Hari ini kami ke Nur Bukit Unggul Sepang setelah 6 tahun saya tidak menggunakan kem ini. Ini kerana kos pengangkutan sahaja sudah mahal manakala kos menggunakan konsultan sudah tentu saya tidak akan mendapat dengan harga RM60 yang murid bayar untuk kos makan , penginapan dan bayaran konsultan. So sekali lagi seperti 6 tahun lepas menggunakan perkhidmatan kami sendiri tenaga kerja nya .Maklumlah murid murid dah bosan dengan Hulu Langat saban tahun. So ambik angin luar Hulu Langat. Saya share kertas kerja di sini.
KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI
KELAS BAHASA ARAB DAN KEMAHIRAN AL-QURAN
SMK CHERAS 2019
1.
0 PENDAHULUAN
Visi
memacu sistem pendidikan di Malaysia berlandaskan aspirasi terhadap sistem
pendidikan dan murid di Malaysia yang merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem
pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang
perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem
pendidikan di Malaysia. Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian dan identiti nasional perlu digerakkan oleh guru yang
beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini dirangka bagi kumpulan sasaran iaitu
murid kelas aliran agama yang merupakan kelas kawalan di SMK Cheras. Modul yang
digunakan merangkumi enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir
melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin melalui daya jati diri
kepimpinan sepanjang kem, kemahiran dwibahasa dengan perbualan Bahasa Arab
komunikasi dan Bahasa Malaysia sepanjang kem, memupuk etika dan kerohanian
dengan modul pemantapan agama dan solat sunat serta identiti nasional dalam
kerja berkumpulan. Penganjur berharap agar program ini merupakan salah satu
penggerak bagi mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan
pendidikan.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan minat murid belajar Bahasa Arab
dan Al-Quran di samping meningkatkan
Motivasi belajar.
3.0. TARIKH/
MASA/ TEMPAT : 29
Feb – 1 Mac 2020
: Nur
Bukit Unggul, Sepang, Selangor
4.0 SASARAN : 60
orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan
1, 2 dan 3 Imtiyaz.
5.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk:
1) Membimbing para peserta untuk memupuk
kemahiran belajar Bahasa Arab dan Al
Quran, mempunyai disiplin
diri yang tinggi serta fokus kecemerlangan diri
2. Memupuk
nilai etika dan kerohanian bagi meningkatkan kualiti sahsiah diri
yang unggul
3. Membentuk kerjasama antara sekolah, murid dan
guru bagi meneruskan
agenda kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di
peringkat yang
lebih tinggi.
6.0 KPI
(Indikator Output Dan Outcome)
Output
|
Penglibatan
90 % murid KAA dalam aktiviti yang dirancang
Memberikan
pengalaman kepada murid melalui aktiviti yang dirancang
Penerapan
nilai –nilai bekerjasama dalam kalangan murid yang terlibat
Penerapan
berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri secara bertatasusila ketika
aktiviti
|
Outcome
|
Peningkatan
minat murid dalam subjek Bahasa Arab dengan kelulusan 100%
Peningkatan
minat murid dengan 100% menyertai aktiviti kelab Bahasa Arab Dan
KKQ sewaktu perjumpaan kokurikulum.
