Hi semua . Selamat bercuti umum Tahun Baru Cina. Detik 12 mlm mmg pong pong pong mercun dari jiran jiran. Kejiranan majmuk kena tahan telinga sambil mata menikmati mercun berwarna warni dari jendela rumah.
Selaku penyelaras program Tahun Baru Cina saya wrapkan dua dalam satu. Satu bawah Unit HEM Program Guru Penyayang untuk Sambutan Perayaan Murid. Satu lagi bawah Kokurikulum utk RIMUP dan dijadikan salah satu aktiviti perjumpaan kelab dan persatuan secara dalam talian.
Maka minggu lepas rakaman ucapan, penyediasn yee sang, sumbangan sumbangan dan ziarah Cakna settle . Pertandingan juga ada 3 yang masih berlangsung yg kita akan umumkan pada 17 Feb sewaktu live ini dijalankan.
Terima kasih kepada semua AJK. Saya share kertas kerja 😄. 
KERTAS
KERJA
RIMUP
TAHUN BARU CINA
PERINGKAT
SEKOLAH 2021
1.0      PENGENALAN
          Program
Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.Guru penyayang ialah guru yang
memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan
pelbagai program sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat
memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan murid sekolah ini terdiri
dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah
masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku
sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup
bermasyarakat. Walaupun dalam keadaan negara dilanda wabak COVID -19, program
ini tetap diteruskan dan akan dijalankan secara dalam talian.
2.0       MATLAMAT
            Menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan
menyerikan perayaan         sambutan kaum
lain dengan suasana muhibbah.
           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           17 Februari 2021
                                                                                   2.00
petang – 3.00 petang
           
           4.0       SASARAN                              :           Semua
murid SMK Cheras
5.0       OBJEKTIF
            1) Mewujudkan
semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai
budaya.
2) Mengamalkan budaya
penyayang dan saling menghargai antara satu sama 
lain walaupun berlainan
agama dan bangsa.
3) Menerapkan
integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat
6.0      KPI
(Indikator Output Dan Outcome)
| 
   Output  | 
  
   Warga
  sekolah dapat mempelajari budaya kaum lain dan bersama-sama menghormati
  antara satu sama lain.  | 
 
| 
   Outcome  | 
  
   Murid
  menghormati antara satu sama lain dan tiada isu perkauman dan masalah
  disiplin yang melibatkan isu perkauman.  | 
 
                                                
            
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN
            SUMBER KEWANGAN
PCG Kaunseling = RM 340.00
            ANGGARAN PERBELANJAAN
            
| 
   BIL  | 
  
   PERKARA   | 
  
   BUTIRAN  | 
  
   JUMLAH  | 
 
| 
   1  | 
  
   Yee Sang  | 
  
   | 
  
   RM  30.00  | 
 
| 
   2  | 
  
   Pertandingan Poster  | 
  
   Johan RM 20 x 2 orang=RM
  40 Naib Johan RM 15 x 2
  orang = RM 30 Ketiga RM 10 x 2 orang =
  RM 20 Sagu hati RM 5 x 4 orang
  = RM 20  | 
  
   RM 110.00  | 
 
| 
   3  | 
  
   Pertandingan Menulis
  Cerita  | 
  
   Johan RM 20 x 2 orang=RM
  40 Naib Johan RM 15 x 2
  orang = RM 30 Ketiga RM 10 x 2 orang =
  RM 20  | 
  
   RM   90.00  | 
 
| 
   4  | 
  
   Pertandingan Kuiz Online
  Youtube  | 
  
   RM 5 x 10 orang  | 
  
   RM   50.00  | 
 
| 
   5  | 
  
   Pertandingan Kuiz Dalam
  Talian Group Whatsapp  | 
  
   RM 3 x 20 orang  | 
  
   RM   60.00  | 
 
| 
   | 
  
   | 
  
   | 
  
   RM 340.00  | 
 
8.0      JAWATANKUASA PROGRAM
          AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi              
:          Encik Jamil Bin
Jamaludin (Pengetua)
          Timbalan
Pengerusi :         Puan Marhaniza Binti
Mahmod(PK HEM)
          Naib
Pengerusi        :         Puan Saleha Binti  Ali
(PK Kokurikulum)
                                         :          Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir &
Kurikulum)
          Setiausaha              :         Puan
Nurazlina Bt Che Omar
          Penyelaras                 :           Puan Nurhaiza Binti Che Mat
| 
   1  | 
  
   AJK Penyediaan Skrip Dan Pengacara
  Majlis Puan Suhaibah Binti Mat   Puan Diyana binti Zainol  Puan Athirah  (Kelab BM)  | 
  
