Pengedaran buku program
Perasmian Program Ziarah Cakna serentak satu Malaysia semalam. Terima kasih kepada barisan PRS saya yang membantu dari pengedaran buku program, susunan kerusi untuk guru, menjadi juruacara majlis, pembaca doa, menyampaikan cenderamata, jurukamera dan menyusun kembali peralatan majlis.
Idea gimik kotak Kit Ziarah Cakna ini terhasil 48 jam sebelum program. Saya beli satu kotak besar penuh love love gituww...dan letak reben di atasnya. Di dalamnya berisi item tajaan PIBG sewaktu Ziarah Cakna ke rumah murid bersama PIBG iaitu
1) Sumbangan wang tunai yang akan ditentukan berdasarkan kes iaitu kes kematian ibu atau bapa, musibah dan sebagainya
2) Buah tangan berupa makanan bagi kes yang melibatkan masalah disiplin atau sakit untuk perbincangan lanjut di rumah bersama ibu atau bapa
3)Barangan makanan seperti beras, roti dan biskut untuk ziarah keluarga fakir miskin
4) Kek bagi kategori meraikan kejayaan murid dalam akademik atau kokurikulum
YDP PIBG bersetuju dalam perbincangan di telefon dan hari ini saya berikan taklimat lagi. Terima kasih YDP PIBG En Abdul Razak B Tain atas sumbangan itu tadi.
Saya share skrip juruacara pelancaran Kit Ziarah Cakna.
| 
SKRIP | 
CUE | 
| 
Salutasi         tengok signal cikgu | 
Mega berarak indah berbalam , dipuput bayu ke pohon ara pemanis kalam selamat malam awal bismillah pembuka bicara 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada 
Yang
  Berbahagia 
En
  Abdul Razak Bin Tain selaku YDP PIBG 
Yang
  Berusaha,  
En
  Jamil Bin Jamaludin 
Pengetua
  SMK Cheras 
Penolong-Penolong Kanan 
Guru-guru dan murid-murid sekelian | 
| 
Farietz bersedia di tepi pentas | 
Bunga
  mawar cantik tersemat 
Dipetik
  gadis di tepi titi 
Doa
  dibaca memohon rahmat 
Semoga
  majlis sentiasa diberkati 
Majlis
  dengan sukacitanya menjemput Saudara Muhammad Farietz Bin Sharani untuk
  memimpin bacaan doa | 
| 
Habis bacaan doa | 
Amin
  Amin Ya Rabbil Al Amin 
Majlis
  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara
  Muhammad Farietz B Sharani atas bacaan doa itu tadi. 
Majlis
  diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua En Jamil
  Bin Jamaludin.  
Dengan
  segala hormatnya dipersilakan | 
| 
Selesai tuan
  pengetua berucap | 
Buah
  longan beli sekati 
Beli
  bersama buah berangan 
Pesanmu
  pengetua kami ingati 
Jadi
  azimat buat pegangan 
Majlis
  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua
  En Jamil Bin Jamaludin atas ucapan itu tadi. 
Majlis
  diteruskan dengan ucapan Oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Razak Bin Tain, Yang
  Dipertua PIBG SMK Cheras menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan
  pelancaran Program Ziarah Cakna SMK Cheras. 
Dengan
  segala hormatnya dipersilakan  | 
| 
 Selesai En Razak berucap | 
Majlis
  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang
  Berbahagia En Abdul Razak Bin Tain atas kesudian menyampaikan ucapan itu
  tadi.  
Majlis
  seterusnya, mempersilakan Yang Berusaha Pegawai Khas Sekolah, Puan Normah Bt
  A.Aziz ,Tuan Pengetua En Jamil Bin Jamaludin, dan Penolong Kanan Hal Ehwal
  Murid iaitu Pn Norazlinda Bt Hasmunih untuk bersama-sama  Yang Dipertua PIBG untuk melancarkan Kit
  Ziarah Cakna iaitu barang –barang sumbangan PIBG sewaktu Program Ziarah
  Cakna.  | 
| 
Syazwin bersedia dengan gunting yang diletakkan reben atas
  dulang  
Pentadbir sudah naik atas pentas  | 
Dijemput Yang
  Dipertua PIBG melancarkan Kit Ziarah Cakna  | 
| 
Selepas
  YDP PIBG memotong reben ,  
YDP
  mengeluarkan kit dari kotak berupa barang no 1 hingga 4 | 
Kit Ziarah Cakna merupakan barang-barang sumbangan PIBG
  yang akan disumbangkan kepada murid sewaktu Ziarah Cakna ke rumah dijalankan
  oleh AJK PIBG bersama-sama pihak sekolah. 
