28 September 2020

Garis Panduan Pertandingan Kaunseling Kerjaya Pudu Dan Pemenang Tahun 2020


Karnival Kaunseling Zon pudu dijalankan hari ini dalam suasana yang cukup berbeza kerana semata-mata melalui google meet. Kami menjalankan pertandingan dengan syarat syarat yang dipinda untuk disesuaikan dengan rakaman video. 

Berikut saya kongsikan senarai nama pemenang dan garis panduan pertandingan karnival kaunseling kerjaya zon pudu.

SMK Cheras: Ke 3 Video Kreatif




Keputusan young motivator *menengah atas*:

Tempat pertama: SMAIWP

Tempat kedua: SM Seni Malaysia 

Tempat ketiga: SMK Yaacob Latif

Tempat keempat: SMK Seri Mulia

Tempat kelima: SMK Seri Bintang Selatan


*Menengah rendah*:

Tempat pertama: SMAIWP

Tempat kedua: SM Sains Selangor

Tempat ketiga: SMK Yaacob Latif

Tempat keempat: SM Seni Malaysia

Tempat kelima: SMK Alam Damai


*Pertandingan Penjelajahan Kerjaya*

Johan : SMK Bandar Tun Razak

Naib Johan : SMK Taman Connaught

Tempat ke-3 : SMA MAIWP

Tempat ke-4 : SMK Cheras

Tempat ke-5 : SMK Convent Jalan Peel


*Pertandingan Rekabentuk Grafik Kerjaya*

Johan : SMK (P) Pudu

Naib Johan : SMK Seri Bintang Selatan

Tempat ke-3 : SM Sains Selangor

Tempat ke-4 : Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya

Tempat ke-5 : SMK Bnadar Tun Razak


*Pertandingan Video Kreatif*

Johan : SMK Aminudin Baki

Naib Johan : SMISTA

Tempat ke-3 : SMK Cheras

Tempat ke-4 : SMK Seri Permaisuri

Tempat ke-5 : SMA MAIWP


PERTANDINGAN  :  VIDEO KREATIF


1.       Pertandingan terbuka pada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

2.       Penyertaan adalah PERCUMA

3.       Bahasa yang digunakan dalam video ialah BAHASA MELAYU sahaja

4.       Tempoh durasi produksi mestilah mestilah tidak melebihi 4 minit dan tidak kurang dari 3 minit.  Tempoh ini termasuk montaj dan penghargaan.   Video kreatif yang dihasilkan mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau kontroversi dari segi budaya, kaum, agama, politik, isu-isu perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.

5.       Video mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi mana2 pertandingan sebelum ini.

6.       Format video hendaklah memenuhi kehendak kualiti siaran di dalam format MP4/MOV/WMV/FLV/AVI

7.       Peserta boleh menggunakan skor muzik yang sedia ada di pasaran/hak orang lain.

8.       Penghasilan video pendek ini di dalam kumpulan.  Di dalam kumpulan ada 4 orang murid.  Digalakkan penyertaan daripada pelbagai kaum.

9.       Penyertaan hendaklah mengisi borang yang telah disediakan.

10.   Peserta yang ingin menyertai pertandingan hendaklah menghantar perkara berikut pada alamat email : videokreatifpudu2020@gmail.com :-

a)      Mengisi dan menghantar borang penyertaan

b)      Menghantar sinopsis  video kreatif mestilah bertaip dan menggunakan “Font Times New Roman 12”

c)        Menghantar video yang telah siap kepada penyelaras pertandingan  sebelum 24hb September 2020 (Khamis)

d)      Tiada pembentangan berkaitan video tersebut

11.   Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan

12.   Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukan tidak asli/ciplak. Kemenangan akan di tarik balik.





PERTANDINGAN REKABENTUK GRAFIK KERJAYA

OBJEKTIF

1.        Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai perkaitan  antara sahsiah dan alam pekerjaan.

2.        Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang kerjaya melalui grafik.

3.        Mencungkil bakat murid dalam merekabentuk bagi menghasilkan grafik kerjaya yang menarik


SYARAT PENYERTAAN

1.       Murid tingkatan empat dan lima

 

2.       Rekabentuk grafik hendaklah dicipta berteraskan tema yang diberikan

 

3.       Penyertaan dua orang secara berkumpulan untuk satu penyertaan.

 

4.       Penggunaan Drawing Pad tidak dibenarkan semasa pertandingan (pindaan 2019)

 

5.       Tiada penambahan ayat seperti mutiara kata, pantun dan sebagainya.

(pindaan 2019).         

