10 July 2020

2020 : 20 tahun Bergelar Guru Kaunseling






10 Julai tiba lagi...


Genap 20 tahun sebagai guru kaunseling.

Tahun ini diuji dengan perintah kawalan pergerakan COVID-19, yang membataskan pergerakan. Saya menyangkakan saya akan duduk di rumah diam-diam dan saya set up meja kerja saya di rumah betul betul di sebelah dapur hihi memudahkan urusan kerja sekolah dan kerja rumah. 



perintah kawalan pergerakan rupanya tidak membataskan langsung pergerakan saya. Dengan surat kebenaran pergerakan keluar rumah dari KPM untuk saya ke mesyuarat di Puterajaya berulang alik hampir 6 kali juga sewaktu pkp 3 demi menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh KPM. Berulang alik hampir 4 kali ke Bukit Kiara untuk slot TV Via Kaunselor. Kali pertama keluar dengan pelbagai sekatan polis memang membuatkan tahap kebimbangan saya tinggi dan berdebar sewaktu nak langkah keluar dan melalui 3 sekatan jalan raya maklumlah Kajang kawasan merah. Kali kedua dan seterusnya rasa rilex sikit dan dah pandai menjawab bila ditanya oleh polis dengan surat kuasa kebenaran keluar.


Belajar membina skrip untuk infografik televisyen slot pendidikan,....sesuatu yang tidak pernah saya terfikir mendapat kursus percuma bengkel membina skrip ini dan sekarang menunggu untuk rakaman.  



Belajar membina skrip untuk diri sendiri pula bertindak sebagai artis dalam slot Via Kaunselor dan merasai pengalaman dalam set studio slot untuk diri sendiri selama 3 minit. Menunggu masa untuk ditayangkan di televisyen. Skrip 3 minit pun hampir 10 kali kena caras dengan penilai -penilai. Dan yang menariknya apabila raptai , penerbit mengatakan saya bercakap laju dan saya hanya ada 7 hari untuk berlatih semula dengan speed yang lebih perlahan yang bermaksud ada skrip yang perlu diubah juga....maka cara terbaik adalah berlatih setiap hari, setiap masa kat rumah. Terima kasih anak bongsu saya berumur 12 tahun  yang melatih saya di rumah, dengan gaya dan intonasi yang difikirnya sedap hahahahaha.


Saya belajar merakam video dan proses editing dilakukan untuk slot video motivasi bagi slot facebook  page untuk Jabatan penerangan Selangor . Dah publish ke laman facebook tersebut dengan ucapan tahniah bertubi tubi rupanya sebab dah cecah 1k dalam masa 6 jam rasanya bersiaran. Sekarang ni setakat 3.3 k ditonton. panas waktu awal je dan sekarang maintain. Waaa patutlah orang dok sebut klik like and share setiap kali post sesuatu pada youtube atau facebook kerana ia membantu rating promosi sesuatu facebook dan youtube seseorang atau untuk sesuatu agensi. 

Behind the scene, itulah video yang paling tension saya buat, kerana pengalaman pertama membuat video untuk diri sendiri bagi tontonan orang lain. Rasanya dalam proses menerbitkan video ini, tumpah juga air mata :)
Terima kasih buat anak sulung saya , yang membantu saya edit semula video video tersebut hingga mengurangkan kecacatan video tersebut dari 40% kepada 5% sahaja. Terima kasih buat adik saya yang memberi izin menggunakan biliknya untuk proses rakaman dan terima kasih buat kakak saya yang design bilik tersebut dengan lighting, dan setting yang merealisasikan rakaman video tersebut. Saya hantar video tersebut selepas tamat dateline.....hmmm menunjukkan betapa saya merasakan tugasan itu sangat berat diterima. 

perkara -perkara di atas saya lakukan atas arahan KpM manakala arahan dari JPWPKL pula, team Guru Cemerlang KL perlu membuat tugasan iaitu bersiaran dalam youtube setiap minggu. Nampaknya saya kena belajar untuk menghasilkan video bagi upload di youtube pula. Maklumlah tak berani nak live di youtube ...ahaks. 


Masa ini lah saya belajar buat power point yang cantik untuk pembentangan....tapi kakak saya kata buruknya slaid tajuk pertama untuk youtube saya masa pkp...huhuhu dan yang bestnya dia wiling untuk buatkan design dan buat slaid untuk saya. Yeah....bonding family sangat rapat waktu perintah kawalan pergerakan ini. Kami guna aplikasi zoom dan saya berbincang mengenai skrip saya, dan dia bantu design dan sediakan slaid power point dari 2, 3 dan 4 tajuk. 


Oleh kerana saya malu nak live di youtube, maka power point yang dihasilkan kenalah bersuara . Masa ni saya mengenal aplikasi screen o cast. Anak sulung saya gigih melayan ibunya merakam suara, dan seperti biasa sebelum rakaman suara , seisi rumah diberi warning jangan bising hahahahahau. Oh ya saya belajar mengenai thumbnail, patutlah orang letak kat muka depan yiutube dengan poster yang menarik pandangan pertama untuk menontonnya. Saya sempat mmebuat 4 rakaman slaid power point untuk tempoh pkp bagi warga murid KL. promosi pengajaran guru cemerlang KL dijalankan oleh pegawai JPWPKL yang menyebarkan poster kepada sekolah sekolah melalui whatsapp dan telegram. Saya juga belajar buat stream Yard untuk pengajaran melalui youtube atau facebook live. Belajar secara percuma dari Siti ahli baru team MGCKL.



