31 December 2021

Regulasi Emosi Sepanjang Tahun 2021

Regulasi Emosi Sepanjang Tahun 2021

Penutup tahun 2021, marilah throwback apa yg signifikan utk diingati. Ambil gambar berlatarbelakangkan almari yang dah penuh dengan trofi dan pingat huhu

 Perkara paling menceriakan hari saya :)

Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2021.


Antara kejayaan yang dicapai murid under UBK peringkat negeri
1) Naib Johan pertandingan Kempen Cegah Siber Buli
2) Ketiga pertandingan Kempen Cegah Siber Buli
3) Johan pertandingan Inovasi Minda Sihat Sekolah Menengah peringkat KL
4) IKON PRS
5) IKON   PPDA
6) penarafan empat bintang kerjaya efektif Simposium HEM KL
7) penarafan lima bintang pengurusan kaunseling cemerlang Simposium HEM KL



Kebangsaan (selaku guru pembimbing)
1) Tempat ke 4 Inovasi Minda Sihat Kategori Sekolah Menengah Dalam Simposium HEM Kebangsaan
2) Anugerah pingat emas peringkat kebangsaan inovasi digital kerjaya anjuran Institut perguruan Miri, Sarawak
3) Tempat keenam video kreatif Keselamatan Jalan Raya 
4) Tempat ke 3 pertandingan tik tok booster challange peringkat kebangsaan
5) IKON PPDA

Kebangsaan untuk UBK
pengurusan kaunseling cemerlang peringkat kebangsaan



Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan

Mendaftarkan diri untuk program ilmiah dan dah kena jadi ulat buku buku ilmiah ....tulis jurnal buat penulisan ilmiah..hahhaa rasanya lepas ni makin slow la update blog kurang masa.


Perkara yg membuatkan saya gundah gulana
Mesej dari boss besar negeri ..buat tawar menawar dan permintaan...next siapkan mental dan emosi untuk pengakhiran yang baik baik . terima kasih atas peluang 


Perkara yg membuatkan saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)
Anugerah peringkat kebangsaan untuk UBK kali ni dengan pengurusan kaunseling cemerlang dan IKON ppDA murid sekali lagi milik SMK Cheras


Perkara yg membuatkan saya kecewa
Saya tersilap ayat masa muncul kat Didik TV sebagai panel....hmmm berminggu juga nak move on.



Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Alhamdulillah yang baik baik sahaja tahun ini


Perkara yg membuatkan saya teruja dengan pengalaman baru:

Dilantik selaku Bendahari Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan maka banyak aktiviti yang dilakukan oleh MGKK dan mendapat pengalaman bagaimana tindak balas dari MGKK apabila ia melibatkan isu isu GBK di Malaysia. Aktiviti aktiviti luar tabir media sosial ini , memang tak nampak sebab itulah MGKK ini berfungsi memperjuangkan kebajikan ahli ahli yang ramai.



Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
Tak terkata juga nak tulis kat entri ni.....simpan sorang dalam hati hahaha




Selamat datang 2022
TOMEI with love 💕

12 December 2021

Majlis Tautan Mahabbah Majlis Guru Cemerlang WPKL

Majlis Tautan Mahabbah Majlis Guru Cemerlang WPKL

Kami tak ramai tapi kami ada. Tahun ini pertama kali kami bersua kerana sepanjang tahun berjumpa dalam talian sahaja. Kesempatan untuk majlis hi tea Majlis Tautan Mahabbah Majlis Guru Cemerlang KL bagi batch 2021. 
Aktiviti pun bertukar hdiah sesama kami. Saya bagi pada Kak Latipah dan kak latipah dapat saya punya  Semoga gembira masing masing dgn perjumpaan hari ini. 
Mujur ada seorang Guru Cemerlang muzik apalagi main gitar sambil layan kakak kakak senior ni menyanyi hahahaha. 
Terima kasih Pn Eliza kerana hadir. Beliau merupakan penyelaras Majlis Guru Cemerlang menggantikan Pn Rosiah yg bersara. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan baik sepanjang tahun hadapan. 
Thanks doc gigi
Settle satu kesakitan ;)

5 December 2021

Anugerah Cemerlang Kokurikulum SMK Cheras 2020 dan 2021: Kelab Kerjaya Terbaik

Anugerah Cemerlang Kokurikulum SMK Cheras 2020 dan 2021: Kelab Kerjaya Terbaik

 Anugerah Cemerlang Cherasian 2020 dan 2021. Untuk kokurikulum antara pencapaian kami UBK dan Kelab Kerjaya dianugerahkan 3 anugerah utama iaitu

 1) Kelab Terbaik 

2) Peratus Kehadiran Kelab Yang Terbaik 3) Guru Pembimbing Terbaik 

4) Penyertaan Kokurikulum Terbaik dari ahli Kelab Kerjaya

dan saya screenshot juga poster poster yg menunjukkan pencapaian kokurikulum Kelab Kerjaya. 

semoga kami Kelab Kerjaya terus dapat menguasai kecemerlangan kelab sejak bertahun tahun lamanya 😀.


Short trip Bukit Tinggi :) Bonding with Nana. Thank you pemilik baru kitten Si Hitam. 


Anugerah Emas 
Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2021


Izz Farhan B Sharani
Tempat Ketiga Tik Tok Kategori Men Rendah Career Booster Challange
Peringkat Kebangsaan 2021

Nurfarzana Bt Sharani
Tempat Kedua Pertandingan Tik Tok 
Kategori Menengah Rendah
Pertandingan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu dan tempat saguhati peringkat negeri 2021

Tempat Ketiga Video Keselamatan Siber Peringkat JPWPKL tahun 2021
Tempat Kedua Video Keselamatan Siber Peringkat JPWPKL tahun 2021
Anugerah Emas 
Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2020

Anugerah Johan Pertandingan Komik 
Transformasi PPDa Peringkat WPKL 2020
Tempat Kedua
Pertandingan Cakna Keselamatan Siber
Peringkat JPWPKL 2020
Naib Johan 
Pertandingan Video Kreatif Transformasi PPDa Peringkat JPWPKL 2020




Tempat Keenam Pertandingan Video Kreatif PPDa Peringkat Kebangsaan 2020



Naib Johan Video Kreatif ILHAM Peringkat WPKL 2020


Naib Johan Young Motivator Simposium HEM Peringkat JPWPKL tahun 2020

Tempat Ketiga Pertandingan Video Kreatif Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2020




Tempat Keempat 
Pertandingan Penjelajahan Kerjaya :
Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Pudu Tahun 2020




 

Telegram Channel