          1.
  Menyediakan skrip juruacara dan bertindak selaku pengacara majlis          | 
 
| 
   2  | 
  
   AJK Teknikal En Ahmad Azran B Abdul Rahman  (Kelab Komputer & ICT)  | 
  
          1.
  Membantu urusan teknikal agar berjalan lancar  | 
 
| 
   3  | 
  
   AJK Kebajikan Agihan Bantuan  Cik Lie Kiet Wei (K) Pn Ang Choon Ai Cik Tuong Loy Mui (Kelab
  Bahasa Cina) Pn Kanagambigai  a/p Ramoo (Kelab Interact)  | 
  
                 1.
  Membantu agihan bantuan kepada murid –murid yang memerlukan untuk persiapan
  menyambut Tahun Baru Cina  | 
 
| 
   4  | 
  
   AJK
  Ziarah Cakna Puan Nurhaiza Bt Che Mat Puan Nurazlina Bt Che Omar Puan Rozinani Bt Awang (Kelab
  Kerjaya)  | 
  
   1.    
  Menyediakan
  video Ziarah Cakna selama 5 minit.  | 
 
| 
   5  | 
  
   AJK Video Ucapan Guru Dan PIBG Hazmer bin Mamat  Noor Syaheera binti Hamdan    (Kelab Fotografi/Redaksi)  | 
  
   1.    
  Menyediakan
  video ucapan dari 8 guru pelbagai kaum dan wakil PIBG berdurasi 8 -10 minit  | 
 
| 
   6  | 
  
   AJK Video Ucapan Murid Amiruddin bin Mohd. Yusoff (Ketua)  Noraida binti Mohamad @ Abdullah  ( Kelab pencegah Jenayah) Yahya bin Mat Yasin (Kelab Doktor Muda)  | 
  
   1.  
  Menyediakan
  video ucapan dari pemimpin murid dan membimbing penyediaan skrip berdurasi 2
  minit 2.  
  Menyediakan
  video dari 6 murid pelbagai kaum untuk memberikan ucapan berdurasi 6 minit  | 
 
| 
   7  | 
  
   AJK Penyediaan Yee Sang Pn Nurul Shafini Bt Abdul Hadi Pn Nurul Saadah Binti Ismail (Kelab Katering)  | 
  
   1. Menyediakan video penyediaan yee
  sang sambil memberikan penerangan kepada penonton berdurasi 6-8 minit.  | 
 
| 
   8  | 
  
   AJK Penerangan Sejarah  Sambutan Tahun Baru Cina Puan Murni Bt Mat Jali (Persatuan
  Rukun Negara)  | 
  
   ·          1. Memberikan taklimat Sambutan Tahun Baru Cina , pantang larang orang Cina dan budaya yang diamalkan sewaktu perayaan selama 10 minit          | 
 
| 
   9  | 
  
   AJK Kuiz Secara
  Live Youtube Faiza binti Mamat   Laili Azuwa binti Tamrin   (Kelab Pengguna)  | 
  
   1.   
  Menyediakan
  5 kuiz spontan untuk dijawab oleh murid selepas taklimat Sejarah Sambutan
  Tahun Baru Cina dan penyediaan yee sang 2.   
  Mengenal
  pasti 10 murid yang dapat menjawab dengan betul dan terawal pada live youtube
  tersebut  3.    
  Menyerahkan
  nama pemenang kepada AJK Sijil dan Hadiah  | 
 
| 
   10  | 
  
   AJK
  Persembahan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman (Ketua)  Salina binti Mohd Isa   (Kelab Budaya Dan Muzik)  | 
  
   1.    
  Menyediakan
  persembahan murid secara rakaman selama 10 minit.  | 
 
| 
   11  | 
  
   AJK Pertandingan Menulis Cerita Pengalaman Menyambut Tahun Baru Cina Zahirah Binti Abdul Halim   Yusmila binti Mohamad Yunus  (Kelab
  Bahasa Inggeris)  | 
  
   1.    
  Mengadakan
  pertandingan menulis cerita untuk 3 orang pemenang menengah bawah dan 3 orang
  pemenang menengah atas mulai 10 Februari 2021 dan pemenang diumumkan pada 17
  Februari 2021 Menyediakan
  slaid poster pemenang untuk ditayangkan bersama nama pemenang  | 
 
| 
   12  | 
  
   AJK Kuiz Secara Dalam Talian Hamizah Binti Md Aris   Nordalila binti Yahya   Aisyatul Nazliah bt Abdul Rani Haliza binti
  Halid  (Kelab STEM)  | 
  
