Saya share kertas kerja saya ni apabila saya mendapati kertas kerja henti buli yang saya post pada tahun 2022 menerima trafik view yang tinggi sebaik sahaja penataran guru disiplin dan guru kaunseling perlu menjalankan pelancaran dan intervensi ini di sekolah. Walaupun kita sering mengingatkan murid namun intervensi masih lagi digiatkan hingga ke penghujung sesi persekolahan. Oleh kerana kertas kerja lama tentang buli saya post untuk pelancaran dan teks pengacara majlis , maka saya terpanggil untuk share sekali lagi untuk rujukan guru guru kerana kertas kerja ini saya tambah dengan intervensi gangguan seksual pula. Harap dapat membantu.
Saya share gambar gambar aktiviti yang telah kami jalankan
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid
adalah aspek utama membantu pengurusan murid di sekolah. Ia bermakna pencapaian
prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan
sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan
kemenjadian sahsiah murid. Bagi mencapai sekolah sejahtera dengan murid merasa
selamat dan sihat dari aspek seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memerlukan perancangan. Salah satu daripadanya ialah elemen selamat dari
dibuli sama ada secara fizikal, lisan atau gangguan seksual dan sejahtera emosi
dari membuli orang lain. Kesedaran terhadap karamah insaniah yang baik dapat
memupuk murid untuk peka dengan adab dan nilai murni masing masing untuk
kesejahteraan hidup.
2.0 MATLAMAT
Mempromosikan aktiviti
henti buli dan gangguan seksual agar murid –murid merasa selamat dan sejahtera.
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 12 Januari – 31 Januari 2024
4.0 SASARAN
Semua murid
5.0 OBJEKTIF
1)
Mempromosikan aktiviti –
aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap
kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dalam aktiviti membenteras
gangguan seksual dan menghentikan aktiviti buli.
2)
Menjalankan intervensi peningkatan
kesedaran hentikan buli dan gangguan seksual dan kempen berterusan untuk warga
sekolah prihatin dengan isu tersebut
6.0 KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
Semua warga sekolah
mendapatkan maklumat melalui aktiviti kesedaran henti buli dan gangguan
seksual |
Outcome |
Murid -murid berani
tampil membuat aduan jika dapat mengenal pasti kes buli mahu pun gangguan
seksual yang berlaku di sekolah atau di asrama |
7.0 PERUNTUKAN
KEWANGAN
Tiada penggunaan kewangan
8.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi :
Puan Norlela Binti A Wahid
Pengetua
Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud
Naib Pengerusi :Puan
Hamimah Bt Shamsuddin
Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
: Encik Zam Zam Bin Abdul
Aziz
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha :
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
SENARAI TUGAS AJK KERJA
AJK Intervensi Ceramah
|
M. Ravinthiran a/l P Muthoo
Husmazurain Binti Che Hussein |
Menyampaikan ceramah
buli dan gangguan seksual kepada murid murid tingkatan 4
|
AJK Intervensi Ceramah
|
Norfaizah
Binti Mohamad
Nurhaiza Binti Che Mat
|
Menyampaikan ceramah
buli dan gangguan seksual kepada murid murid tingkatan 1 dan 3
|
AJK Poster |
Loh
Chin Ying |
Menyediakan dan menguruskan poster digital buli dan
gangguan seksual untuk ditayangkan di tapak perhimpunan |
AJK Dokumentasi |
Nurhaiza
Binti Che Mat |
Menyediakan dokumentasi |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Unit Disiplin
9.2 JADUAL
PERLAKSANAAN
Tarikh |
Intervensi |
Sasaran |
12 Januari 2024 |
Ceramah Kesedaran Henti Buli |
Semua murid Ting 4 |
15 Januari 2024 |
Ceramah Kesedaran
Hindari Gangguan Seksual |
Semua murid Ting 4 |
16 Januari 2024 |
Perhimpunan Rasmi: Taklimat PK HEM mengenai
Isu Buli |
Semua warga sekolah |
16 Januari 2024 |
Ceramah Kesedaran Henti Buli |
Semua murid Ting 1 |
19 Januari 2024 |
Permainan Interakif Hindari Gangguan
Seksual |
Semua murid Ting 1 |
19 – 23 Januari 2024 |
Tayangan Poster Digital Kempen Henti Buli Di Tapak Perhimpunan Oleh
Ahli PRS |
Semua warga sekolah |
23 Januari 2024 |
Ceramah Hindari Buli Dan Gangguan
Seksual |
Semua murid Ting 3 |
24 Januari 2024 |
Isu Buli Dan Gangguan Seksual Dalam
Kalangan Murid Asrama |
60 murid yang tinggal di
asrama |
23 – 26 Januari |
Tayangan Poster Digital Kempen Hindari Gangguan Seksual Di Tapak
Perhimpunan Oleh Ahli PRS |
Semua warga sekolah |
26 Januari 2024 |
Permainan Interaktif Isu Buli Dan
Gangguan Seksual |
Semua murid Ting 4 |
29 Januari 2024 |
Kuiz Online Hindari Buli Dan
Gangguan Seksual |
Semua murid ting 2 |
10.0
PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Masalah teknikal sewaktu ceramah |
Masalah teknikal
|
Menyediakan LCD satu lagi |
Setiausaha Program |
11.0 KAEDAH
PEMANTAUAN
PEMANTAUAN
PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang
Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM
PEMANTAUAN
PENCAPAIAN OUTCOME
Borang
Penilaian Program
12.0
PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk
mencapai objektif menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai henti
buli dan hindari gangguan seksual kepada warga sekolah khususnya murid
sekolah untuk mencapai KPI tiada kes buli dan gangguan seksual berlaku sama ada
di sekolah mahu pun di asrama.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA
BINTI CHE MAT) Guru
Bimbingan & Kaunseling SMK
Seri Bintang Selatan Tarikh
: |
(SABIDARA
BINTI MAHMUD) Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Seri Bintang Selatan Tarikh: |