3 August 2020

Tahun ke 7 blog nurhaizachemat.com






3 Ogos 2020 tahun ke 7 blog ini diterbitkan dgn dua tahun pertama setting private dan lima tahun berikutnya setting public hingga kini. 

Pocket Doraemon ini memberikan saya terapi untuk mencipta kebahagiaan saya sendiri sewaktu menulis dalam tempoh dua tahun pertama dalam setting private. 

Keberanian untuk muncul public pada tahun ke3 memberikan impak dalam kerjaya saya. Saya menulis dgn mood suka suka melayan diri sendiri lama kelamaan menjadi satu komitmen dan amanah apabila blog saya menjadi rujukan guru guru kaunseling di Malaysia dan negara negara lain dari statistik blog saya  

Ucapan terima kasih dan kata kata positif berupa semoga murah rezeki, semoga dimudahkan urusan saya, semoga dimakbulkan doa saya dan pelbagai lagi bak ubat yg mujarab mendatangkan rasa bahagia dalam setiap perkongsian. 

Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan blog saya lebih dikenali berbanding diri saya. Hanya tahun ini baru saya tergerak hati memberikan profil diri saya pada pautan blog. Dan button untuk peminat blog saya menjadi follower mula diaktifkan tahun ini. 

Blog ini adalah sebahagian dari karier saya bergelar guru kaunseling. Dari blog ini byk peluang dan kejayaan yang dikecapi. Blog ini juga memujuk hati di kala down dgn teknik 'grounding' yg bantu untuk fokus buat apa yg kita suka dgn pindahkan aura negatif dan kekal positif :)

Selamat malam
Trip Penang -KL yg lancar


 

Telegram Channel