Antara kit tersebut ialah: 
1)    Sumbangan
  wang tunai yang akan ditentukan berdasarkan kes iaitu kes kematian ibu atau
  bapa, musibah dan sebagainya 
2)    Buah
  tangan berupa makanan bagi kes yang melibatkan masalah disiplin untuk
  perbincangan lanjut di rumah bersama ibu atau bapa 
3)    Barangan
  makanan seperti beras, roti dan biskut untuk ziarah keluarga fakir miskin 
4)    Kek bagi
  kategori meraikan kejayaan murid | 
| 
Hadiah
  untuk YDP PiBG telah bersedia | 
Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG, En Abdul Razak
  yang sudi merasmikan program dan melancarkan kit Ziarah Cakna  
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian menyempurnakan
  majlis Ziarah Cakna , dipersilakan tuan pengetua untuk menyampaikan
  cenderamata kepada YDP PIBG En Abdul Razak Bin Tain 
Majlis mempersilakan tetamu dan jemputan untuk mengambil
  tempat masing – masing bagi meneruskan aturcara. | 
| 
Semua
  pentadbir duduk  | 
Hadirin sekelian, 
Dengan ini tibalah slot perkongsian dari murid inspirasi
  Ziarah Cakna. iaitu satu anugerah yang diberikan kepada murid yang pernah
  diziarahi oleh guru dan membincangkan mengenai prestasi murid dengan ibu bapa
  di rumah. Murid kategori murid  keciciran ini berjaya menghadapi zaman
  kesukarannya apabila hubungan guru dan ibu bapa yang saling mengambil tahu untuk memberikan
  sokongan kepada murid hingga murid berjaya menghadapi masalahnya dan
  mempunyai kehadiran ke sekolah yang semakin baik. 
Beliau
  yang dimaksudkan ialah ________ 
dari
  tingkatan ______ 
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. | 
| 
___ stay atas pentas | 
Terima kasih diucapkan kepada Saudara ________atas perkongsian
  sebenar mengenai impak Ziarah Cakna terhadapnya. Semoga perkongsian ini
  memberikan pengajaran buat semua warga SMK Cheras.  
Majlis dengan sukacitanya menjemput pengetua En Jamil Bin
  Jamaludin untuk menyampaikan  Anugerah
  Inspirasi Ziarah Cakna kepada Saudara ______ | 
| 
Selesai ___ dapat hadiah | 
Terima kasih buat tuan pengetua 
Tinggi
  sungguh pohon cemara 
Tegak
  merimbun di tengah kota 
Tersalah
  terkasar butir bicara 
Sepuluh
  jari maaf dipinta 
Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Perasmian Program
  Ziarah Cakna Peringkat Sekolah tahun 2020.  
Assalammualaikum dan selamat sejahtera | 
breakfast homemade
nasi lemak in the house :)
Bacaan doa
Ucapan tuan pengetua
Ucapan YDP PIBG
Pelancaran Kit Ziarah Cakna
roti, biskut, beras atau bahan dapur kes rumah kurang berkemampuan
Kit Ziarah Cakna
Kek meraikan kejayaan murid
Terima kasih YDP PIBG

Perkongsian pengalaman Anugerah Inspirasi Murid Ziarah Cakna
Penganugerahan Inspirasi Ziarah Cakna
Barisan PRS yang membantu
Ke Shah Alam menziarahi murid yang tiga tahun di SMK Cheras dan menghidap sakit
kritikal ketika itu. Berpindah ke Shah Alam tahun ini dan rombongan kami menyampaikan sumbangan warga sekolah yang tidak sempat diserahkan tahun lepas 
Happy birthday Fara
Sumbangan dari warga sekolah