 

KEPERLUAN PERTANDINGAN

1.    Pertandingan dijalankan secara google meet. Kumpulan yang diwakili oleh 2 orang peserta perlu manjalankan pertandingan secara langsung melalui google meet.     (*pindaan 2020)

 

2.    Sebuah laptop (keupayaan untuk grafik) yang mempunyai sebarang aplikasi yang boleh digunakan untuk rekabentuk grafik. (disediakan sendiri oleh peserta)

 

3.    Aplikasi  grafik (graphic design software) adalah bebas yang siap dipasang (install) di laptop masing-masing (tidak dibekalkan oleh urus setia) 

4.    Sebuah peranti lain seperti telefon bimbit / komputer / laptop diperlukan sebagai rakaman secara langsung di google meet. (*pindaan 2020)

 

5.      Bahan media disediakan oleh pihak urus setia pada hari pertandingan dan akan diedarkan 15 minit sebelum pertandingan bermula melalui google drive penyelaras. (*pindaan 2020)

 

6.    Ext. Wire (peserta diwajibkan membawa sendiri) untuk kemudahan.

  

KAEDAH PELAKSANAAN

1.      Masa yang diberikan ialah 2 jam 30 minit

2.      Saiz grafik bebas, tetapi jelas dari segi visual grafik.

3.      Rekabentuk grafik bebas sama ada menegak (portrait) atau melintang (landscape).

4.      Rekabentuk yang dihasilkan adalah bebas tetapi tidak mempunyai unsur yang boleh mendatangkan fitnah.

5.      Hasil rekabentuk disimpan dalam format JPEG.

6.      Peserta tidak dibenarkan menggunakan bahan  media  yang lain selain daripada bahan media yang disediakan oleh pihak urus setia tetapi bebas menggunakan sebarang aplikasi (software)

7.      Bebas  menggunakan warna.

8.      Hasil rekabentuk hendaklah dihantar kepada hakim 15 minit setelah masa pertandingan berakhir. 

9.      Tidak dipengaruhi oleh hasil-hasil yang telah di cetak. Mesti hasil ciptaan sendiri. (asli dan tulen)

 

 




 


PERTANDINGAN YOUNG MOTIVATOR
OBJEKTIF

1.       Menguji kemahiran murid untuk bercakap di khalayak ramai.

2.       Meningkatkan keyakinan diri murid.

3.       Mencungkil bakat murid dan memperkembangkannya melalui platform yang tepat.

4.       Membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam proses penyebaran maklumat secara berkesan.

SYARAT PENYERTAAN

1.        Terbahagi kepada 2 kategori (menengah rendah dan menengah atas). Satu sekolah WAJIB menghantar seorang peserta bagi setiap kategori.

2.        Topik mestilah berfokus kepada tema iaitu “Sahsiah Cemerlang, Kerjaya Gemilang”.

3.        Penyertaan adalah secara individu. Penyertaan hendaklah mengisi borang yang telah disediakan.

4.        Pertandingan dijalankan secara RAKAMAN VIDEO. Format video hendaklah memenuhi kehendak kualiti siaran di dalam format MP4/MOV/WMV/FLV/AVI.

5.        Penggunaan alatan persembahan dan muzik latar adalah dibenarkan dengan syarat segala bahan tersebut adalah di bawah tanggungjawab peserta yang mengambil bahagian.

6.        Penggunaan ruang yang sesuai dan audio yang jelas untuk rakaman video.

7.        Pakaian peserta adalah bebas mengikut kreativiti sekolah masing-masing dengan syarat sopan dan tidak mencolok mata.

8.        Masa yang diperuntukkan adalah selama 5 hingga 7 minit. Suntingan video TIDAK DIBENARKAN.

9.        Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.

10.    Tiada pemberian markah selepas minit ke 7.

11.    Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu sentitif yang berkaitan dengan agama, bangsa, kebudayaan dan keperibadian seseorang.