Kami juga diminta upload bahan bahan dalam google classroom.....waaaaaaa....google classroom sejak tahun lepas disebut sebut tetapi tiada kursus dalaman untuk mengajar bagaimana membina google classroom di sekolah saya. Aura guru guru cemerlang memang positif. Kami set whatsapp group dan membina google classroom melalui tutorial Timbalan pengerusi Majlis Guru Cemerlang KL, kak Latipah yang sabar jelah melayan ahli guru cemerlang yang tidak pernah mempunyai kod google classroom. Latihan dari malam ke siang....hahaha. Maklumlah timing tidur masing masing lari time pkp. Kami juga belajar menggunakan aplikasi zoom untuk meeting dan berbincang. 


Ilmu yang diperolehi membuatkan saya yakin untuk menurunkan kepada guru guru di sekolah pula. Bermula dengan mengajar geng pentadbir sekolah maklumlah saya yang paling muda dan mesra ICT , maka saya rasa saya wajar memulakan inisiatif ini. Mengajar geng pengetua, penolong kanan dan guru kanan membina google classroom dan bagaimana menjalankan mesyuarat dengan aplikasi zoom. Sama -sama belajar benda baru slow la sikit...nak masuk kali pertama pun hampir sejam menunggu geng pentadbir masuk zoom..hihihi...kenangan betul. Kemudian coaching guru guru kaunseling daerah saya membina google classroom untuk guru kaunseling dan seterusnya coaching guru-guru di sekolah saya. Semakin lama, semakin mahir dengan rujukan di youtube . Terima kasih edidik. 

Satu lagi projek untuk Majlis Guru Kaunseling pula, saya ditugaskan untuk mengisi slot bersama Kaunselor melalui radio KL fm. Jadual telah diatur minggu terakhir Sabtu pada bulan Jun saya akan bersiaran, tetapi mendapat panggilan telefon meminta saya bertukar tempat memandangkan personalia pada minggu ketiga tidak dapat bersiaran. Saya miss communication ahaks....masa tu ingatkan slot saya ditukarganti dengan awal Julai, namun rupanya cepat seminggu iaitu minggu ketiga Jun. Hmmm...padanlah muka kan. Saya perasan apabila penerbit radio menghubungi saya , yang siaran saya esok yang mana pada waktu itu saya akan berada di kampung mertua. Tak dapat menolak kata tidak, kena jaga air muka nama Majlis Guru Kaunseling KL. Maklumlah saya yang kata boleh tukar tempat tetapi saya yang tak alert.... Mujur tugasan masuk slot radio ini lagi mudah. Saya menyediakan soalan untuk DJ bertanya seumpama ada sesi soal jawab yang lancar antara kami...menarik bukan?
Skripun boleh dibaca tanpa dihafal hihihi...bukan orang nampak pun. Tepat 9.30 pagi saya dihubungi oleh DJ dan berbincang ringkas sebelum saya ke udara secara live. Yang teruknya saya rasa,  habis saya kacau kwan -kawan kat KL tolong rakam maklumlah kat kampung mertua line sangkut. Terima kasih Afiqah rakan sekerja yang layan je saya untuk rakam walaupun nak pergi pasar masa itu. 




Dan pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan juga adalah pertama kali bersiaran di stream menggunakan tapak facebook Majlis Guru Kaunseling KL. Tak sangka 2k juga yang sudi lalu lalang. Tapi yang tragisnya adalah, partner saya yang host untuk siaran Cipta Bahagia telah termasukkan video youtube yang mempunyai hak cipta sewaktu dia sedang membentangkan topik tersebut.Maka habis siaran je, pihak facebook telah block siaran slot saya bergandingan dengannya di untuk topik Cipta Bahagia tersebut dan tidak wujud link utk menyaksikannya. pengajaran baru untuk pengguna yang suka live presentattaion dan direkod pula dalam faceook live. Mujurlah kawan -kawan yang dah share slot saya, sempat save..maka boleh didownload semula tapi dipotong bahagian yang dilarang untuk saya upload semula di facebook. 



Dan yang terakhir kenangan membina inovasi bertajuk peka sama kategori murid. Saya agak stress apabila dimaklumkan pertandingan di Miri dibatalkan. Maklumlah tiket flight dah beli..mujur tiket pergi sahaja yag baru di beli. Tetapi hampir 1,500 juga burn. saya menukar tarikh ke Ogos dan tidak pasti adakah kami akan teruskan misi ke Miri dengan berjalan -jalan sahaja kerana murid murid saya sudah memasang impian ke Miri. Takpe nanti kita update cerita jadi ke tak ke Miri tu ye..
Apa yang saya nak cerita mengenai saya blank sekejap sebenarnya agak lama..ahaks..bila nak memikir strategi menyiapkan bahan pertandingan yang dijalankan secara dalam talian pula. Tidak pernah lagi menyertai pertandingan yang dalam talian. pembentangan inovasi melalui rakaman video. Hmmmmm macam mana nak tunjuk ye dahlah durasi masa yang pendek. Takda bahan pameran..dan saya juga sukar untuk mengumpulkan 7 peserta pertandingan. pikir punya fikir...akhirnya dapat idea. dari google meet...kami ke voice call dan ada telegram group untuk berlatih. panik seminggu bila peserta yang patut present bahannya tidak dapat dihubungi kerana masalah handphone...mujurlah buadk budak zaman sekarang memang media sosialnya aktif walaupun handphone tak aktif ahaksss..so bolehlah masuk melalui mesej instagram untuk sesi latihan pembentangan. Hasilnya anugerah emas....alhamdulillah







Well...itu sahaja kenangan sempena 20 tahun menjadi guru kaunseling pada tahun 2020 ini. Nampaknya normal baharu bagi saya ialah update youtube dan menghasilkan video video untuk rujukan guru guru kaunseling.

#nasi kari ayam rozi belanja 😊
 

Telegram Channel