31 January 2021

Intervensi Unit Kaunseling Secara Bersemuka, Online Dan Offline: Januari 2021


Hari ini saya buat summary apa yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari ini. Saya berkongsi aktiviti kami, diharapkan follower saya geng guru bimbingan dan kaunseling  dapat win win sama -sama berkongsi apa yang dijalankan agar lebih banyak idea dapat dijana maklumlah intervensi secara online dan offline ini memerlukan kemahiran ICT juga untuk sampai ke anak-anak. 

Saya buat laporan dalam bentuk infografik untuk ditebar ke group KSIB dan group telegram ibu bapa untuk pengetahuan mereka apa yang dijalankan oleh UBK kami.


Kes semakin hari semakin naik terutama KL dan Selangor maka tidak hairanlah kehadiran murid di KL dan Selangor adalah ketiga yang terendah di Malaysia ini. Serba salah ibu bapa maklumlah tinggal 20 hari lebih je nak Spm dengan kesihatan anak yang paling diutamakan. Ada yang tidak membenarkan anak untuk ke sekolah lagi..

Kita mencuba selagi mampu selagi terdaya...
Semoga yang baik baik sahaja untuk kita semua

Bye Januari
Mercun dah berdentum dentum 
CNY is coming...



 

Telegram Channel