12.    Menggunakan versi Bahasa Melayu sahaja. Bahasa penyampaian dan pertuturan mestilah sopan.

13.    Panel Hakim akan membuat penilaian berdasarkan rakaman video yang dihantar dan keputusan hakim adalah muktamad.

14.    Sekolah/peserta yang igin menyertai pertandingan hendaklah menghantar borang penyertaan terlebih dahulu sebelum atau pada 14 September 2020 jam 12.00 tengahari ke alamat email : g-04409909@moe-dl.edu.my


15.    Video yang telah siap perlu dihantar sebelum atau pada 24 September 2020 jam 12.00 tengahari ke TELEGRAM penyelaras berikut dengan menyatakan (i)nama penuh pelajar, (ii)nama sekolah dan (iii)kategori:

a.      Kategori Menengah Rendah:

Puan Azmaliza Binti Ahmad 

 

b.      Kategori Menengah Atas:

Puan Azian Binti Ahmad 

PEMARKAHAN

1. Suara (20 markah)

2. Gaya penyampaian dan kreativiti (20 markah)

3. Isi Penyampaian (30 markah)

4. Penampilan dan Perwatakan (20 markah)

5. Ketepatan Masa (5 markah)

6. Nilai tambah (5 markah)

 

 

 


PERTANDINGAN PENJELAJAHAN KERJAYA

 OBJEKTIF 1. Mengumpul maklumat berkenaan kerjaya terpilih 2. Menyampaikan maklumat kerjaya dengan menggunakan cara yang kreatif 3. Meningkatkan minat untuk mendalami penerokaan tentang kerjaya yang diminati dan bersesuaian dengan diri sendiri 4. Mempraktikkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan berasaskan Pembelajaran Abad ke21 dalam penerokaan kerjaya 

SYARAT PENYERTAAN 

1. Setiap sekolah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta yang merupakan murid Tingkatan 4 dan/atau Tingkatan 5. 

2. Persembahan akan merangkumi : i. Ketepatan maklumat ii. Persembahan multimedia iii. Model kerjaya iv. Kreativiti persembahan 

3. Bahasa yang boleh digunakan adalah Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris. Bahasa pembentangan hendaklah sama dengan bahasa persembahan multimedia. 

4. Hadiah – Pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga akan diberi hadiah. Semua peserta akan diberi sijil penyertaan. 

5. Syarat pertandingan adalah tertakluk kepada pindaan mengikut keperluan 

KEPERLUAN PERTANDINGAN 1. PA System 2. LCD projector 3. Layar 4. Jam randik 5. Loceng 6. Tiga orang hakim 7. Seorang penjaga masa PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN 1. Penghakiman dijalankan oleh 3 orang hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Penghakiman diketuai oleh seorang ketua hakim. 2. Pemarkahan : 


PERINCIAN MARKAH 

Ketepatan maklumat 40 

Persembahan multimedia 30 

Model kerjaya 20 

Kreativiti persembahan 10 J

UMLAH 100 

 3. Pasukan yang memperoleh jumlah markah yang paling tinggi akan diumumkan sebagai pemenang. Sekiranya terdapat lebih daripada satu pasukan yang memperoleh jumlah yang sama, maka ketua hakim hendaklah membuat keputusan menentukan pemenang selepas berbincang dengan para hakim. 

4. Keputusan hakim adalah muktamad. 

KAEDAH PELAKSANAAN 

1. Pertandingan akan dijalankan secara RAKAMAN VIDEO. rakaman video perlu dijalankan secara langsung dan video tidak boleh dijalankan secara “editing”. Rakaman video perlu diserahkan kepada penyelaras sebelum/pada 23 september 2020.(pindaan 2020) 

2. Peserta hendaklah menggunakan komputer riba sendiri. Peserta boleh menggunakan peralatan sendiri, termasuk wireless microphone, sound system, LCD projector, extension wire, audio cable, dan sebagainya, dengan syarat masa persediaan tidak melebihi 2 minit(di lokasi masing-masing).

 3. Persembahan maklumat boleh dilakukan dengan menggunakan cara pemerihalan, lakonan, nyanyian, atau apa jua cara yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing. Semasa persembahan, peserta boleh menggunakan alatan atau bahan yang bersesuaian dengan tajuk kerjaya. Persembahan yang mewujudkan interaksi dengan penonton adalah amat digalakkan. 

4. Masa pembentangan adalah selama 5 minit untuk setiap pasukan. Masa persediaan tidak melebihi 2 minit. Masa persediaan akan mula dikira sebaik sahaja peserta memulakan pembentangan. masa : i. Masa persediaan 2 minit ii. Masa persembahan 5 minit 

5. Giliran pertandingan ditentukan melalui cabutan undi. Cabutan akan dibuat sebelum penghakiman dimulakan. 

 

 

Alhamdulillah dipermudahkan urusan mak





 

 

 

 

 

 

 

 

Telegram Channel