenaan kesihatan reproduktif dan sosial kepada Teen Educator.

Maklumat ini boleh dilayari dari laman web LPPKN yang saya ambil dan salin di sini. 


Badan Anda Mendengar
Kata -Kata Anda
* keeppositive

































































2 comments

Bagus dapat pergi lawatan, teruskan belajar dan belajar tentang kesihatan

terima kasih. semoga bermanfaat untuk mereka

 

Telegram Channel