Memnadangkan laporan dokumentasi perlu dihantar pada 14 Februari ini, saya kongsikan laporan dokumentasi format spsk saya yang telah siap dan saya kongsikan softcopy juga di sini. Sila klik
dokumentasi program perasmian ziarah cakna
1.0 PENGENALAN
Program Guru Penyayang merupakan
program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian
terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar. Y.B Menteri
Pendidikan mengusulkan agar sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah
melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan
bertanggungjawab melalui pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan
memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti
dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah
dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah
mesra, lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain.
2.0
LATAR
BELAKANG
2.1
TARIKH PERLAKSANAAN
TARIKH/
MASA/ TEMPAT : 10 Februari 2020/ SMK Cheras/
: 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
SASARAN : Semua murid SMK Cheras
2.2 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi
: Encik Jamil Bin
Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi : Puan Nor Azlinda Bt
Hasmunih(PK HEM)
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
1
|
AJK
Pengacara Majlis
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
PRS
|
1.
1.
Melantik pengacara majlis dan melatih
2.
pengacara majlis mengikut skrip
|
2
|
AJK
Buku Program
Puan Nurazlina Bt Che Omar
|
3.
1.
Menyediakan buku atur cara program.
4.
2. Mengedarkan buku atur cara kepada
VIP
dan tetamu
|
4
|
AJK
Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi
|
1.
Membina rekabentuk kain rentang dan menggantungkannya di Dataran Perhimpunan
|
5
|
AJK
Peralatan & Siaraya
Pengawas
|
1.
Memastikan
peralatan berfungsi dengan baik
|
6
|
AJK
Jurufoto
En Rahimi Bin Abd Karim
|
1.
Mengambil
gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi
|
7
|
AJK
Pelaporan/ Dokumentasi
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
1.
Mengumpul
semua maklumat dan gambar yang diperlukan
|
8
|
AJK
Persiapan Tempat
En Masrizal Bin Abu Bakar
Pengawas Sekolah
|
1.
Menyusun
atur kerusi untuk persiapan program.
|
2.3 OBJEKTIF
1)
Menjalinkan ukhwah dengan
keluarga murid untuk menujukkan empathi dan keprihatinan pihak sekolah
dengan masalah murid
2)
Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling
bekerjasama antara guru dengan ibu bapa
2.4
KAEDAH PERLAKSANAAN
Taklimat
Perkongsian pengalaman
Ziarah
2.5 BAHAN /BAHAN ATAU PERALATAN YANG
DIGUNAKAN
Kek, buku, kotak
kit
3.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
7.30 pagi
|
Nyanyian Lagu
Negaraku
Lagu sekolah
|
Ucapan aluan oleh pengacara majlis iaitu
ahli Pembimbing Rakan Sebaya iaitu Hur Hana Humaira Bt Rodzaini dan Ayuni
Amanina Bt AB Aziz
|
|
Bacaan doa oleh Saudara Muhammad Farietz Bin
Sharani
|
|
Ucapan Pengetua: En Jamil Bin Jamaludin
|
|
Ucapan YDP PIBG: En Abdul Razak Bin Tain dan
seterusnya merasmikan Program Ziarah Cakna
|
|
Gimik pelancaran dengan penyerahan kit
Ziarah Cakna tajaan PIBG kepada pihak sekolah oleh YDP PIBG
|
|
Penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh
pengetua
|
|
Perkongsian kes: Kisah murid dari Ziarah
Cakna guru ke rumah oleh murid
|
|
Anugerah Inspirasi Ziarah Cakna yang
disampaikan oleh pengetua kepada murid Saudara Muhafiz dari 5 Ar Razi
|
|
8.15 pagi
|
Jamuan makan
|
9.00 pagi
|
Aktiviti Ziarah Cakna ke rumah murid
terpilih bersama pengetua, YDP PIBG, PK HEM dan seorang guru kaunseling di
Shah Alam
|
10.00 pagi
|
Tiba di rumah murid untuk aktiviti beramah
mesra dan bertanya khabar dengan murid bersama ibu dan bapanya bagi kes
kategori sakit hingga menjejaskan kehadiran ke sekolah sejak tahun lepas. Namun
beransur sembuh
|
11.00 pagi
|
Penyerahan sumbangan wang tunai, kek dan
buku oleh pihak sekolah kepada murid untuk dokumentasi program.
|
12.00 tgh hari
|
Tiba di sekolah .
|
4.0
PENCAPAIAN
PROGRAM
-
Sumbangan konsisten dari PIBG untuk aktiviti Ziarah Cakna
setiap kali aktiviti lawatan ke rumah bersama PIBG
-
Mewujudkan anugerah khas Inspirasi Ziarah Cakna buat
pengiktirafan murid yang berubah ke arah positif setelah Ziarah Cakna
dijalankan
-
Murid dan guru mengetahui bahawa program Ziarah Cakna
melibatkan sesiapa sahaja guru dan sasaran rumah murid adalah terdiri dari
pelbagai kategori.
5.0 KEMAJUAN/ MASALAH PROGRAM
KEMAJUAN PROGRAM
- Program
berjalan lancar dan cuaca adalah baik untuk meneruskan acara di tapak
perhimpunan terbuka.
- Murid
yang menyampaikan perkongsian pengalaman Ziarah Cakna dapat mengatasi rasa
gemuruhnya bercakap di khalayak ramai dan meneruskan perkongsiannya
- Ibu
bapa murid yang ingin menjalankan aktiviti Ziarah Cakna masih lagi sudi
menerima kedatangan rombongan sekolah walaupun sudah dua kali ditunda.
MASALAH / KEKANGAN PROGRAM
- Pegawai
Khas Sekolah yang dimaklumkan oleh pihak PPD akan hadir untuk perasmian
program, tidak hadir bersama.
- Hanya
seorang sahaja wakil PIBG yang hadir bersama untuk Ziarah Cakna manakala
limitasi masa menyebabkan seorang lagi wakil PIBG tidak sempat bersama.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Menjemput lebih ramai AJK PIBG untuk bersama-sama dalam majlis Ziarah
Cakna dan memaklumkan sewaktu mesyuarat PIBG
2) Membuat saringan rumah murid mengikut keutamaan kes atas rujukan dari
guru kelas.
7.0 PENUTUP
Aktiviti yang dijalankan
mencapai objektif program yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan lagi
kehadiran murid ke sekolah.
Disediakan
oleh,
(NURHAIZA
BINTI CHE MAT)
Guru
Kaunseling
Tarikh:
LAMPIRAN DOKUMENTASI
SKRIP JURUACARA MAJLIS
SKRIP PENERIMA ANUGERAH INSPIRASI ZIARAH CAKNA
TEKS UCAPAN PERASMI ZIARAH CAKNA
LAMPIRAN DOKUMENTASI
SKRIP JURUACARA MAJLIS
SKRIP PENERIMA ANUGERAH INSPIRASI ZIARAH CAKNA
TEKS UCAPAN PERASMI ZIARAH CAKNA
Ucapan Perasmian
Pelancaran Kit Ziarah Cakna
Penyampaian Cenderamata
Anugerah Inspirasi Ziarah Cakna