   1.    
  Menyediakan
  aktiviti secara dalam talian sama ada dalam bentuk kuiz kahoort atau google
  form atau apa sahaja yang akan ditebarkan link kepada murid –murid di dalam
  group whatsapp kelas mulai 10 Februari 2021 dan pemenang diumumkan pada 17
  Februari 2021 2.      
  Pemenang
  terbahagi kepada 10 orang menengah rendah dan 10 orang menengah atas 3.    
  Menyediakan
  slaid nama pemenang untuk diumumkan oleh pengacara majlis  | 
 
| 
   13  | 
  
   AJK Pertandingan Poster Aida Azlina
  binti Ramli  Mohamad Lokman Bin Ibrorhem
   Siti Fauziah Binti Cheklah    (Kelab Seni Visual)  | 
  
   1.Mengadakan pertandingan
  seni visual     suasana Tahun Baru Cina untuk 6    orang pemenang menengah bawah dan     3 orang pemenang menengah atas     mulai 10 Februari 2021 dan pemenang     diumumkan pada 17 Februari 2021 2.    
  Menyediakan
  slaid poster pemenang untuk ditayangkan bersama nama pemenang  | 
 
| 
   14  | 
  
   AJK Penilaian Dan Dokumentasi Program Nurul Masyitah bt. Mohd Sham (Ketua)  Tipah Binti Ngah  Ahmad Firdaus b Mohamad Ya  Masrizal bin Abu Bakar  Mohd
  Nidzam Bin Mohd Yusoff   Maizatul
  Akma binti Mamat  (Kelab
  Pencinta Alam)  | 
  
   1.      
  Mengedarkan
  borang penilaian kepada warga sekolah secara google form 2.   
  Membuat
  analisa penilaian berdasarkan borang penilaian 3.    
  Menaip
  analisa dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi 4.    
  Menyediakan
  laporan dokumentasi dan mendapatkan maklumat pemenang dari J/K Pertandingan  | 
 
| 
   15  | 
  
   AJK Sijil Dan Hadiah Nurul Hamiza Binti Nodzari   Muhammad Bukhari bin Saripuddin  Haslina Bt. Hashim   | 
  
   1.    
  Menyediakan
  sijil pemenang dan hadiah berdasarkan bajet  | 
 
| 
   16  | 
  
   Penyelaras Kelab /Persatuan  | 
  
   1.    
  Membuat
  Pendaftaran ahli kelab melalui google form  | 
 
9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH
            1) Unit Bimbingan Dan
Kaunseling
            2) Persatuan Kokurikulum
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
Rabu
| 
   12.30 t/h  | 
  
   Ucapan Aluan Pengacara
  Majlis  | 
 
| 
   | 
  
   Bacaan Doa  | 
 
| 
   | 
  
   Ucapan Pengetua  | 
 
| 
   | 
  
   Ucapan Guru   | 
 
| 
   | 
  
   Ucapan Murid  | 
 
| 
   | 
  
   Penerangan Sejarah Tahun
  Baru Cina  | 
 
| 
   | 
  
   Penyediaan Yee Sang   | 
 
| 
   | 
  
   Kuiz Spontan  | 
 
| 
   | 
  
   Aktiviti Kebajikan Dan
  Ziarah Cakna  | 
 
| 
   | 
  
   Persembahan Kelab Budaya  | 
 
| 
   | 
  
   Pengumuman Pemenang  Poster Kuiz Mengarang Cerita  | 
 
| 
   1.30   | 
  
   Tamat  | 
 
10.0     PENGURUSAN RISIKO
| 
   Risiko  | 
  
   Punca  | 
  
   Penyelesaian  | 
  
   Tanggungjawab  | 
 
| 
   Gangguan teknikal  | 
  
   Masalah internet  | 
  
   Memaksimumkan rakaman agar masalah teknikal
  dikurangkan dan berjalan lancar  | 
  
   AJK Teknikal  | 
 
11.0     PENUTUP
            Diharapkan
agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
2 comments
Salam cikgu Nurhaiza. Saya berminat dengan program yang dijalankan oleh sekolah cikgu dan ia juga dilihat selari dengan kehendak soalan tugasan saya. Jadi saya ingin meminta kebenaran untuk menggunakan butiran dan gambar-gambar yang telah cikgu masukkan ini dalam tugasan saya sebagai lampiran. Tindak balas daripada cikgu sangat saya harapkan. Terima kasih.
Saya iznkan anda memggunakannya untuk tujuan tugasan anda yg bersifat pendidikan.