2 February 2021

Kertas Kerja Majlis Penghargaan PRS Ting 5



Majlis Penghargaan yang sederhana . Hanya kita tengok kita . Tak meriah macam tahun tahun sebelum disaksikan oleh warga sekolah. Namun cukup untuk cikgu berpuas hati kerana anda semua tidak ada majlis graduasi, tiada sesi bergambar kelab atau kokurikulum dan sempat menyelit untuk aktiviti ini sebelum spm dengan sop yang dijaga sudah memadai bagi cikgu. 

Teima kasih berkhidmat untuk UBK selama hampir 6 tahun huhu maklumlah terlajak sampai umut 18 tahun di sekolah menengah . 

KERTAS KERJA

MAJLIS PENGHARGAAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

SMK CHERAS 2021

 

 

 

1. 0      PENDAHULUAN

 

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan salah satu badan kepimpinan sekolah yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Menyumbang kepada program pembangunan  sahsiah dan disiplin murid di sekolah, Peranan PRS juga sebagai agen guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid. Program –program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dibantu oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Di SMK Cheras peranan PRS adalah setiap hari iaitu menyambut kedatangan murid di pintu pagar dari pukul 7.05 hingga 7.30 pagi dan bagi sesi petang pukul 12.00 – 12.30 tengah hari, bertugas di bilik kaunseling selama sejam mengikut jadual bertugas bagi PRS sesi pagi dan petang, menjalankan pengisian slot sahsiah sebanyak dua kali seminggu iaitu Selasa dan Khamis selama 5 minit untuk murid sesi petang dan setiap bulan dan terdapat satu projek yang melibatkan komunikasi PRS samaada dengan murid, guru atau pelawat luar. Contohnya selaku fasilitator program-program sekolah, mengadakan sambutan hari lahir dan membantu menganjurkan program –program murid. Dalam wabak COVID 19 ini, peranan PRS lebih kepada kebajikan membantu mengesan murid –murid yang memerlukan bantuan dan sokongan psikososial.

                       

                            

2.0       MATLAMAT                                    :

Meningkatkan penampilan, keyakinan diri dan penghargaan kendiri untuk menjalankan tugas kerana telah berikrar di hadapan warga sekolah untuk menjalankan amanah sebaik mungkin dan diraikan dengan penghargaan sewaktu di Tingkatan Lima.

                

 

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT           :           2 Feb 2021

 

           4.0       SASARAN                                          :           25 ahli PRS

 

 

5.0       OBJEKTIF

 

Objektif program ini adalah untuk:

 

2.1 Meraikan sumbangan dan jasa PRS  berkhidmat  untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling dan sekolah

2.2 Mengiktiraf peranan PRS sebagai pemimpin murid dengan penganugerahan sijil

      penghargaan.

 

6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

 

 

Output

100 % PRS Tingkatan 5 dapat diraikan dengan sijil penghargaan dan cenderamata sebagai kenangan untuk diabadikan.

Outcome

Murid rasa dihargai dengan majlis penghargaan untuk mereka dan menjadi inspirasi untuk junior –junior yang lain.

 

                                               

           

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

 

            SUMBER KEWANGAN

           

PCG Kaunseling                                                                                             RM 1150.00

           

 

            ANGGARAN PERBELANJAAN

           

BIL

PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH

1

Cenderamata

RM 30 x 30 orang

RM 900.00

2

Banner

RM100.00

RM 100.00

3

Makanan dan minuman

RM 6 x 30 orang

RM 180.00

 

Jumlah

 

RM 1150.00

 

 

 

 

8.0       JAWATAN

Jawatankuasa Induk

 

Pengerusi:

 En Jamil B Jamaluddin

 

Naib Pengerusi

Puan Marhaniza Bt Mahmood (Guru Penolong Kanan HEM)

 

 

Setiausaha

Pn Rozinani Bt. Awang

Guru Kaunseling SMK Cheras

 

 

 Jawatankuasa Kerja               

 

BIL

AJK

NAMA GURU

BIDANG TUGAS

1

Penyelaras /  AJK Laporan

Puan Rozinani Bt Awang

  Menyediakan kertas kerja      

     Memastikan kehadiran ahli PRS

     Menulis laporan majlis penghargaan

 

 

        

2

AJK Sijil

Dan Cenderamata

Puan Nurazlina Bt Che Omar

   Menyediakan sijil dan   

      cenderahati untuk peserta

  3

AJK Fotografi / Banner /

Persiapan Tempat

Pn Nurhaiza Bt Che Mat

  Menyediakan kain rentang dan mengambil gambar

 

M  Memastikan susun atur dewan

 

4

AJK Makanan

Pn. Murni Bt Mat Jali

Pn. Nafsah Bt Mohd Shah   

M   Menyediakan makanan secara bungkus dan memastikan persiapan susun atur dalam keadaan yang teratur

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

 

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

 

 

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

            2 Feb 2021

 

            1.30 ptg           : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

                                    : Bacaan Doa

                                    : Ucapan Pengerusi PRS

            1.40 ptg           : Ucapan Perasmian  Pengetua

            1.50 ptg           : Penyampaian sijil penghargaan PRS Tingkatan 5

            2.30 ptg           : Sesi fotografi

            2.40 ptg           : Bersurai

           

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Murid tidak hadir

Masalah Kesihatan , keluarga dan lain-lain.

Menyimpan sijil dan hadiah untuk disampaikan sewaktu murid hadir ke sekolah.

Penyelaras

 

 

11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

 

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

 

                        1) Borang Maklum Balas Guru

 

            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

 

                        1) Borang Penilaian Murid

                       

 

12.0     PENUTUP

 

Majlis yang diadakan mampu meningkatkan penghargaan kendiri murid untuk menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab sebagaimana yang diikrarkan oleh murid.

 

 Thank you dear  PRS  Promax  :)











































 

Telegram Channel