15 March 2021

Pencarian Guru Untuk Anugerah Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan : Tema Pandemik COVID-19




Hari ini saya perlu menghadiri bengkel penyegaran kajian tindakan direct dilatih oleh Eprd Kpm untuk semua jurulatih utama kajian tindakan negeri di peringkat kebangsaan. 

Nampak tak garis masa tersebut.....start esok kena coaching and mentoring guru guru yang akan dipilih untuk terlibat dengan aktiviti kajian tindakan bagi memilih kajian tindakan terbaik peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 28-30 Julai 2021 anjuran Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Terbuka kepada semua guru dalam pelbagai disiplin ilmu asalkan tajuknya masih berkisar mengenai pandemik covid 19. 

Kami dibekalkan dengan power point penyegaran kajian tindakan. saya sebut penyegaran kerana ia refresh balik apa yang telah dipelajari mengenai kajian tindakan untuk digunakan bagi coaching guru guru dalam kajian tindakan.

pertandingan melibatkan individu untuk kategori amalan dan secara berkumpulan pula dalam kategori penyertaan. 
Di peringkat negeri, kami akan memilih wakil wakil untuk dipilih di peringkat kebangsaan.

Jom kawan -kawan di KL yang berminat, hubungi saya untuk coaching :)
Terima kasih Dr Dewani Bt Goloi


Monday blue





 

Telegram Channel