Program Mentor Mantee kali ke 4 adalah penetapan matlamat. Kali ini saya gunakan pula waktu slot sahsiah sesi pagi iaitu pukul 7.30 pagi - 8 pagi hari Jumaat. Saya sharekan modul yang saya serahkan pada guru -guru tingkatan selaku mentor 1 dan guru mentor 2 kelas juga untuk slot penetapan matlamat ini
PROGRAM MENTOR –MANTEE
TAJUK : PENETAPAN MATLAMAT
HARI : JUMAAT
TARIKH : 7 FEBRUARI
2020
OBJEKTIF:
1)
Murid
mengetahui membuat penetapan matlamat dalam subjek akademik mengikut gred
peperiksaan dengan bimbingan guru
LANGKAH-LANGKAH
1)
Guru
menyerahkan borang penetapan matlamat
2)
Guru
meminta murid menyenaraikan gred peperiksaan iaitu A, B, C, D, dan E dalam
ruang u PPT peperiksaan pertengahan tahun,
dan ETR peperiksaan akhir tahun.
Bagi murid tingkatan 1 dan 2, ruang PP/PPT dikosongkan. Bagi murid tingkatan 2,
TOV boleh dilengkapkan dengan mengisi gred peperiksaan akhir tahun 2019 . Bagi murid tingkatan 1, TOV dikosongkan.
3)
Murid
mengisi nama dan tingkatan di ruang di bawah dan menandatangani borang tersebut
4)
3 minit
terakhir , murid –murid dalam kelas mengangkat ikrar dengan diketuai oleh ketua
kelas dengan menggunakan ayat di perenggan terakhir borang penetapan matlamat
5)
Ayat ikrar adalah seperti berikut
Kami dari tingkatan_______________
berikrar dengan ini akan berusaha bersungguh –sungguh bagi mencapai kejayaan
yang disasarkan dalam peperiksaan tahun 2020. Kami akan memberikan tumpuan
kepada pengajaran guru, mengulangkaji pelajaran, mengisi masa dengan berfaedah
dan menghormati guru dan ibu bapa saya.
6)
Guru
mengumpulkan semula borang penetapan target dan menyimpannya untuk diserahkan
kepada ibu bapa sewaktu Hari Pelaporan Akademik untuk ditandatangani oleh ibu
bapa dihadapan guru.