|
7.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
SUMBER
KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
SUMBER
|
BUTIRAN
|
JUMLAH
|
1
|
Yuran
makan , penginapan dan modul
|
Murid
|
RM
60 x 60 orang
|
RM
3,600
|
2
|
Pengangkutan
bas 1
|
Murid
|
RM
20 x 60 orang
|
RM
1,200
|
3
|
Tajaan
yuran dan penginapan fasilitator murid PRS
|
Koperasi
|
RM 70 x 8 orang
|
RM
560
|
4
|
Pengangkutan
bas 2
|
Suwa
|
RM
1,200
|
RM
1,200
|
5
|
Bayaran jurulatih untuk dua
aktiviti dalam flying fox dan team building
|
PIBG
|
RM
15 x 60 orang
|
RM
900
|
RM
7,460
|
8.0 JAWATANKUASA
PROGRAM
Pengerusi:
Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua )
Naib Pengerusi
Cik Lee Swee Ching (
Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum)
Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras
Penolong
Setiausaha
Penyelaras
Kelas Aliran Agama
Jawatankuasa Kerja
BIL
|
AJK
|
BIDANG TUGAS
|
1
|
Penyelaras
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
M Menyediakan kertas kerja
· Mengatur modul dan kelancaran program
· Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa
|
2
|
AJK Pendaftaran
Pn Nafsah Bt Mohd Shah
Pn Murni Bt Mat Jali
|
· Mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa
· Menaip senarai nama peserta program
· Mengambil kedatangan murid sewaktu
pendaftaran
· Membuat salinan pendaftaran kepada
AJK Sijil dan AJK Dokumentasi
|
3
|
AJK Penginapan/ Dokumentasi
Pn Nor Nadiah
|
Bertugas sebagai AJK Penginapan
· Menyediakan dokumentasi setelah program
selesai
· Mengambil gambar yang bersesuaian untuk
dokumentasi
Menyediakan penilaian program
·
|
4
|
Pengangkutan
Puan Tipah Binti Ngah
Puan Normilah Bt Mohd Noh
|
M Menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan
balik
·
|
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUS
SETIA/PENCERAMAH
1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling
2)
Konsultan
9.2 JADUAL
PERLAKSANAAN PROGRAM
HARI / MASA
|
HARI PERTAMA
29 FEBRUARI 2020
|
7.30 pagi
|
Pendaftaran di Astaka
Sekolah
|
8.00 pagi
|
Bertolak ke Kem Nur
Bukit Unggul, Sepang, Selangor dari SMK Cheras
|
9.00 pagi
|
Tiba di Kem Nur Bukit
Unggul, Sepang, Selangor
|
9.30 pagi
|
Ice Breaking
Pembentukan Kumpulan
|
10.00 pagi
|
Flying Fox Dan
Obstacle
|
12.30
Tengah Hari
|
Makan Tengahari / Solat
Zohor
|
3.00 petang
|
Stesen Kemahiran
Menghafaz Surah Al – Quran
|
4.30 petang
|
Solat Asar Dan Minum
Petang
|
5.00 petang
|
Aktiviti Berpasukan: Kemahiran
Kosa Kata Bahasa Arab
|
6.30 petang
|
Makan Malam / Kemas Diri
|
7.30 malam
|
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
|
9.00 malam
|
Public Speaking
Kemahiran Komunikasi:
Keyakinan Dan Ketrampilan Dalam Komunikasi
Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab
|
11.00 malam
|
Minum Malam
|
12.00 malam
|
Tidur
|
HARI / MASA
|
HARI KEDUA
1 MAC 2020
|
5.30 pagi
|
Bersiap
|
6.00 pagi
|
Tazkirah/ Solat Subuh
|
7.00 pagi
|
Riadah
|
8.00 pagi
|
Sarapan pagi
|
8.30 pagi
|
Sesi fotografi
mengikut tingkatan dan gambar beramai –ramai peserta kem
|
8.45 pagi
|
Mengemas bilik
|
9.15 pagi
|
Kemahiran Mengurus
Stress
|
11.00 pagi
|
Rumusan Dan Penilaian Peserta
|
11.35 pagi
|
Majlis Penutup
Ucapan Penutup
Penyampaian Hadiah Kumpulan Terbaik
Penyampaian Hadiah Peserta Terbaik
|
12.00
Tengah Hari
|
Makan Tengah hari/ Solat Zuhur
|
1.00 tengah hari
|
Bertolak balik dari
Kem Nur Bukit Unggul Ke SMK Cheras
|
2.00 petang
|
Dijangka tiba di SMK
Cheras
|
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Kemalangan
|
Kecuaian
|
Hantar
ke klinik berhampiran
|
Guru
bertugas
|
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a)
Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti
1) Borang Penilaian Peserta
2)
Borang Maklum Balas AJK
b)
Pemantauan Pencapaian Outcome
1) Rekod Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
2)
Rekod Akademik Bahasa Arab
12.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif
dalam kalangan murid dan dapat mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam
mencapai kecemerlangan diri serta membentuk perubahan sahsiah murid ke arah
yang lebih baik untuk menjadi insan yang unggul. Program ini juga diharapkan
dapat membantu diri murid untuk membentuk jati diri yang tinggi dan
bersedia menghadapi cabaran.
Disediakan
oleh
:
Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
Guru
Kaunseling
SMK
Cheras
Tarikh:
Ulasan:
_____________________________________________________________________________
Diluluskan/
Tidak diluluskan,
Encik
Jamil Bin Jamaludin
Pengetua
SMK
Cheras
Tarikh:
Tahniah Tan Sri
PM ke 8 Malaysia
Hari ini dalam sejarah